Friday, December 5, 2008

Wanita adalah rahsia



Mengapa wanita itu adalah rahsia? Mengapa saya berkata sedemikian rupa? saya ialah seorang wanita. Sedikit sebanyak saya mengenali apa itu wanita, siapakah wanita, bagaimana wanita, mengapa dan sebagainya. Mungkin juga saya sebagai wanita masih belum mengetahui keseluruhan sifat wanita kerana wanita itu adalah rahsia. Di sebalik perkataan wanita itu tersirat pelbagai maksud yang kita boleh fahami dan juga sukar untuk dimengertikan.

Apakah wanita ini adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang sukar untuk dimengertikan. Begitulah sebagai mana pendapat segelintir yang sukar untuk memahami siapa itu wanita.

Perempuan yang pertama dicipta Allah ialah isteri Adam. Dia dicipta untuk menjadi pasangan bagi Adam, atas kehendak Allah sendiri, Yang mencipta semuanya berpasangan (
43:12). Daripada Adam dan isterinya, lahirlah kaum lelaki dan perempuan yang berkembang biak, dan pada hari ini mereka berjumlah kira-kira 5.7 bilion kesemuanya. Mereka dicipta agar takut kepada-Nya.

Sebelum kedatangan Islam, kedudukan wanita di mata lelaki sangat rendah martabatnya. Mereka menjadi mangsa keganasan lelaki. Sehinggalah Islam bertapak dan menaikkan maruah perempuan itu sendiri. Alahamdulillah, wanita sekarang tidak lagi direndahkan oleh kaum lelaki. Kaum wanita mempunyai hak yang sama dengan kaum lelaki.

Mengapa Islam menetapkan syariat supaya wanita wajib mempelihara aurahnya. Hal ini adalah kerana wanita itu sendiri wajib memelihara rahsianya. Kaum wanita digesa supaya tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang-orang yang rapat seperti yang telah disebut, iaitu mahram mereka. Sebagai mana yang syariat Islamiah itu sendiri telah menetapkan akan aurah wanita itu sendiri adalah bertujuan untuk memelihara rahsianya. Rahsia-rahsia ini hanya boleh diperlihatkan kepada yang berhak sahaja.

Sebagaimana sifat wanita itu sendiri yang begitu sukar untuk dimengertikan, wanita adalah berjiwa halus, penuh emosi dan penuh perasaan kasih sayangnya. Perasaan cinta dan pengasihan antara lelaki dan perempuan, yang dikurniakan Allah, berjaya memujuk kebanyakan mereka untuk hidup bersama, dan bersatu, dalam ikatan perkahwinan. Perkahwinan yang disuruh Allah telah menjadi sunnah semua Rasul (
13:38), termasuk Nabi Isa. Lalu kaum wanita menjadi isteri-isteri. Isteri dicari dengan menggunakan harta. Mereka dicari bukan untuk perzinaan tetapi untuk diikat dalam ikatan perkahwinan. Isteri menjadi teman hidup dan tempat berehat bagi suami. Keselesaan, kemesraan dan kepuasan yang dinikmati bersama antara suami dan isteri selain daripada dapat menjauhkan kaum wanita dari kancah perzinaan.

0 comments: