Wednesday, February 18, 2009

Guru ohh guru


Profesyen perguruan pernah dipandang rendah oleh beberapa golongan. Tetapi dewasa ini persepsi masyarakat telah berbeza dari dulu. Kini profesyen ini telah berjaya meningkatkan martabatnya dan berjaya menukar persepsi sesetengah masyarakat yang memandang profesyen ini sebagai kelas kedua. Hari ini dapat kita lihat, profesyen perguruan telah berjaya menarik ramai graduan untuk memilihnya. Melaui program kpli dan dpli, telah membuktikan bahawa profesyen ini telah berjaya menarik ramai graduan-graduan memohonnya. Mengapakah mereka memilih profesyen ini? Adakah ini sebagai batu loncatan bagi mereka untuk mendapat pekerjaan yang tetap dalam sektor awam? Atau adakah kerana peluang pekerjaan dalam bidang masing-masing tidak menjanjikan peluang pekerjaan seperti mana yang diidam-idamkan?... Walaupun beribu persoalan, hanya individu-individu itu sendiri yang dapat menjawabnya.
Persepsi bidang perguruan dari kaca mata saya...
Untuk menjadi guru bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Hal ini dinyatakan dari pengalaman diri sendiri yang mana pernah melalui pengalaman sebagai seorang pendidik. Dulu saya memandang tugas guru adalah sukar kerana guru bukan sahaja terikat untuk memberi ilmu kepada pelajar malahan seorang guru juga perlu membentuk sahsiah pelajar. Memandangkan saya berfikir bahawa agak sukar untuk membentuk orang lain maka saya tidak berani untuk involve dalam bidang yang amat murni ini. Seorang guru adalah seorang yang penyayang. Masih saya ingat lagi pada seorang guru saya yang bernama Puan Zaiton. Beliau merupakan seorang guru yang sangat penyayang. Tidak salah andai saya katakan di sini, tindakan beliau di dalam kelas persis seorang ibu melayan anaknya. Puan Zaiton tidak kekok melayan anak muridnya seramai lebih kurang 30 orang di dalam kelas. Tiada kemarahan, tiada kebencian dalam melayan keletah kami yang pada masa itu begitu keanak-anakan. Andai Allah mengizinkan saya bertemu beliau, akan ku titipkan rasa kasihku padanya, seorang guru yang amat penyayang. Masih segar dalam ingatanku, sewaktu aku berlari ke arahnya untuk membantu beliau mengangkat buku-buku di tangannya, sebuah senyuman yang amat manis terukir di bibirnya dan mulutnya yang begitu indah mengungkapkan kata selamat buat diri ku. Sambil beriringan dengannya ke bilik guru, mulut beliau tidak henti-henti menyatakan banyak perkara kepadaku. Benar-benar perlakuannya seperti seorang ibu melayan anaknya. Hal inilah membuatkan aku manja dengan beliau. Tatkala di dalam kelas, aku sering ke mejanya untuk tujuan yang kadang-kadang tiada ape-ape pun. Beliau akan memelukku dan melayan persoalan yang mungkin pada masa itu, "ntah ape-ape, hehehe".. oh Puan Zaiton, dikaulah seorang guru yang pernah aku bermanja. Apabila aku berada di posisinya barulah aku ketahui, begitu sukar untuk menjadi seorang guru yang penyayang sepertinya. Kerenah pelajar kadang-kadang memang menguji. Tidak mampu untuk ku menjadi sesabar Puan Zaiton. Aku tidak pernah menengking mereka, apatah lagi melakukan penderaan fizikal, cuma aku tidak mampu untuk mengukirkan senyuman setiap masa. Tatkala kesabaran ku dipermainkan pasti muka ku akan menjadi serius dan tidak tersenyum. Kesian wahai pelajar-pelajar. Sabar ye akan ku cuba untuk mencontohi guru ku yang pernah mendidik ku.
Bukan mudah untuk melibatkan diri dalam profesyen ini jika tanpa pengalaman dan penghayatan yang sebenarnya. Jiwa guru perlulah ditanam. Dalam mendidik perlu ada kelembutan dan ketegasan, bukan kebencian dan kekerasan. Ilmu itu nur. Ia perlulah disampaikan secara nur, lembut, tulus, suci.
Mampukah aku....

0 comments: