Saturday, February 28, 2009

Air Papan Destinasi Awal


Di satu pagi yang dingin, dalam ngantuk yang masih menebal ku gagahi membuka mata juga. Dalam kemamaian yang tak seberapa tu, aku teruskan niat ku membersihkan badan. Hari ni merupakan hari pertama aku. Dalam hati berbaur satu macam perasaan, risau, takut, gundah, semua bercampur menjadi satu perasaan yang sukar ditafsir. Dalam menyelami satu perasaan yang kurang dimengertikan itu, masih terselit satu perasaan yang membuatkan aku tidak sabar menjejakkan kaki ku di tempat itu.
Aku orang pertama yang sampai setelah mak guard sampai. Persekitarannya biasa sahaja, tidak mengancam sebagai mana tempat kebiasaan aku satu masa dulu. Panorama yang hanya biasa sahaja, agak suram, tapi aku tetap bersyukur setelah merasakan ketenteraman yang luar biasa itu. Aku menapak ke satu tempat yang dipenuhi kerusi dan meja itu. Tidak lama kemudian terlihat olehku kaki-kaki yang sedang melangkah mendekati kawasan di mana aku jejaki baru sahaja tadi. Sepasang mata mereka seperti kepelikan melirik ke arah ku, mungkin aku begitu asing di situ. Hanya senyuman yang mampu aku hadiahkan buat mereka bagi menjawab persoalan yang bersarang di dalam fikiran mereka. Hampir semua mata yang melintasi aku pasti akan menjeling ke arahku. Mereka begitu peka akan kewujudan kuyang tiba-tiba di kalangan mereka. Setelah merasakan sesuai, aku melangkah ke destinasi utama ku. Setelah memperkenalkan diri aku terus diperkenalkan dengan beberapa lagi yang telah sedia ada di situ. Sepanjang sesi taaruf itu, senyuman tak lekang dari bibir ku. Bukan ape, memang begitu lah aku, dulu, kini dan selamanya.
Setelah itu, aku mengikuti seorang yang berjawatan di situ, meninggalkan destinasi utama ku tadi ke destinasi yang seterusnya. Di sini aku diperkenalkan dengan lebih ramai lagi insan-insan. Cuma bezanya di sini, tiada senyuman yang aku dapat dari mereka. Hanyalah wajah yang disirami dengan simbahan kepelikan dan keconfusan. Aku masih seperti tadi, melemparkan senyuman semanis mungkin ke arah insan-insan di hadapan ku. Setelah itu, insan yang bersama ku tadi pergi meninggalkan aku bersama-sama insan yang tidak ku kenali ini. Kini hanya aku bersama mereka. Aku seakan tiada perasaan. Perasaan yang berbaur seribu macam tadi seakan lenyap dalam jiwa ku dan yang ada sekarang hanyalah perasaan yang neutral. Aku memulakan kata ku yang pertamanya. Mereka masih seperti tadi, memandang aku tidak berkelip sikit pun. Apakah berbeza benar aku dengan mereka?. Setiap patah kata yang aku utarakan, seakan arahan yang bagi mereka. Mereka akur tanpa ada sedikit bantahan pun. Membuat semua perkara , apa sahaja permintaan ku mereka melakukannya, tidak langsung menghampakan aku.
..........................................................................................................................................................................
Dan di waktu ini, dah 3 minggu berlalu. Aku masih di situ. Aku telah mampu mengikut rentak mereka. Aku sudah mengenali mereka. Dan mereka juga telah mengenali aku. Terima kasih ya Allah.

0 comments: