Saturday, March 14, 2009

Communication Skill

0 comments

Komunikasi itu penting bagi anda menyatakan perasaan dan pendapat. Komunikasi yang berkesan dapat mengeratkan hubungan baik sesama insan.

Komunikasi yang baik merangkumi:



  • Penerangan yang jelas

  • Menunggu giliran untuk bercakap

  • Tidak ada yang baik dan buruk

  • Membantah dengan tenang

  • Berkomunikasi dengan sopan di mana ianya pendek dan jelas

  • Bertentang mata

  • Duduk tegak

  • Berkomunikasi dengan nada biasa

  • Bercakap bila perlu

  • Menerima tanggungjawab tanpa memberi helah

  • Meminta pertolongan dengan baik

  • Menggunakan empati tetapi bahasa yang dihormati

Komunikasi yang tidak berkesan adalah:



  • Mencaci

  • Mengganggu semasa seseorang sedang bercakap

  • Bercakap tanpa henti atau terlalu diam

  • Mengalih pandangan ke tempat lain semasa bercakap

  • Bercakap sambil lewa

  • Menjerit

  • Mencaci dan menggunakan bahasa yang kasar

  • Melepaskan geram

Prinsip-prinsip komunikasi secara berkesan :



  • Mengekalkan pandangan mata (eye contact) dan ekspresi muka yang bersesuaian

  • Mendengar dengan minat

  • Memberi perhatian terhadap perasaan orang lain

  • Membuat refleksi apa yang anda faham daripadanya

  • Secara jujur luahkan bagaimana perasaan anda sama ada baik atau buruk tanpa menyakiti hati pendengar

Keberkesanan mendengar



  • Dengar dan tunjukkan bahawa anda mendengar dan memahami perasaan mereka

  • Tingkatkan hubungan mata dan tunjukkan bahawa anda mendengar dengan penuh minat.

  • Beri sepenuh perhatian

  • Mengakui yang anda mendengar dengan menggunakan perkataan yang mudah seperti "oh" atau "Umm-hmm"

  • Ulangi apa yang telah diperkatakan dan tunjukkan yang anda faham apa yang diperkatakan

Kemahiran berkomunikasi ini perlu kerana :



  • Orang akan mendapati diri anda lebih menarik

  • Anda akan mendapat ramai kawan

  • Anda akan lebih difahami

  • Anda akan lebih baik di sekolah


Apa akan terjadi jika komunikasi tidak berkesan?



  • Anda akan selalu salah faham dan bertengkar

  • Anda susah difahami oleh orang lain

  • Segala kemahuan tidak dapat dicapai

  • Anda tidak disukai

Pendidikan Bayi

0 comments

Peringkat pembesaran



Sebagai pengaruh terbesar di dalam hidup anak, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:


1. Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti;
2. Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal;
3. Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif;
4. Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.


Selain itu, persediaan amat penting untuk menerima perubahan mengagumkan anak anda, dari seorang bayi kepada kanak-kanak kecil. Ini membolehkan anda membantunya mencapai kebolehan maksimumnya dalam empat bidang kepintaran pada setiap peringkat perkembangan.

Perkembangan dari Alam Bayi ke Alam Kanak-kanak Bertatih

Jenis Perkembangan : Fizikal

9 – 12 bulan ---- Beransur dari memegang barang dengan kedua-dua belah tangan ke memegang barang di antara jari telunjuk dan ibu jari.

12 – 18 bulan ----- Berdiri dengan berpegang ke sesuatu dan mara secara perlahan-lahan.

18 – 24 bulan ---- Beransur dari langkah yang tidak stabil ke langakah terkedek-kedek dengan sendirinya. Otot kecil di tangan, jari dan pergelangan tangan beransur kuat.

24 – 36 bulan ---- Dapat mengawal mainan tunggangan yang stabil. Dapat membina menara mainan 4 hingga 6 tingkat dengan pantas. Mula menggolek, membaling dan menyepak bola. Boleh melukis garisan dan menconteng. Boleh menggabung beberapa kemahiran motor yang sukar bagi memanipulasi permainan taman permainan dengan lebih yakin.

Jenis Perkembangan : Kognitif

9 – 12 bulan ---- Mula bercakap dengan bunyi yang menyerupai satu suku kata dan akan menyambungnya seperti gaya ucapan.

12 – 18 bulan ---- Mula menunjukkan minat terhadap buku. Memahami arahan mudah seperti “mari pada umi”.

18 – 24 bulan ---- Mula berminat untuk tahu bagaimana benda boleh muat ke dalam satu sama lain. Suka memasukkan bentuk ke dalam rangka bentuk yang berpadanan. Daya ingatan bertambah- mengetahui bahawa sesuatu yang tidak boleh dilihat masih wujud (kekekalan objek).

24 – 36 bulan ---- Dapat menyelesaikan susun suai gambar yang mudah. Memahami konsep ‘sama dan lain’. Boleh melakukan kraf yang mudah.

Jenis Perkembangan : Emosi

9 – 12 bulan ---- Memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang disukainya.

12 – 18 bulan ---- Mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat. Menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari ibu bapa. Bertindak balas apabila namanya dipanggil.

18 – 24 bulan ---- Suka melihat ke dalam cermin dan mengenali bahagian tubuh badannya. Mula mempunyai deria kawalan diri (mungkin memberi tindak balas terhadap perkataan “berhenti” dan “tunggu”.

24 -36 bulan ---- Ingin berjaya dalam pelbagai tugas dengan sendiri. Suka “berlakon” terutamanya bermain permainan pakaian aneka ragam atau melakukan perkara “orang dewasa” seperti menjadi doktor haiwan.

Jenis Perkembangan : Sosial

9 – 12 bulan ---- Menyukai permainan mudah sepeti ba-baa-chak.

12 – 18 bulan ---- Mula bertepuk tangan bersama orang lain.

18 – 24 bulan ---- Mula menggunakan perkataan yang boleh difahami seperti “ba” untuk bola dalam berkomunikasi dengan orang lain. Mula menunjukkan empati terhadap orang lain. Contohnya, memeluk anda ketika orang lain bersedih.

24 – 36 bulan ---- Mula bermain secara interaktif dengan kanak-kanak lain.

(dipetik dari majalah Mother & Baby)




Perkembangan awal fizikal tidak semestinya menunjuk kecerdikan seseorang anak kerana kematangan sistem saraf adalah berdasarkan sejarah keluarga. Penunjuk pada kecerdikan otak yang boleh dipercayai adalah senyuman awal, kepekaan, daya tumpuan dan ingatan yang baik, percakapan awal dan minat yang meningkat terhadap permainan.


Sama ada kepintaran anak lebih nyata dalam satu bidang atau adalah seorang yang serba berkebolehan, penjagaan dan pemakanan yang berkualiti, disulami dengan penerimaan dan kasih sayang tidak berbelah bagi dari ibu bapa, pasti akan membantu anak membesar menuju ke arah kecemerlangan. Baka bukanlah satu-satunya faktor yang boleh menentukan prestasi intelek seseorang itu kerana yang lebih penting lagi ialah pengalaman-pengalaman, kaedah-kaedah pembelajaran dan galakan yang diterimanya. Ramai para penyelidik menyatakan bahawa peringkat dua hingga tiga tahun adalah kritikal bagi perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak itu. (Head Start Project).


Jika persekitaran atau cara bimbingannya sehingga peringkat umur ini rendah mutunya dari segi stimulasi, perkembangan kognitifnya tidak akan tercapai dengan optimum. Taman asuhan dan tadika yang ditubuhkan di merata-rata tempat di dunia dan di dalam negeri ini membayangkan bagaimana pentingnya persekitaran serta didikan untuk membentuk perkembangan intelek seseorang kanak-kanak itu.


KEIBUBAPAAN
Cara keibubapaan (parenting) yang positif yang boleh meninggikan keyakinan diri adalah sangat penting. Kanak-kanak yang mengalami kerosakan otak, walaupun terhad keupayaannya akan boleh dipertingkatkan perkembangan kognitif dan bahasa bayi. kebolehannya untuk berdikari dan menyesuaikan diri di dalam masyarakatnya jika dia diberi bimbingan yang sesuai. Kebolehannya di dalam sesuatu aspek adalah penting dikesani sementara kelemahannya perlu diketahui supaya dia boleh diajar cara-cara untuk mengatasi kelemahannya itu.


KESAN BUNYI
Kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa bayi amat mudah dipujuk jika mereka menyanyi atau mendodoikan bayi perlahan-lahan sambil menepuk-nepuk punggung dan dadanya. Ini kerana bayi mempunyai kebolehan yang tersendiri untuk bertindak balas terhadap rangsangan bunyi dan sentuhan. Bayi dalam rahim juga boleh memberi tindak balas terhadap muzik yang mereka dengar. Menurut satu kajian, sekumpulan bayi yang ibunya mendengar muzik setiap hari sehingga pada saat kelahiran kelahiran lebih mudah dipujuk dengan mendengarkan irama bertema selepas beberapa minggu dilahirkan. Perkara ini amat berbeza dengan bayi yang tidak mendengar muzik - mereka kurang menunjukkan tidak balas. Penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka. Ibu bapa boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain mereka dengan memasangkan kaset lagu kanak-kanak dan membaca buku yang mempunyai gambar menarik dan berbunyi dapat menarik minat anak-anak terhadap membaca. Irama yang disertai senikata lagu akan membantu anak-anak mengembangkan kemahiran bahasa mereka.


Selain itu, muzik yang didengari oleh anak-anak juga membantu mereka menghafal dan menajamkan fikiran. Sebagai contoh, nama para Nabi dan Rasul yang dinyanyikan amat mudah diingati oleh kanak-kanak berbanding sekiranya kita menyuruh mereka menghafal kesemua nama itu tanpa ada irama dan muzik. Hal ini secara tidak langsung merupakan salah satu teknik kita mendidik anak-anak dan membantu mereka dalam proses pembelajaran, terutama yang melibatkan hafalan.


PERSONALITI KANAK-KANAK
Pakar kanak-kanak berpendapat perkembangan personaliti bayi bermula dari peringkat janin lagi. Bayi yang baru lahir seperti kain putih bersih. Ia dilengkapkan dengan semua pancaindera dan boleh berinteraksi dengan persekitarannya serta orang sekeliling terutama ibu bapanya. Kebanyakan orang berpendapat bayi yang baru lahir sebagai pasif dan tidak berupaya mengenali ibu bapa serta persekitarannya. Pada masa kini pakar perkembangan kanak-kanak menjelaskan bayi yang baru lahir sudah berupaya memberi tindak balas persekitaran dan perhatian ditunjukkan orang lain kepadanya. Ramai ibu bapa bertanyakan cara merangsang bayi. Kini jelas prestasi kognitif seseorang bayi boleh dipertingkatkan dengan memberi persekitaran yang penuh dengan rangsangan kepada kanak-kanak.


Stimulasi atau rangsangan ini perlulah ditunjukkan kepada kanak-kanak dari peringkat bayi lagi. Jika diperhatikan kelakuan bayi dalam beberapa hari dilahirkan kelihatan dia berada dalam beberapa keadaan iaitu tidur nyenyak, mengantuk, berjaga, memerhatikan sekitarnya dan menangis. Keadaan sesuai bagi merangsang bayi ialah ketika masih sedar atau celik. Ibu bapa perlu faham masa sesuai untuk merangsang bayi kerana jika diteruskan tanpa mengambil kira kemampuannya ia boleh memberikan kesan negatif. Apabila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu perlu bercakap dengannya, menyanyi, menunjukkan senyuman gembira atau mencium tubuh bayinya itu. Sewaktu menyusukan bayi boleh digunakan untuk merangsang bayi. Perkataan seperti “anak mak cantik’ dan “anak mak sayang” boleh digunakan bagi tujuan itu.


Ibu bapa digalakkan berbual dengan bermesra dengan bayi sewaktu dimandikan atau lampinnya ditukar. Jarak mata bayi dengan wajah ibunya ketika menyalin lampin sungguh sesuai untuk berinteraksi antara bayi dan ibu. Sambil menyalin lampin gunakan perkataan indah untuk merangsang minda bayi seperti “ cantiknya anak ibu” dan “wanginya anak ibu”. Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra. Bahasa penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta dan mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara. Bayi yang selalu menangis tentu kurang berkebolehan menerima persekitaran serta orang sekelilingnya. Ada ibu bapa yang membiarkan anak menangis sendirian dan cara itu perlu dielakkan. Sebaiknya, ibu bapa memujuk dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka atau mendodoi dengan mesra.Bermain dengan bayi amat digalakkan. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira.


Selain itu, persekitaran bayi boleh diperkayakan dengan melakukan pelbagai bunyi menarik seperti lagu dari peti muzik atau gambar berwarna warni. Malah muzik klasik cukup banyak memberi impak yang besar untuk perkembangan kognitif dan bahasa bayi. Seorang profesor muzik di Kolej Muzik Kunitachi, Jepun mengatakan muzik klasik adalah penting untuk membesarkan anak-anak.Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan, muzik tersebut mempunyai tiga kesan positif untuk ibu dan bayi yang dikandung. Pertama, muzik klasik membantu menghasilkan gelombang alpha otak yang mana kita memilikinya ketika sedang santai atau merasa selesa. Oleh kerana janin amat dipengaruhi oleh keadaan ibu, rasa relaks, tenang dan selesa semasa mendengar muzik klasik akan memberi kesan positif kepada bayi juga. Kesan positif kedua ialah muzik klasik turut membantu perkembangan otak janin kerana ia boleh mendengar termasuk di dalam air. Jadi, sekiranya kita memainkan muzik untuk janin, ia akan memberi ransangan kepada otak untuk berkembang dengan lebih baik. Kesan ketiga pula ia membantu ibu mengeluarkan lebih banyak hormon yang diperlukan oleh janin mahu pun diri sendiri. Malah, kajian terbaru juga mendapati muzik klasik adalah antara jalan yang paling sesuai untuk bayi bersedia dengan masa depan.

PEMAKANAN BAYI
Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti untuk perkembangan kognitif dan bahasa bayi Kajian Prof Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh menggalakkan pertumbuhan ranting-ranting dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.



Menurut Dr W.H Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa German menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan.



Pergerakan dan persekitaran mendedahkan ibu dengan kuman yang boleh memberi kesan kepada bayi sebelum dilahirkan. Dalam keadaan ini, rahim bertindak melindungi bayi dari kuman. Selepas kelahiran, perlindungan kepada bakteria dan parasit diperoleh pula dari susu ibu. Beberapa bahan dalam susu ibu bukan saja berupaya menentang penyakit tetapi sesetengahnya menguatkan lagi pembentukan sistem imun bayi. Ia memberi kesihatan yang baik kepada bayi walaupun selepas dia tidak lagi menyusu.



Ini kerana susu ibu memiliki ramuan terbaik untuk pertumbuhan bayi dari jumlah asid lemak, laktosa, air, asid amino untuk pencernaan, pertumbuhan minda bayi dan mengandungi antibodi. Selain membantu perkembangan retina dan memberi perlindungan kepada sistem saraf tengah bayi. Ia juga membawa enzim pencernaan yang membantu bayi mencerna nutrisi dalam susu. Justeru, ia berupaya memberi bayi imuniti terhadap jangkitan dan penyakit seperti otitis media, pneumonia, mengurangkan masalah jangkitan darah dan radang otak. Malah dalam satu kajian di Denmark, susu ibu memberi kesan pada pembentukan minda dan meningkatkan perkembangan kognitif bayi dan bahasa bayi.



Kajian mengesahkan bahawa nutrien dalam susu ibu dan genetik mempunyai kesan terhadap IQ. Kanak-kanak kecil (bayi) yang tidak mendapat susu ibu akan lebih menyebabkan IQ mereka rendah, tahap pencapaian pendidikan rendah dan rendah dalam pergaulan sosialnya.



BELAJAR SAMBIL BERMAIN
Pada peringkat perkembangan 6 bulan pertama, bayi banyak belajar daripada persekitarannya terutama melalui interaksi antara anda dengannya. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bayi belajar melalui permainan. Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksi dengan bayi, anda sebenarnya mengajarnya lebih banyak perkara mengenai diri anda, dirinya sendiri dan persekitarannya. Setiap aktiviti permainan mudah seperti menggoncangkan alatan yang berbunyi memberi kesan terhadap perkembangan derianya. Bayi belajar memfokus penglihatan dan pendengarannya terhadap objek berkenaan. Sekiranya aktiviti ini diulang-ulang, bayi akan belajar menggoncang alatan dan menyebabkan berlaku kebisingan.
Antara perkara yang boleh anda lakukan dalam ‘mengajar’ bayi anda adalah:



1. Lakukan aktiviti yang boleh merangsang 5 deria utama manusia iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan.
2. Sentiasa memberi perhatian padanya melalui eye contact semasa bercakap dan bermain dengannya.
3. Bantu perkembangan bahasa dan visualnya dengan menunjukkan padanya sesuatu objek nyata seperti botol, menerangkan padanya mengenai objek berkenaan dan sentuhkan tangannya ke objek itu.
4. Ajarkan mengenai kepelbagaian emosi dengan menggayakan ataupun membuat mimik muka seperti gembira, sedih dan sebagainya.
5. Perkenalkan kepelbagaian padanya dengan menunjukkan objek yang sama dalam warna dan bentuk berbeza ataupun menyanyi pelbagai lagu supaya bayi tidak mudah bosan.
6. Beri respons terhadap sebarang pergerakannya. Contohnya sekiranya bayi menangis, dakaplah bayi dan sekiranya bayi tersenyum, senyum dan ketawa bersamanya. Ini akan memberi bayi keyakinan ia boleh mengawal persekitarannya.



Bayi Baru Lahir Hingga 4 Bulan
Pada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Perhatikan apabila bayi menangis, ia akan menggerak-gerakkan kakinya seperti menendang dan menggapai-gapaikan tangan-nya. Pergerakan ini sebenarnya adalah satu stimulasi dan kesan daripada aktiviti penerokaannya menggunakan ototnya. Elakkan daripada terlalu melindunginya dengan sentiasa mendukungnya kerana ia membantutkan usaha penerokaannya. Letakkan bayi anda di atas lantai dan biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya. Sekiranya anda mampu, anda boleh menghiasi persekitaran penerokaannya dengan pelbagai permainan yang pelbagai warna dan corak. Hati-hati dengan barang permainan kerana dikhuatiri akan menjerut lehernya ataupun mengakibatkannya tercekik. Antara aktiviti permainan mudah yang boleh anda lakukan dalam merangsang bayi anda adalah: Gerakkan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada bayi anda meniru lagak anda.



Sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Per-hatikan responsnya. Sekiranya bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, anda akan dapat melihat senyuman di bibirnya. Tambahkan pengalaman pembelajarannya dengan mem-bawanya keluar bersiar-siar di halaman rumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalam rumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.



Bayi 4 bulan hingga 6 bulan
Pada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan warna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangun sepenuhnya, bayi mampu melihat dalam jarak yang dekat. Koordinasi otot tangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya.



Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagai tekstur objek sama ada licin, kesat dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:



1. Galakan bayi menyentuh pelbagai jenis objek yang mempunyai pelbagai tekstur seperti kain sutera yang lembut, tuala, permaidani yang berbulu halus dan lembut, kotak dan sebagainya.
2. Berikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yang berbunyi sekiranya ditekan.
Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi, empat segi dan sebagainya.



Bayi 6 bulan hingga 1 tahun
Keadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa ini. Kepalanya lebih tegap malah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Kemampuan verbalnya juga begitu menggalakkan. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda, tanda ia bersedia untuk bercakap, walaupun dalam bahasa bayinya sendiri. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:



1. Dapatkan mainan yang ada elemen memeranjatkan. Contohnya, kotak yang apabila dibuka akan mengeluarkan badut dan sebagainya. Namun begitu, berhati-hati, kerana dikhuatiri bayi anda terperanjat sehingga mencederakannya ataupun melukakan dirinya.
2. Anda boleh memperkenalkan muzik kepadanya. Dapat-kan alat mainan seperti drum, tamborin dan sebagainya.
3. Ajarkan kepada bayi anda bermain sorok-sorok. Permainan di mana sorokkan mainan kegemarannya di bawah tilam dan lihat reaksinya.



Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra. Bahasa juga penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta dan mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara. Bayi yang selalu menangis tentu kurang berkebolehan menerima persekitaran serta orang sekelilingnya. Ada ibu bapa yang membiarkan anak menangis sendirian dan cara itu perlu dielakkan. Sebaiknya, ibu bapa memujuk dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka atau mendodoi dengan mesra.



Bermain dengan bayi amat digalakkan. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira. Selain itu, persekitaran bayi boleh diperkayakan dengan melakukan pelbagai bunyi menarik seperti lagu dari peti muzik atau gambar berwarna warni. Untuk merangsang bayi ibu bapa digalakkan berkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu proses perkembangan bahasa dan minda.
Justeru itu, ibu bapa digalakkan menggunakan perkataan yang sesuai ketika berinteraksi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak dipercepatkan, prestasi perkembangan kognitif atau inteleknya turut meningkat dari semasa ke semasa.

Friday, March 13, 2009

My Love....

0 comments

Saturday, March 7, 2009

Muhammad Zukhair Khalis

0 comments

Pada tanggal 9 Februari 2009 lahirlah seorang putera yang telah dinantikan selama 9 bulan. Kelahiran cucu buat mak ayah ku yang kedua. Kelahiran kali ini bukanlah secara biasa. Kakak ipar ku di operate memandangkan kedudukan bayi yang songsang. Walau apa pun syukur tidak terhingga kehadrat Ilahi atas keselamatan dan rahmat yang dianugerahkan.

Khalis jadilah seorang anak yang soleh. Taat pada perintah Allah, kedua ibu bapa. Sayang kamu Khalis...Muahhhss...

Muka Khalis memang seiras Danish. Cepat-cepat ye pulang ke Malaysia. Tak sabar nak cium. Miss u all so much... Tapi sian kat Danish. Sejak dapat adik ni, asyik nak mengamuk je dia, mana tak nya, jeles la tu, papa n mummy die lebihkan adik. Manja lebih dah Danish sekarang. Bangun pun nak papa dia. Sikit-sikit papa. Papa n mummy pegang adik je siap la, mengamuk dia, menjerit-jerit. Sampai satu hari tu die baling kereta mainan die kat adik die. Kene sikit pale Khalis. Huhuhu... Sabar ye Danish. Adik Khalis kecil lagi kene perhatian lebih. MMuahsss Danish sayang. Ingat lagi Danish jerit-jerit nak mam kopok. Kene auntie lumatkan dalam mulut. Tak sabar tul Danish, tak sempat nak lumat dah panjat badan auntie. Hehee.. Best nye kenangan...


PPSMI from my point of view

0 comments
Kebelakangan ini kita dihujani oleh masalah politik yang makin meruncing. Kebijaksaan segelintir individu telah menyebabkan berlakunya transformasi yang begitu mengujakan. Apa yang memeranjatkan ialah sistem pendidikan itu sendiri ingin dipolitikkan. TAk mola cite hal politik ni.
PPSMI.. Apa itu PPSMI? Pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Adakah ia baik dilaksanakan atau sebaliknya. PPSMI jika dilihat dari segi praktikalnya memang saya akui ia mampu memberikan kelebihan untuk pelajar-pelajar. Walaupun ada kebaikan PPSMI ini tetapi setiap perkara yang namanya ciptaan manusia pasti ada pro dan kontras nya. Kita tidak boleh terang-terang menolak akan perkara ini. Setiap hal itu perlu dikaji secara mendalam dan perlu difikirkan akan kesan dan natijahnya pada masa kan datang, untuk 10 tahun akan datang, 50 tahun akan datang mahupun 100 tahun akan datang. Setiap apa yang kita rasakan betul mungkin pada orang lain ianya tidak betul. Dan mungkin juga sesuatu yang kita fikirkan ianya baik belum tentu orang lain memikirkan hal itu seperti mana kita memikirkannya. Oleh itu setiap apa yang ingin kita laksanakan perlulah difikirkan sejauhnya.
Saya melihat perlaksanaan PPSMI ada baiknya dan ada juga buruknya. PPSMI adalah satu elemen yang mampu memperkenalkan pelajar dengan penggunaan bahasa Inggeris. Dari sini pelajar itu sendiri akan menyedari akan kepentingan bahasa Inggeris dan berusaha untuk mempelajarinya. Penggunaan bahasa Inggeris dari kecil akan memudahkan pelajar. Jadi bila pelajar mencapai tahap kedewasaan , mereka tidak akan berdepan dengan masalah akan penggunaan bahasa Inggeris ini.
Setelah kejatuhan Kerajaan Uthmaniah kita dapat melihat bahawa ilmu-ilmu daripada cendekiawan-cendekiawan Islam telah dicuri dan dirampas oleh Barat. Ilmu bermula dari Islam. Kita dapat melihat para ilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Razi, Al Biruni, Al Khawarizmi, Ibnu Khaldun dan banyak lagi yang mana mereka ini merupakan pelopor dan perantis ilmu-ilmu. Kita dapat melihat akan zaman kegemilangan Islam pada waktu ini. Tetapi sayang, selepas kejatuhan ISlam, semua manuskrip ilmu-ilmu ini telah diambil dan dialih bahasa oleh orang Barat. Kebanyakkan manuskrip telah pun dialih bahasa ke bahasa mereka dan manuskrip yang asal telah dibakar dan dibuang. Orang Barat dengan tidak segan silu menyatakan ilmu-ilmu itu adalah hasil mereka. Lebih menyedihkan lagi, mereka turut membaratkan ilmuan Islam dengan menukar nama mereka kepada nama Barat seperti contoh Ibnu Sina yang ditukar kepada Avencinna. Dari sini dapat kita simpulkan bahawa kita perlu mempelajari bahasa Inggeris bagi mengisi ilmu di dada memandangkan mereka merupakan gedung ilmu. Ilmu perlu dituntut. Nabi Allah, Muhammad saw ada bersabda, tuntutlah ilmu walaupun ke negeri Cina. Di sini dapat kita lihat bahawa tuntutan dalam menuntut ilmu adalah perkara yang perlu dilaksanakan.
Jika dilihat buku-buku rujukan dalam perbagai bidang memang rata-rata dalam bahasa Inggeris. Jika kita tidak menguasai bahasa Inggeris, bagaimana kita mampu untuk menguasai ilmu. Ilmu itu penting bagi kemajuan Ummah. Dengan ilmu kita dapat memartabatkan agama, bangsa dan negara. Kita tidak mudah ditipu dan diperdaya oleh golongan-golongan yang begitu rakus menindas. Ada sesuatu yang saya fikirkan masa saya belajar dulu, mengapa buku-buku ilmiah peringkat universiti tidak diterjemah dalam bahasa Melayu. Di peringkat universiti bahasa Inggeris menjadi bahasa perantara. Sukar untuk mendapat nota-nota dalam bahasa Melayu. Ada buku yang diterjemah dalam bahasa Melayu tetapi terdapat terms-terms yang yang agak lari maksudnya. Dan kebanyakkan terms science memang begitu familiar dengan bahasa Inggeris. Jadinya tidak salah jika pelajar didedahkan dengan bahasa Inggeris pada peringkat awal. Bak kata datuk nenek kita, lenturlah buluh dari rebungnya.
Dari segi kontra nya, saya melihat penggunaan bahasa Inggeris ini lebih praktikal pada mereka di kawasan bandar. Pelajar-pelajar dari kawasan bandar tidak menghadapi masalah dalam mempelajari bahasa ini memandangkan mereka begitu familiar. TETAPI masalah dapat kita temui di kawasan luar bandar. Di kawasan luar bandar, penggunaan bahasa Inggeris amat la jarang bagi mereka. Rutin mereka bercakap di dalam bahasa Melayu. Mereka agak kurang pendedahan. Disebabkan kurang pendedahan inilah, mereka begitu sukar menguasai bahasa Inggeris. Mereka perlu diberi masa untuk mempelajari bahasa ini. Kita dapat lihat penguasaan mereka di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri tidak kuat, apatah lagi jika mata pelajaran Sains dan Matematik juga dalam bahasa Inggeris. Mata pelajaran bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran yang perlu dipelajari adalah bahasa manakala Sains dan Matematik pula merupakan kefahaman dari segi konsep. Dua hal ini berbeza. Agak sukar mereka memahami konsep jika mereka tidak memahami bahasa. Kadang-kadang dalam bahasa kita sendiri pun sukar untuk memahami konsep inikan pula jika dalam bahasa Inggeris.
Pada pendapat saya, jika benar-benar ingin melihat kemampuan pelajar, perlulah dibuat ujian yang mana penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya. Tiada pilihan dwi bahasa. Di sini kita akan dapat lihat sejauh mana pelajar benar-benar memahami English Language itu sendiri. Di sini akan dapat menjawab persoalan sama ada pelajar faham atau tidak. Kita sering memberikan pandangan bagi pelajar itu sendiri. Apa kata kita membuat survey dan tanyakan sendiri pada pelajar adakah mereka suka atau tidak dengan apa yang mereka belajar sekarang. Mungkin dari sini juga kita dapat jawapannya.
Dalam perlaksanaan PPSMI ini juga saya mengharapkan agar bahasa Melayu, Kajian Tempatan, Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dikekalkan di dalam bahasa Melayu agar bahasa Melayu tidak tenggelam oleh arus kemodenan. Kita tidak mahu melihat andai dan jika dulunya, pelajar banyak tidak mendapat A dalam mata pelajaran bahasa Inggeris, dan sekarang pelajar tidak ramai mendapat A dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
Penulis akan menyokong ke arah sesuatu yang membawa kepada kebaikan Ummah.

Tuesday, March 3, 2009

Anda Mampu Mengubahnya

0 comments
Kecelaruan disebabkan oleh permintaan keduniaan membuatkan hati sering resah, jiwa akan sentiasa memikirkan keduniaan maka menjadikan diri jauh dari matlamat hidup yang sepatutnya diberikan penumpuan. Mengharapkan sesuatu yang mungkin bukan rezeki atau ssesuatu yang belum menjadi rezeki atau pun sesuatu yang belum pasti akan rezekinya. Hal ini perlulah difikirkan sedalam-dalamnya, maka dalam hal ini hati perlu lah kuat. Perlu berfikir mencari asbab akan sesuatu hal itu terjadi. Perlu ingat bahawa sesuatu yang terjadi itu ada hikmah atau pengajaran yang terselit yang mana kadang-kadang kita tidak memahami atau pun kita sendiri yang menutup ruang hati kita untuk memahami akan hal tersebut. Setiap sesuatu yang berlaku ada hidayah. Konsep hidayah terlalu luas yang mana keluasan nya itu mampu membuatkan orang yang celik tetap buta akan kewujudannya yang luas itu.

Apa aku ingin jadi?. Antara soalan yang acap kali bermain dalam minda, yang sering membuatkan pemikiran aku selalu aktif akan memikirkannya. Fikiran ini akan datang mengundang tatkala aku ingin melelapkan mata ku dan akhirnya kantuk ku yang teramat tadi pergi berlalu sahaja. Begitu sukar untuk aku menyatakan pendirian ku tatkala persoalan begini menerjah ruang pemikiran ku. Asakan yang hebat ini akhirnya mengeruhkan lagi bisikan naluri dan kalbu, dan terus menghanyutkan aku dalam lautan kesedihan. Akhirnya adakah takdir dipersalahkan??? Ini adalah salah satu contoh yang menunjukkan seseorang hamba itu tidak bersyukur dengan apa yang telah diperolehinya. Ketika pemikiran ini tercetus maka berlakunya tachycardia, degupan yang laju itu membuatkan aku mula diserang ketakutan, terasa diri ini telah melakukan kesilapan. Bisikan hati sedikit sebanyak melegakan.

Ketahuilah diri. Ciptaan yang dinamakan manusia itu mampu untuk menjadi apa sahaja selagi ianya halal dan berkat pada pandanganNya. Apa yang penting usaha, sesuatu tidak akan datang dengan sendirinya. Andai emas yang kamu minta, usahamu haruslah berbaloi dengan nilaian emas itu. Andai kaca yang diingini maka usaha yang melayakkan kamu memiliki kaca itu lah yang perlu kamu usahakan. Bersyukurlah dengan apa yang kamu ada. Perlu ingat bahawa kita sering lupa akan nikmat yang diperolehi, bila masa nikmat itu pergi maka barulah kita menyedari dan menyesalinya. Sebelum merasai penyesalan yang tidak mahu dirasai itu perlulah sentiasa beringat. Masa yang berlalu tidak akan kembali. Maka pergunalah ia sebaiknya.

Anda mampu mengubahnya.....