Perjalanan yang memakan kira-kira 20 minit itu, dengan kelajuan yang tak berapa laju, membawa diri ku ke satu lagi daerah asing. Buat pertama kalinya aku menjejaki diriku di sini. Sepanjang perjalanan tadi hanya deretan pokok-pokok menghiasi pemandangan ku. Agak saujana mata memandang walaupun perasaan sedikit gentar dengan keadaan begitu. Selama 24 tahun aku bernafas di bumi yang menjadi pinjaman bagi ku, tidak pernah lagi aku menetap di kawasan yang terlalu jauh dari kepesatan pembangunan dan kini sebuah daerah yang agak terpecil menjadi destinasi ku yang tidak ku tahu sampai bila aku di sini. Seakan diri tidak betah di sini, tapi apa kan daya, rezeki ku untuk menghuni akan tempat yang satu masa dahulu mungkin asing bagiku. Aku menghirup udara di situ, memang terasa kelainannya, sedikit sebanyak hati tenteram dengan suasana begitu. Lantas membawa aku jauh dalam imaginasi sendiri.
Di hadapan ku kini sebuah bangunan tersergam indah. Terdapat juga tidak jauh dariku deretan bangunan yang ku kira agak usang pada penilaian ku. Ini merupakan destinasi kedua ku setelah air papan. Dengan keluasan sebegitu dapat ku jangkakan jumlah penghuninya. Dengan tidak semena-mena hatiku berdegup perlahan, sedikit gentar membayangkan situasi yang bakal ku tempuhi esok.
Telefon ku berdering petang itu. Tertera di skrin nombor yang tidak aku simpan. Hello, assalamualaikum. Kedengaran suara lelaki ditalian. Waalaikumussalam aku menjawab gugup, al maklumlah aku tidak kenal gerangan siapa yang menelefon. Saya Jamaluddin dari ppd. Oh, en Jamaluddin. Saya nak bagitau ni, pasal kgsk. Oh pasal apa ye encik. Kalau saya bagi awk kat Endau boleh?. Erkkk, aku tak tahu apa jawapan yang perlu aku bagi waktu itu. Sama ada menerima tawaran atau menolak. Kalau tolak, payah la kot pasni, kalau terima jauh lak, huhuhu.... Hehehee, camne ek, aku menyoal encik tu, terasa seakan tak logik lak tindakan tersebut, tapi nak wat cane, aku memang tak tahu apa yang perlu aku nyatakan. Oklah camni, saya bagi awak sampai kul 8 malam ni, awak cal saya semula, andai tiada apa-apa jawapan saya akan beranggapan awak menolak tawaran saya. Baik encik, nanti pape saya cal encik confirmkan. Uhh cane eh..Ligat kepala ku mencari jawapan yang terbaik ku berikan malam ni. Lantas aku terus bersiap , tak sabar rasanya ingin menterjah ke satu kawasan yang bakal melakarkan sejarah buat ku selepas ni.
Pagi itu, seawal 630 am aku telah terpacak di situ. Tiada kelibat manusia di situ. lantas aku segera melangkah sambil meninjau-ninjau kawasan dalam keadaan samar-samar tanah sehinggalah kaki ku melewati kawasan kantin. Susuk tubuh gempal tidak jauh berdiri dari ku dengan ramah menegur. "adik cikgu baru ke?"... Saya cikgu ganti kak. Ohh, kakak tu tersenyum. Cikgu-cikgu sini biasa dalam pukul 7 baru sampai. Pejabat kat sana tu, sambung nya lagi. Tanpa aku menanya apa-apa, laju je kakak tu memberitahu itu dan ini. Aku begitu senang dengan situasi sebegini, tak payah susah-susah aku nak jadi peramah pagi-pagi gini. Kantuk ku masih lagi terasa, mana taknya, pukul 5 am da bangun, huhuhu. Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Di hadapan ku berdiri seorang cikgu muda. Tunggulah di pejabat, ujarnya sopan. Aku sekadar mengangguk dan menurutinya ke pejabat. Cikgu ni cik atau puan, tanya nya lagi. Saya cik, panggil saya faizan je. Faizan, awk tunggu kat sini k, saya ada kerja sikit, saya minta diri dulu. Tinggallah aku seorang diri dalam ruangan pejabat sekolah itu. Liar mataku memandang sekeliling, melihat itu ini.
Setelah siap melapor diri pagi itu, aku di bawa ke bilik guru. Belum sempat aku melabuhkan duduk, Puan Rosmina datang dengan sehelai kertas di tangannya. Faizan, ni jadual waktu awak. Ohh, terima kasih kak Ros, aku mengambil. Ohh kelas, mak aiii xsempat duduk lagi, ngomel ku sendirian. Aku terus bergegas ke bilik darjah yang perlu aku masuki pagi itu. 1B. Sebelum melangkah masuk, kedengaran riuh suara anak-anak itu menjerit-jerit memanggil ku dengan panggilan "cikgu baru". Aku sekadar meneutralkan wajah, senyum tidak, masam pun tidak. Ku kira aku tidak perlu berlembut di sini. Al maklumlah, anak-anak sekarang yang begitu lemak dan sukar menghormati. Sebelum memberi salam, aku menatap wajah mereka satu persatu. Setiap mata di hadapan ku begitu tekun menghayati pandanganku. Kelas sunyi sepi. Ku kira mungkin mereka gentar memandangkan tiada hadiah senyuman yang aku berikan. Setelah menjawab salam, segera ku arahkan mereka duduk. mereka seperti tadi, menatap aku dengan pandangan yang begitu polos. Setelah memperkenalkan diri lebih kurang, segera ku minta mereka mengeluarkan buku teks. Tidak tahu apa yang harus ku ajar memandangkan aku tak sempat untuk melihat persediaan mengajar cikgu yang ku ganti sebentar tadi. Lantas aku membacakan sesuatu dan mereka mengikut. Pembelajaran awal pagi itu amat berkesan. setiap apa yang aku arahkan , mudah sahaja mereka melakukannya.
1 comments:
teluk kemang x pegi?
Post a Comment