Thursday, June 4, 2009

Daku tidak mahu dikau begitu...


Pengalaman beberapa bulan berhadapan dengan insan-insan kecil ini membuatkan aku terfikir, beginikah generasi kini?

Kalau dahulu kita dapat melihat, kanak-kanak kecil sebahagian besar amat menghormati orang tua-tua, begitulah diajarkan oleh mak-mak dan ayah-ayah kite kepada kite. Apabila melalui di hadapan orang tua mestilah menundukkan sebahagian badan tanda hormat kepada mereka. Tetapi kini jka ingin melihat budaya ini diamalkan oleh anak-anak Melayu umumnya amatlah payah. Jika ada yang melakukannya mungkin itu adalah sebahagian daripada perkara yang agak aneh, mungkin. Generasi sekarang amat berbeza, yelah, perubahan dalam negara yang semakin membangun dengan pesat ini tidak dinafikan akan mengubah juga ciri-ciri ketamadunan dalam diri individu-individu. Dasar langit terbuka yang diamalkan mungkin juga membuatkan perubahan drastik kepada generasi hari ini. Tidak adil jika kita menyalahkan kepada insan-insan kecil ini kerana mereka hidup dalam zaman yang terlalu besar akan cabaran dan tekanan. Nak tak nak mereka harus berdepan dengan semua yang berlaku hari ini.

Siapa yang perlu bertanggungjawab ke atas mereka?. Untuk mengubah persepsi dan prinsip diri mungkin mudah, tapi tidak mudah untuk mengubah persepsi dan prinsip orang lain. Justeru itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam melahirkan warga generasi kini yang mempunyai sahsiah yang tinggi. Perlu dilenturkan anak-anak ini sedari kecil dengan ilmu-ilmu kerohanian dan sivik yang mantap agar perkembangan mereka selaras dengan tuntutan fitrah manusia. Ketegasan dalam mendidik perlu ada agar mereka menjadi insan yang mempunyai disiplin diri dan dapat mengawal diri, emosi dan rohani dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dan membawa kepada perkara-perkara yang negatif.

Wahai generasi kini yang bakal meningkat dewasa, sedarilah kalian bahawa hidup ini memerlukan pegangan yang kuat agar tidak hanyut dilambung gelora. Perlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu kerohanian, ilmu keduniaan dan ukhrawi.

Sayang kalian semua...skap n sktl

0 comments: