Thursday, June 4, 2009

Daku tidak mahu dikau begitu...

0 comments
Pengalaman beberapa bulan berhadapan dengan insan-insan kecil ini membuatkan aku terfikir, beginikah generasi kini?

Kalau dahulu kita dapat melihat, kanak-kanak kecil sebahagian besar amat menghormati orang tua-tua, begitulah diajarkan oleh mak-mak dan ayah-ayah kite kepada kite. Apabila melalui di hadapan orang tua mestilah menundukkan sebahagian badan tanda hormat kepada mereka. Tetapi kini jka ingin melihat budaya ini diamalkan oleh anak-anak Melayu umumnya amatlah payah. Jika ada yang melakukannya mungkin itu adalah sebahagian daripada perkara yang agak aneh, mungkin. Generasi sekarang amat berbeza, yelah, perubahan dalam negara yang semakin membangun dengan pesat ini tidak dinafikan akan mengubah juga ciri-ciri ketamadunan dalam diri individu-individu. Dasar langit terbuka yang diamalkan mungkin juga membuatkan perubahan drastik kepada generasi hari ini. Tidak adil jika kita menyalahkan kepada insan-insan kecil ini kerana mereka hidup dalam zaman yang terlalu besar akan cabaran dan tekanan. Nak tak nak mereka harus berdepan dengan semua yang berlaku hari ini.

Siapa yang perlu bertanggungjawab ke atas mereka?. Untuk mengubah persepsi dan prinsip diri mungkin mudah, tapi tidak mudah untuk mengubah persepsi dan prinsip orang lain. Justeru itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam melahirkan warga generasi kini yang mempunyai sahsiah yang tinggi. Perlu dilenturkan anak-anak ini sedari kecil dengan ilmu-ilmu kerohanian dan sivik yang mantap agar perkembangan mereka selaras dengan tuntutan fitrah manusia. Ketegasan dalam mendidik perlu ada agar mereka menjadi insan yang mempunyai disiplin diri dan dapat mengawal diri, emosi dan rohani dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dan membawa kepada perkara-perkara yang negatif.

Wahai generasi kini yang bakal meningkat dewasa, sedarilah kalian bahawa hidup ini memerlukan pegangan yang kuat agar tidak hanyut dilambung gelora. Perlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu kerohanian, ilmu keduniaan dan ukhrawi.

Sayang kalian semua...skap n sktl

Sunday, May 3, 2009

Teluk Lipat.....

1 comments
Perjalanan yang memakan kira-kira 20 minit itu, dengan kelajuan yang tak berapa laju, membawa diri ku ke satu lagi daerah asing. Buat pertama kalinya aku menjejaki diriku di sini. Sepanjang perjalanan tadi hanya deretan pokok-pokok menghiasi pemandangan ku. Agak saujana mata memandang walaupun perasaan sedikit gentar dengan keadaan begitu. Selama 24 tahun aku bernafas di bumi yang menjadi pinjaman bagi ku, tidak pernah lagi aku menetap di kawasan yang terlalu jauh dari kepesatan pembangunan dan kini sebuah daerah yang agak terpecil menjadi destinasi ku yang tidak ku tahu sampai bila aku di sini. Seakan diri tidak betah di sini, tapi apa kan daya, rezeki ku untuk menghuni akan tempat yang satu masa dahulu mungkin asing bagiku. Aku menghirup udara di situ, memang terasa kelainannya, sedikit sebanyak hati tenteram dengan suasana begitu. Lantas membawa aku jauh dalam imaginasi sendiri.

Di hadapan ku kini sebuah bangunan tersergam indah. Terdapat juga tidak jauh dariku deretan bangunan yang ku kira agak usang pada penilaian ku. Ini merupakan destinasi kedua ku setelah air papan. Dengan keluasan sebegitu dapat ku jangkakan jumlah penghuninya. Dengan tidak semena-mena hatiku berdegup perlahan, sedikit gentar membayangkan situasi yang bakal ku tempuhi esok.
Telefon ku berdering petang itu. Tertera di skrin nombor yang tidak aku simpan. Hello, assalamualaikum. Kedengaran suara lelaki ditalian. Waalaikumussalam aku menjawab gugup, al maklumlah aku tidak kenal gerangan siapa yang menelefon. Saya Jamaluddin dari ppd. Oh, en Jamaluddin. Saya nak bagitau ni, pasal kgsk. Oh pasal apa ye encik. Kalau saya bagi awk kat Endau boleh?. Erkkk, aku tak tahu apa jawapan yang perlu aku bagi waktu itu. Sama ada menerima tawaran atau menolak. Kalau tolak, payah la kot pasni, kalau terima jauh lak, huhuhu.... Hehehee, camne ek, aku menyoal encik tu, terasa seakan tak logik lak tindakan tersebut, tapi nak wat cane, aku memang tak tahu apa yang perlu aku nyatakan. Oklah camni, saya bagi awak sampai kul 8 malam ni, awak cal saya semula, andai tiada apa-apa jawapan saya akan beranggapan awak menolak tawaran saya. Baik encik, nanti pape saya cal encik confirmkan. Uhh cane eh..Ligat kepala ku mencari jawapan yang terbaik ku berikan malam ni. Lantas aku terus bersiap , tak sabar rasanya ingin menterjah ke satu kawasan yang bakal melakarkan sejarah buat ku selepas ni.
Pagi itu, seawal 630 am aku telah terpacak di situ. Tiada kelibat manusia di situ. lantas aku segera melangkah sambil meninjau-ninjau kawasan dalam keadaan samar-samar tanah sehinggalah kaki ku melewati kawasan kantin. Susuk tubuh gempal tidak jauh berdiri dari ku dengan ramah menegur. "adik cikgu baru ke?"... Saya cikgu ganti kak. Ohh, kakak tu tersenyum. Cikgu-cikgu sini biasa dalam pukul 7 baru sampai. Pejabat kat sana tu, sambung nya lagi. Tanpa aku menanya apa-apa, laju je kakak tu memberitahu itu dan ini. Aku begitu senang dengan situasi sebegini, tak payah susah-susah aku nak jadi peramah pagi-pagi gini. Kantuk ku masih lagi terasa, mana taknya, pukul 5 am da bangun, huhuhu. Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Di hadapan ku berdiri seorang cikgu muda. Tunggulah di pejabat, ujarnya sopan. Aku sekadar mengangguk dan menurutinya ke pejabat. Cikgu ni cik atau puan, tanya nya lagi. Saya cik, panggil saya faizan je. Faizan, awk tunggu kat sini k, saya ada kerja sikit, saya minta diri dulu. Tinggallah aku seorang diri dalam ruangan pejabat sekolah itu. Liar mataku memandang sekeliling, melihat itu ini.
Setelah siap melapor diri pagi itu, aku di bawa ke bilik guru. Belum sempat aku melabuhkan duduk, Puan Rosmina datang dengan sehelai kertas di tangannya. Faizan, ni jadual waktu awak. Ohh, terima kasih kak Ros, aku mengambil. Ohh kelas, mak aiii xsempat duduk lagi, ngomel ku sendirian. Aku terus bergegas ke bilik darjah yang perlu aku masuki pagi itu. 1B. Sebelum melangkah masuk, kedengaran riuh suara anak-anak itu menjerit-jerit memanggil ku dengan panggilan "cikgu baru". Aku sekadar meneutralkan wajah, senyum tidak, masam pun tidak. Ku kira aku tidak perlu berlembut di sini. Al maklumlah, anak-anak sekarang yang begitu lemak dan sukar menghormati. Sebelum memberi salam, aku menatap wajah mereka satu persatu. Setiap mata di hadapan ku begitu tekun menghayati pandanganku. Kelas sunyi sepi. Ku kira mungkin mereka gentar memandangkan tiada hadiah senyuman yang aku berikan. Setelah menjawab salam, segera ku arahkan mereka duduk. mereka seperti tadi, menatap aku dengan pandangan yang begitu polos. Setelah memperkenalkan diri lebih kurang, segera ku minta mereka mengeluarkan buku teks. Tidak tahu apa yang harus ku ajar memandangkan aku tak sempat untuk melihat persediaan mengajar cikgu yang ku ganti sebentar tadi. Lantas aku membacakan sesuatu dan mereka mengikut. Pembelajaran awal pagi itu amat berkesan. setiap apa yang aku arahkan , mudah sahaja mereka melakukannya.

Kadang-kadang hati terdetik "mengapa''.....

0 comments
Jauh mata menerawang ke dalam skrin putih, seakan menampakkan semua ruang-ruang, cip-cip dan segala macam wayar yang berselirat. Hati sesekali melirih, mengapa. Ya mengapa... mengapa ya itu terjadi...mengapa ya itu berlaku. Mengapa aku harus mengetahui semua itu. Dan mengapa setelah aku mengetahui aku tertanya-tanya mengapa. Ruang akalku seakan berserabut, mengapa yang dipersoalkan sejak tadi seakan mengasak untuk aku terus berfikir dan mendapatkan jawapannya.

Kenyataan sebentar tadi agak memeranjatkan.... Semoga diberikan hidayah untuk semua makhluk di dunia ini. Jauhkan diri ku ya Allah dari semua sifat mazmumah.

Saturday, March 14, 2009

Communication Skill

0 comments

Komunikasi itu penting bagi anda menyatakan perasaan dan pendapat. Komunikasi yang berkesan dapat mengeratkan hubungan baik sesama insan.

Komunikasi yang baik merangkumi:



  • Penerangan yang jelas

  • Menunggu giliran untuk bercakap

  • Tidak ada yang baik dan buruk

  • Membantah dengan tenang

  • Berkomunikasi dengan sopan di mana ianya pendek dan jelas

  • Bertentang mata

  • Duduk tegak

  • Berkomunikasi dengan nada biasa

  • Bercakap bila perlu

  • Menerima tanggungjawab tanpa memberi helah

  • Meminta pertolongan dengan baik

  • Menggunakan empati tetapi bahasa yang dihormati

Komunikasi yang tidak berkesan adalah:



  • Mencaci

  • Mengganggu semasa seseorang sedang bercakap

  • Bercakap tanpa henti atau terlalu diam

  • Mengalih pandangan ke tempat lain semasa bercakap

  • Bercakap sambil lewa

  • Menjerit

  • Mencaci dan menggunakan bahasa yang kasar

  • Melepaskan geram

Prinsip-prinsip komunikasi secara berkesan :



  • Mengekalkan pandangan mata (eye contact) dan ekspresi muka yang bersesuaian

  • Mendengar dengan minat

  • Memberi perhatian terhadap perasaan orang lain

  • Membuat refleksi apa yang anda faham daripadanya

  • Secara jujur luahkan bagaimana perasaan anda sama ada baik atau buruk tanpa menyakiti hati pendengar

Keberkesanan mendengar



  • Dengar dan tunjukkan bahawa anda mendengar dan memahami perasaan mereka

  • Tingkatkan hubungan mata dan tunjukkan bahawa anda mendengar dengan penuh minat.

  • Beri sepenuh perhatian

  • Mengakui yang anda mendengar dengan menggunakan perkataan yang mudah seperti "oh" atau "Umm-hmm"

  • Ulangi apa yang telah diperkatakan dan tunjukkan yang anda faham apa yang diperkatakan

Kemahiran berkomunikasi ini perlu kerana :



  • Orang akan mendapati diri anda lebih menarik

  • Anda akan mendapat ramai kawan

  • Anda akan lebih difahami

  • Anda akan lebih baik di sekolah


Apa akan terjadi jika komunikasi tidak berkesan?



  • Anda akan selalu salah faham dan bertengkar

  • Anda susah difahami oleh orang lain

  • Segala kemahuan tidak dapat dicapai

  • Anda tidak disukai

Pendidikan Bayi

0 comments

Peringkat pembesaran



Sebagai pengaruh terbesar di dalam hidup anak, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:


1. Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti;
2. Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal;
3. Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif;
4. Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.


Selain itu, persediaan amat penting untuk menerima perubahan mengagumkan anak anda, dari seorang bayi kepada kanak-kanak kecil. Ini membolehkan anda membantunya mencapai kebolehan maksimumnya dalam empat bidang kepintaran pada setiap peringkat perkembangan.

Perkembangan dari Alam Bayi ke Alam Kanak-kanak Bertatih

Jenis Perkembangan : Fizikal

9 – 12 bulan ---- Beransur dari memegang barang dengan kedua-dua belah tangan ke memegang barang di antara jari telunjuk dan ibu jari.

12 – 18 bulan ----- Berdiri dengan berpegang ke sesuatu dan mara secara perlahan-lahan.

18 – 24 bulan ---- Beransur dari langkah yang tidak stabil ke langakah terkedek-kedek dengan sendirinya. Otot kecil di tangan, jari dan pergelangan tangan beransur kuat.

24 – 36 bulan ---- Dapat mengawal mainan tunggangan yang stabil. Dapat membina menara mainan 4 hingga 6 tingkat dengan pantas. Mula menggolek, membaling dan menyepak bola. Boleh melukis garisan dan menconteng. Boleh menggabung beberapa kemahiran motor yang sukar bagi memanipulasi permainan taman permainan dengan lebih yakin.

Jenis Perkembangan : Kognitif

9 – 12 bulan ---- Mula bercakap dengan bunyi yang menyerupai satu suku kata dan akan menyambungnya seperti gaya ucapan.

12 – 18 bulan ---- Mula menunjukkan minat terhadap buku. Memahami arahan mudah seperti “mari pada umi”.

18 – 24 bulan ---- Mula berminat untuk tahu bagaimana benda boleh muat ke dalam satu sama lain. Suka memasukkan bentuk ke dalam rangka bentuk yang berpadanan. Daya ingatan bertambah- mengetahui bahawa sesuatu yang tidak boleh dilihat masih wujud (kekekalan objek).

24 – 36 bulan ---- Dapat menyelesaikan susun suai gambar yang mudah. Memahami konsep ‘sama dan lain’. Boleh melakukan kraf yang mudah.

Jenis Perkembangan : Emosi

9 – 12 bulan ---- Memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang disukainya.

12 – 18 bulan ---- Mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat. Menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari ibu bapa. Bertindak balas apabila namanya dipanggil.

18 – 24 bulan ---- Suka melihat ke dalam cermin dan mengenali bahagian tubuh badannya. Mula mempunyai deria kawalan diri (mungkin memberi tindak balas terhadap perkataan “berhenti” dan “tunggu”.

24 -36 bulan ---- Ingin berjaya dalam pelbagai tugas dengan sendiri. Suka “berlakon” terutamanya bermain permainan pakaian aneka ragam atau melakukan perkara “orang dewasa” seperti menjadi doktor haiwan.

Jenis Perkembangan : Sosial

9 – 12 bulan ---- Menyukai permainan mudah sepeti ba-baa-chak.

12 – 18 bulan ---- Mula bertepuk tangan bersama orang lain.

18 – 24 bulan ---- Mula menggunakan perkataan yang boleh difahami seperti “ba” untuk bola dalam berkomunikasi dengan orang lain. Mula menunjukkan empati terhadap orang lain. Contohnya, memeluk anda ketika orang lain bersedih.

24 – 36 bulan ---- Mula bermain secara interaktif dengan kanak-kanak lain.

(dipetik dari majalah Mother & Baby)




Perkembangan awal fizikal tidak semestinya menunjuk kecerdikan seseorang anak kerana kematangan sistem saraf adalah berdasarkan sejarah keluarga. Penunjuk pada kecerdikan otak yang boleh dipercayai adalah senyuman awal, kepekaan, daya tumpuan dan ingatan yang baik, percakapan awal dan minat yang meningkat terhadap permainan.


Sama ada kepintaran anak lebih nyata dalam satu bidang atau adalah seorang yang serba berkebolehan, penjagaan dan pemakanan yang berkualiti, disulami dengan penerimaan dan kasih sayang tidak berbelah bagi dari ibu bapa, pasti akan membantu anak membesar menuju ke arah kecemerlangan. Baka bukanlah satu-satunya faktor yang boleh menentukan prestasi intelek seseorang itu kerana yang lebih penting lagi ialah pengalaman-pengalaman, kaedah-kaedah pembelajaran dan galakan yang diterimanya. Ramai para penyelidik menyatakan bahawa peringkat dua hingga tiga tahun adalah kritikal bagi perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak itu. (Head Start Project).


Jika persekitaran atau cara bimbingannya sehingga peringkat umur ini rendah mutunya dari segi stimulasi, perkembangan kognitifnya tidak akan tercapai dengan optimum. Taman asuhan dan tadika yang ditubuhkan di merata-rata tempat di dunia dan di dalam negeri ini membayangkan bagaimana pentingnya persekitaran serta didikan untuk membentuk perkembangan intelek seseorang kanak-kanak itu.


KEIBUBAPAAN
Cara keibubapaan (parenting) yang positif yang boleh meninggikan keyakinan diri adalah sangat penting. Kanak-kanak yang mengalami kerosakan otak, walaupun terhad keupayaannya akan boleh dipertingkatkan perkembangan kognitif dan bahasa bayi. kebolehannya untuk berdikari dan menyesuaikan diri di dalam masyarakatnya jika dia diberi bimbingan yang sesuai. Kebolehannya di dalam sesuatu aspek adalah penting dikesani sementara kelemahannya perlu diketahui supaya dia boleh diajar cara-cara untuk mengatasi kelemahannya itu.


KESAN BUNYI
Kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa bayi amat mudah dipujuk jika mereka menyanyi atau mendodoikan bayi perlahan-lahan sambil menepuk-nepuk punggung dan dadanya. Ini kerana bayi mempunyai kebolehan yang tersendiri untuk bertindak balas terhadap rangsangan bunyi dan sentuhan. Bayi dalam rahim juga boleh memberi tindak balas terhadap muzik yang mereka dengar. Menurut satu kajian, sekumpulan bayi yang ibunya mendengar muzik setiap hari sehingga pada saat kelahiran kelahiran lebih mudah dipujuk dengan mendengarkan irama bertema selepas beberapa minggu dilahirkan. Perkara ini amat berbeza dengan bayi yang tidak mendengar muzik - mereka kurang menunjukkan tidak balas. Penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka. Ibu bapa boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain mereka dengan memasangkan kaset lagu kanak-kanak dan membaca buku yang mempunyai gambar menarik dan berbunyi dapat menarik minat anak-anak terhadap membaca. Irama yang disertai senikata lagu akan membantu anak-anak mengembangkan kemahiran bahasa mereka.


Selain itu, muzik yang didengari oleh anak-anak juga membantu mereka menghafal dan menajamkan fikiran. Sebagai contoh, nama para Nabi dan Rasul yang dinyanyikan amat mudah diingati oleh kanak-kanak berbanding sekiranya kita menyuruh mereka menghafal kesemua nama itu tanpa ada irama dan muzik. Hal ini secara tidak langsung merupakan salah satu teknik kita mendidik anak-anak dan membantu mereka dalam proses pembelajaran, terutama yang melibatkan hafalan.


PERSONALITI KANAK-KANAK
Pakar kanak-kanak berpendapat perkembangan personaliti bayi bermula dari peringkat janin lagi. Bayi yang baru lahir seperti kain putih bersih. Ia dilengkapkan dengan semua pancaindera dan boleh berinteraksi dengan persekitarannya serta orang sekeliling terutama ibu bapanya. Kebanyakan orang berpendapat bayi yang baru lahir sebagai pasif dan tidak berupaya mengenali ibu bapa serta persekitarannya. Pada masa kini pakar perkembangan kanak-kanak menjelaskan bayi yang baru lahir sudah berupaya memberi tindak balas persekitaran dan perhatian ditunjukkan orang lain kepadanya. Ramai ibu bapa bertanyakan cara merangsang bayi. Kini jelas prestasi kognitif seseorang bayi boleh dipertingkatkan dengan memberi persekitaran yang penuh dengan rangsangan kepada kanak-kanak.


Stimulasi atau rangsangan ini perlulah ditunjukkan kepada kanak-kanak dari peringkat bayi lagi. Jika diperhatikan kelakuan bayi dalam beberapa hari dilahirkan kelihatan dia berada dalam beberapa keadaan iaitu tidur nyenyak, mengantuk, berjaga, memerhatikan sekitarnya dan menangis. Keadaan sesuai bagi merangsang bayi ialah ketika masih sedar atau celik. Ibu bapa perlu faham masa sesuai untuk merangsang bayi kerana jika diteruskan tanpa mengambil kira kemampuannya ia boleh memberikan kesan negatif. Apabila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu perlu bercakap dengannya, menyanyi, menunjukkan senyuman gembira atau mencium tubuh bayinya itu. Sewaktu menyusukan bayi boleh digunakan untuk merangsang bayi. Perkataan seperti “anak mak cantik’ dan “anak mak sayang” boleh digunakan bagi tujuan itu.


Ibu bapa digalakkan berbual dengan bermesra dengan bayi sewaktu dimandikan atau lampinnya ditukar. Jarak mata bayi dengan wajah ibunya ketika menyalin lampin sungguh sesuai untuk berinteraksi antara bayi dan ibu. Sambil menyalin lampin gunakan perkataan indah untuk merangsang minda bayi seperti “ cantiknya anak ibu” dan “wanginya anak ibu”. Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra. Bahasa penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta dan mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara. Bayi yang selalu menangis tentu kurang berkebolehan menerima persekitaran serta orang sekelilingnya. Ada ibu bapa yang membiarkan anak menangis sendirian dan cara itu perlu dielakkan. Sebaiknya, ibu bapa memujuk dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka atau mendodoi dengan mesra.Bermain dengan bayi amat digalakkan. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira.


Selain itu, persekitaran bayi boleh diperkayakan dengan melakukan pelbagai bunyi menarik seperti lagu dari peti muzik atau gambar berwarna warni. Malah muzik klasik cukup banyak memberi impak yang besar untuk perkembangan kognitif dan bahasa bayi. Seorang profesor muzik di Kolej Muzik Kunitachi, Jepun mengatakan muzik klasik adalah penting untuk membesarkan anak-anak.Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan, muzik tersebut mempunyai tiga kesan positif untuk ibu dan bayi yang dikandung. Pertama, muzik klasik membantu menghasilkan gelombang alpha otak yang mana kita memilikinya ketika sedang santai atau merasa selesa. Oleh kerana janin amat dipengaruhi oleh keadaan ibu, rasa relaks, tenang dan selesa semasa mendengar muzik klasik akan memberi kesan positif kepada bayi juga. Kesan positif kedua ialah muzik klasik turut membantu perkembangan otak janin kerana ia boleh mendengar termasuk di dalam air. Jadi, sekiranya kita memainkan muzik untuk janin, ia akan memberi ransangan kepada otak untuk berkembang dengan lebih baik. Kesan ketiga pula ia membantu ibu mengeluarkan lebih banyak hormon yang diperlukan oleh janin mahu pun diri sendiri. Malah, kajian terbaru juga mendapati muzik klasik adalah antara jalan yang paling sesuai untuk bayi bersedia dengan masa depan.

PEMAKANAN BAYI
Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti untuk perkembangan kognitif dan bahasa bayi Kajian Prof Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh menggalakkan pertumbuhan ranting-ranting dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.



Menurut Dr W.H Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa German menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan.



Pergerakan dan persekitaran mendedahkan ibu dengan kuman yang boleh memberi kesan kepada bayi sebelum dilahirkan. Dalam keadaan ini, rahim bertindak melindungi bayi dari kuman. Selepas kelahiran, perlindungan kepada bakteria dan parasit diperoleh pula dari susu ibu. Beberapa bahan dalam susu ibu bukan saja berupaya menentang penyakit tetapi sesetengahnya menguatkan lagi pembentukan sistem imun bayi. Ia memberi kesihatan yang baik kepada bayi walaupun selepas dia tidak lagi menyusu.



Ini kerana susu ibu memiliki ramuan terbaik untuk pertumbuhan bayi dari jumlah asid lemak, laktosa, air, asid amino untuk pencernaan, pertumbuhan minda bayi dan mengandungi antibodi. Selain membantu perkembangan retina dan memberi perlindungan kepada sistem saraf tengah bayi. Ia juga membawa enzim pencernaan yang membantu bayi mencerna nutrisi dalam susu. Justeru, ia berupaya memberi bayi imuniti terhadap jangkitan dan penyakit seperti otitis media, pneumonia, mengurangkan masalah jangkitan darah dan radang otak. Malah dalam satu kajian di Denmark, susu ibu memberi kesan pada pembentukan minda dan meningkatkan perkembangan kognitif bayi dan bahasa bayi.



Kajian mengesahkan bahawa nutrien dalam susu ibu dan genetik mempunyai kesan terhadap IQ. Kanak-kanak kecil (bayi) yang tidak mendapat susu ibu akan lebih menyebabkan IQ mereka rendah, tahap pencapaian pendidikan rendah dan rendah dalam pergaulan sosialnya.



BELAJAR SAMBIL BERMAIN
Pada peringkat perkembangan 6 bulan pertama, bayi banyak belajar daripada persekitarannya terutama melalui interaksi antara anda dengannya. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bayi belajar melalui permainan. Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksi dengan bayi, anda sebenarnya mengajarnya lebih banyak perkara mengenai diri anda, dirinya sendiri dan persekitarannya. Setiap aktiviti permainan mudah seperti menggoncangkan alatan yang berbunyi memberi kesan terhadap perkembangan derianya. Bayi belajar memfokus penglihatan dan pendengarannya terhadap objek berkenaan. Sekiranya aktiviti ini diulang-ulang, bayi akan belajar menggoncang alatan dan menyebabkan berlaku kebisingan.
Antara perkara yang boleh anda lakukan dalam ‘mengajar’ bayi anda adalah:



1. Lakukan aktiviti yang boleh merangsang 5 deria utama manusia iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan.
2. Sentiasa memberi perhatian padanya melalui eye contact semasa bercakap dan bermain dengannya.
3. Bantu perkembangan bahasa dan visualnya dengan menunjukkan padanya sesuatu objek nyata seperti botol, menerangkan padanya mengenai objek berkenaan dan sentuhkan tangannya ke objek itu.
4. Ajarkan mengenai kepelbagaian emosi dengan menggayakan ataupun membuat mimik muka seperti gembira, sedih dan sebagainya.
5. Perkenalkan kepelbagaian padanya dengan menunjukkan objek yang sama dalam warna dan bentuk berbeza ataupun menyanyi pelbagai lagu supaya bayi tidak mudah bosan.
6. Beri respons terhadap sebarang pergerakannya. Contohnya sekiranya bayi menangis, dakaplah bayi dan sekiranya bayi tersenyum, senyum dan ketawa bersamanya. Ini akan memberi bayi keyakinan ia boleh mengawal persekitarannya.



Bayi Baru Lahir Hingga 4 Bulan
Pada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Perhatikan apabila bayi menangis, ia akan menggerak-gerakkan kakinya seperti menendang dan menggapai-gapaikan tangan-nya. Pergerakan ini sebenarnya adalah satu stimulasi dan kesan daripada aktiviti penerokaannya menggunakan ototnya. Elakkan daripada terlalu melindunginya dengan sentiasa mendukungnya kerana ia membantutkan usaha penerokaannya. Letakkan bayi anda di atas lantai dan biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya. Sekiranya anda mampu, anda boleh menghiasi persekitaran penerokaannya dengan pelbagai permainan yang pelbagai warna dan corak. Hati-hati dengan barang permainan kerana dikhuatiri akan menjerut lehernya ataupun mengakibatkannya tercekik. Antara aktiviti permainan mudah yang boleh anda lakukan dalam merangsang bayi anda adalah: Gerakkan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada bayi anda meniru lagak anda.



Sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Per-hatikan responsnya. Sekiranya bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, anda akan dapat melihat senyuman di bibirnya. Tambahkan pengalaman pembelajarannya dengan mem-bawanya keluar bersiar-siar di halaman rumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalam rumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.



Bayi 4 bulan hingga 6 bulan
Pada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan warna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangun sepenuhnya, bayi mampu melihat dalam jarak yang dekat. Koordinasi otot tangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya.



Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagai tekstur objek sama ada licin, kesat dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:



1. Galakan bayi menyentuh pelbagai jenis objek yang mempunyai pelbagai tekstur seperti kain sutera yang lembut, tuala, permaidani yang berbulu halus dan lembut, kotak dan sebagainya.
2. Berikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yang berbunyi sekiranya ditekan.
Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi, empat segi dan sebagainya.



Bayi 6 bulan hingga 1 tahun
Keadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa ini. Kepalanya lebih tegap malah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Kemampuan verbalnya juga begitu menggalakkan. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda, tanda ia bersedia untuk bercakap, walaupun dalam bahasa bayinya sendiri. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:



1. Dapatkan mainan yang ada elemen memeranjatkan. Contohnya, kotak yang apabila dibuka akan mengeluarkan badut dan sebagainya. Namun begitu, berhati-hati, kerana dikhuatiri bayi anda terperanjat sehingga mencederakannya ataupun melukakan dirinya.
2. Anda boleh memperkenalkan muzik kepadanya. Dapat-kan alat mainan seperti drum, tamborin dan sebagainya.
3. Ajarkan kepada bayi anda bermain sorok-sorok. Permainan di mana sorokkan mainan kegemarannya di bawah tilam dan lihat reaksinya.



Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra. Bahasa juga penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta dan mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara. Bayi yang selalu menangis tentu kurang berkebolehan menerima persekitaran serta orang sekelilingnya. Ada ibu bapa yang membiarkan anak menangis sendirian dan cara itu perlu dielakkan. Sebaiknya, ibu bapa memujuk dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka atau mendodoi dengan mesra.



Bermain dengan bayi amat digalakkan. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira. Selain itu, persekitaran bayi boleh diperkayakan dengan melakukan pelbagai bunyi menarik seperti lagu dari peti muzik atau gambar berwarna warni. Untuk merangsang bayi ibu bapa digalakkan berkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu proses perkembangan bahasa dan minda.
Justeru itu, ibu bapa digalakkan menggunakan perkataan yang sesuai ketika berinteraksi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak dipercepatkan, prestasi perkembangan kognitif atau inteleknya turut meningkat dari semasa ke semasa.

Friday, March 13, 2009

My Love....

0 comments

Saturday, March 7, 2009

Muhammad Zukhair Khalis

0 comments

Pada tanggal 9 Februari 2009 lahirlah seorang putera yang telah dinantikan selama 9 bulan. Kelahiran cucu buat mak ayah ku yang kedua. Kelahiran kali ini bukanlah secara biasa. Kakak ipar ku di operate memandangkan kedudukan bayi yang songsang. Walau apa pun syukur tidak terhingga kehadrat Ilahi atas keselamatan dan rahmat yang dianugerahkan.

Khalis jadilah seorang anak yang soleh. Taat pada perintah Allah, kedua ibu bapa. Sayang kamu Khalis...Muahhhss...

Muka Khalis memang seiras Danish. Cepat-cepat ye pulang ke Malaysia. Tak sabar nak cium. Miss u all so much... Tapi sian kat Danish. Sejak dapat adik ni, asyik nak mengamuk je dia, mana tak nya, jeles la tu, papa n mummy die lebihkan adik. Manja lebih dah Danish sekarang. Bangun pun nak papa dia. Sikit-sikit papa. Papa n mummy pegang adik je siap la, mengamuk dia, menjerit-jerit. Sampai satu hari tu die baling kereta mainan die kat adik die. Kene sikit pale Khalis. Huhuhu... Sabar ye Danish. Adik Khalis kecil lagi kene perhatian lebih. MMuahsss Danish sayang. Ingat lagi Danish jerit-jerit nak mam kopok. Kene auntie lumatkan dalam mulut. Tak sabar tul Danish, tak sempat nak lumat dah panjat badan auntie. Hehee.. Best nye kenangan...