Tuesday, January 20, 2009
Akan ku datangani kau....
Isu Palestin
Tuesday, January 13, 2009
Yahudi...Anti-Yahudi
Persoalan ini ditanyakan kepada tok guru saya. Di bawah ini merupakan hasil huraian yang telah diberikan oleh tok guru saya.
Bismillah...
Sebenarnya kita tidak boleh anti sesiapa pun. Kita mestilah sayang semua yang Allah sayang (husnul zhon). Selagi Allah sayang, selagi itu kita tiada hak untuk membenci. Mereka yang bukan Islam, Allah tidak membenci mereka, Allah tetap sayagkan mereka tetapi Allah murka sahaja pada mereka. Allah tidak membenci hamba Nya tetapi Allah akan murka kepada hamba Nya yang tidak mahu menurut perintah. Allah tidak membenci hamba Nya kerana hamba Nya semua adalah ciptaan Nya. Di dalam jasad setiap hamba Nya mengalir zat-zat Allah. Mana mungkin Allah akan membenci zat Nya sendiri. Kita dapat melihat kerana zat Allah. Kita dapat mendengar kerana zat Allah. Kita dapat bergerak kerana zat Allah. Kita dapat hidup juga adalah kerana zat Allah. Dalam masa yang sama Allah akan memakbulkan dan mengampunkan mereka bagi mereka yang memohon bersungguh-sungguh.
Ermm...tapikan mengapa Allah tidak berikan mereka hidayah supaya mereka memeluk agama Islam?
Semua manusia Allah berikan hidayah. Tidak ada yang tidak mendapat hidayah dari Allah. Cuma manusia sendiri yang tidak membuka hatinya untuk menerima hidayah. Setiap pandangan adalah hidayah.
Setiap perbuatan adalah hidayah.
Setiap kata-kata yang baik (percakapan) adalah hidayah.
Allah turunkan hidayah untuk semua hamba Nya. Ini kerana sifat Allah itu sendiri yang mana Allah Maha Adil. Cuma hamba Nya sahaja yang tidak melihatnya. Disebabkan itu kita mesti pandang semua atau setiap kejadian itu dengan penuh kebaikan. Barulah terungakai hidayah yang cuba Allah sampaikan. Tiada hamba yang tidak mendapat hidayah sebenarnya. Allah Maha Adil dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. juga Allah berikannya hidayah kepadanya. Dia tahu Islam itu benar tetapi dia tidak mahu memeluk Islam kerana apa? Allah berikan hidayah kepadanya dan dia tahu Islam itu agama yang benar. Dan dia juga tahu Nabi Muhammad s.a.w. itu benar. Tetapi dia tidak mahu menganutnya. Allah sudah memberi hidayah tetapi dia yang menutupkan hatinya. Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang merubahnya sendiri.
Dari sini dapat kita huraikan bahawa Allah memberi hamba Nya pilihan. Sama ada baik atau buruk. Dan bukan Allah yang tentukan tetapi hambaNya yang memilih. Dalam masa yang sama Allah bekalkan ilmu untuk hamba Nya berfikir. Dan dalam masa yang sama juga Allah berikan dosa pada yang memilih keburukan dan Allah memberikan pahala pada yang memilih kebaikan. Hidayah ada bermacam-macam cara.
Apa itu hidayah?
Hidayah merupakan satu keadaan yang membabitkan intuisi kita merasa akan kewujudan Allah dengan sebenar-benar keyakinan.
Untuk rakyat palestin, bersabarlah..kuatkan semangat dalam berjihad kejalan Allah...hanya doa yang dapat disalurkan...moga Allah membalas setiap yang berlaku dengan sebaik-baik pembalasan....kuatkan semangat kalian dalam berjihad di jalan Nya...semoga Allah merahmati dan meredhai perjuangan kalian...semoga kalian semua berada dalam naungan rahmat dan kasih sayang Nya...ameen ya Rabb...moga Allah membalas kezaliman yang diperlakukan terhadap kalian dengan seberat-berat siksaan...ketahuilah Allah Maha Adil...Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
Laaikroha fiddin...
Maksudnya : tiada paksaan dalam agama Islam.
Tiada paksaan di dalam agama Islam. Terpulang pada individu itu sendiri hendak keluar dari agama ataupun tidak. Setiap agama mempunyai undang-undang tersendiri. Di dalam Islam itulah undang-undang bagi orang-orang yang murtad. Tetapi dalam masa yang sama, Islam tidak memaksa untuk orang menganutinya. Tetapi apabila kita sudah masuk Islam kita mesti patuh pada undang-undang yang telah ditetapkan Nya. Hal ini bukan kerana Islam itu agama yang kejam tetapi adalah kerana perintah Allah Subhanah Wataala. Kita sebagai hamba tidak boleh mempertikaikannya.
Cuba rujuk surah At-Taubah. Apabila kita menganut agama Islam kita kena, perlu, wajib patuh pada perintah Allah. Satunya, pada ketika itu orang-orang Islam yang murtad bukan sahaja keluar dari agama Islam tetapi mereka memerangi dan menjadi batu api kepada orang Islam yang lain yang mana keadaan pada ketika itu memudaratkan umat Islam yang lain. Jadi Allah turunkan perintah bunuh pada mereka waktu itu. Darah mereka halal. Dan undang-undang itu kekal sehingga sekarang. Apa yang Allah hendak sampaikan di sini ialah apabila seseorang itu dengan mudah keluar masuk agama maka ia akan menjadi teladan pada orang lain juga. Islam dan Allah adalah tegas dan Allah akan tepati janji Nya. Jadi di sini, hukum bunuh menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama yang tegas dan janji Allah adalah pasti. Sekiranya diberi kelonggaran seperti agama lain maka ramai orang yang masuk Islam seperti sekadar melepas batuk di tangga sahaja.
Islam tidak sama seperti agama yang lain dan pada sesiapa yang merasakan agama lain lagi indah dan bagus, Islam tidak menghalanginya. Maka dari sinilah turunnya ayat surah Al-Kafirun.
”Lakum dinukum waliyadin”
Maksudnya : bagi kamu agama kamu, bagiku agama ku.
Hukum bunuh pada yang murtad menunjukkan Islam itu tegas dan tiada kelonggaran dan itu menunjukkan bahawa Allah tegas dan serius pada setiap yang Allah perintahkan. Allah memberi kita petunjuk dan hidayah. Janganlah kita menutup hidayah yang diberikan Nya dengan pemikiran yang jahil. Dalamilah ilmu sedalam-dalamnya. Nescaya kita akan nampak petunjuk yang diberikan dengan jelas. Pandanglah semua kejadian dengan pandangan kebaikan dan hikmah maka akan terjumpa sesuatu yang tersembunyi.
(hasil taklim dengan tok guru)
Keyakinan vs Kebenaran
Kebenaran dalam agama tanpa merasai keyakinannya.
Antara dua persoalan ini yang mana akan kamu pilih? Adakah yang pertama atau yang kedua. Antara keyakinan dan kebenaran, mana satu lebih penting?....
contoh :
Minyak tanpa motor ----------> kosong
Motor tanpa minyak-----------> hampa
Jesteru itu, dapat disimpulkan di sini bahawa :-
Keyakinan tanpa kebenaran adalah kosong
Kebenaran tanpa keyakinan adalah hampa
Keyakinan dan kebenaran adalah saling berkait rapat.
(dipelajari dari tok guru saya)
Tok Guru vs Paderi
Paderi : Boleh bagi bukti yang Tuhan you mendengar dan melihat.
Tok guru : Keyakinan dan kepercayaan sepenuh jiwa dan raga. Kalau tiada keyakinan, tidak guna percaya dan tiada guna berpegang dengan agama.
Paderi : Agama Islam adalah rekaan orang arab. Sebab hadis dan dalil semua dalam bahasa arab. Semua berkisar pasal orang arab. Dalam Injil tiada nabi selepas Isa.
Tok guru : Adakah Injil yang you baca tu Injil tulin atau Injil baru? Kalau you baca tulin you akan jumpa. Yang baru telah diubah suai.
Paderi : Mana you tau itu bukan asal dan yang baru?
Tok guru : Mana you tau Injil you ni yang asal?
Paderi : Apa bukti Tuhan you selalu di sisi?
Tok guru : Seperti saya cakapkan tadi, keyakinan dan kepercayaan.
Paderi : Apa bukti islam agama yang benar?
Tok guru : Dalam Islam tiada paksaan dalam menganutinya. Keyakinan tidak dapat dibuktikan dengan akal tetapi yakin ini di dalam hati.
Paderi : Apakah Al-Quran rekaan orang arab?
Tok guru : waraka na ni tapa kaa kanu kai kani. (Tok guru cakap merepek-repek).
Paderi : Apa yang you cakapkan tu?
Tok guru : Laa, you tak faham ke?
Paderi : Tak. You cakap ape?
Tok guru : Macam tu juga lah Al-Quran. Kalau disampaikan dalam bahasa yang tidak difahami apa akan jadi ?. Masa tu, Nabi kami berketurunan arab, Dia sampaikanlah dalam bahasa arab, ikut keadaan pada masa itu.
Paderi : Kenapa bangsa arab ada Nabi?
Tok guru : Kenapa mesti Isa bukan bangsa arab?
Paderi : Apa bukti Tuhan you Satu / Esa?
Tok guru : Cuba you tengok diri you. Dalam dunia ni tiada siapa yang sama dengan you. Sebelum lahir dan selepas mati. Tidak akan ada yang sama. Semua makhluk tidak sama.
Paderi : Di mana letaknya nyawa manusia? Kalau putus tangan boleh mati, putus kaki boleh mati, tapi ada yang putus tangan hidup dan putus kaki pun hidup.
Tok guru : Dalam Islam kami percaya pada roh. Apabila tercedera roh akan melihat jasad dan apabila roh dapati maslahah diri telah hancur dan tidak sesuai lagi digunakan maka roh akan pergi. Salah satu kalau kehilangan banyak darah, roh akan memerhatikan jasad dan akan mempertimbangkannya. Sebab itu kalau tengok orang yang berdarah akan ditutup lukanya dengan kain supaya darah tidak keluar banyak. Tetapi kami percaya ajal dan maut di tangan Allah.
Melawan Kesepian

Cara berfikir
Harus ada jalan keikhlasan dalam membina jalan berfikir
Sandarkan berfikir kerana Allah dan hikmah akan kembali semula kepada kita
Permikiran yang berasaskan ilmu tentang Allah tentang tanda-tanda kebesaran Allah menjadikan kita kerdil dan kecil di sisi Nya
Menjadikan redha Allah itu sumber kekuatan dalam berfikir supaya apa ynag difikirkan berlandaskan syarak yang dipedomankan oleh Allah
Harus ada rasa bersyukur dalam proses berfikir kerana tanpa syukur akan membawa kepada perasaan riak
Tiada tajuk....
Siapa hendak akhirat maka carilah ilmu akhirat
Siapa yang hendak kedua-duanya maka carilah ilmu kedua-duanya
Siapa yang hendak kenal Allah maka carilah ilmu tentang Nya
Siapa yang kenal dirinya maka dia akan kenal Allah
Siapa kenal Allah maka dia akan kenal segala-galanya...
Sesungguhnya Allah tidak menciptakan makhluknya dengan sia-sia. Ia menciptanya demi satu amanat yang agung, yang tidak mampu dipikul oleh bumi, langit dan gunung-ganang. Tetapi disebabkan oleh kejahilan, manusia sanggup menerimanya. Ramai manusia yang melalaikan amanat itu lantaran beratnya amanah tersebut. Mereka hidup laksana haiwan, tertipu oleh tingginya angan-angan dan tenggelam dalam lautan syahwah. Tetapi.....tidak demikian bagi mereka yang beriman dan bertakwa.
Sabda nabi s.a.w bahawa agama itu nasihat....
Hudaifah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda :
”Penglihatan ialah dari anak panah iblis dan sesiapa yang meninggalkannya kerana takutkan Allah nescaya Allah akan mengurniakannya keimanan yang dia akan dapat merasai kemanisan di hatinya”.
Apabila terasa kemanisan iman, barulah rasa kecintaan padanya. Namun cinta pada Nya tanpa khauf dan taat tidak membawa erti apa-apa. Ilmu juala penunjuk akal manusia. Namun jika ilmu tidak disertai dengan tawakal ditakuti tersimpang dari kebenaran.
”Wahai anak Adam ! Jangan anda gembira dengan kekayaan, janganlah anda berputus asa dengan kemiskinan, janganlah anda berdukacita dengan bala yang menimpa, janganlah anda berbesar hati dengan kerana kemewahan kerana sesungguhnya ianya akan diuji dengan api dan hamba yang soleh akan diuji dengan bala, sesungguhnya anda tidak akan mencapai apa yang anda kehendaki melainkan dengan meninggalkan apa yang anda ingini (syahwat), anda akan mencapai apa yang anda cita-citakan melainkan dengan bersabar di atas apa yang anda tidak sukai. Sumbangkan tenaga anda bagi menjaga apa yang diwajibkan ke atas diri anda”.
Ibnu Mas’ud r.a berkata :
”Redhailah dengan apa yang telah dikurniakan kepada anda, nescaya anda dari golongan orang yang terkaya. Jauhilah apa yang telah diharamkan Allah ke atas diri anda, nescaya anda dari golongan sewarak-warak manusia. Tunaikan apa yang telah difardhukan Allah ke atas diri anda, nescaya anda dari golongan orang-orang yang banyak mengerjakan ibadah. Janganlah anda merayu kepada orang yang tidak ada belas kasihan kepada anda, mintalah pertolongan daripada Allah, nescaya anda termasuk dari orang yang utama”.
Segala puji bagi Tuhan sekelian alam yang telah mengurniakan nikmatnya pada saya dan sekelian makhluknya. Tiada tuhan selain Nya. Tiada yang lebih murni dari cinta Nya dan selawat dan salam kepada kekasih Nya, Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Nya :
”Katakanlah (Wahai Muhammad) : sekiranya kamu mencintai Allah maka ikutilah aku nescaya kamu dicintai Allah”.
Dan ketahuilah, sesungguhnya dosa membawa kepada kelekaan DAN kelekaan membawa kepada kekerasan DAN kekerasan membawa kepada jauhnya dari Allah DAN jauhnya dari Allah membawa kepada neraka. Sesungguhnya orang yang memikirkan perkara-perkara ini hanyalah orang yang hidup kerana orang yang mati ialah orang yang telah mematikan diri mereka dengan cintakan dunia.
Dan ketahuilah sesungguhnya tidak ada jalan yang lebih hampir dari jalan kebenaran dan tidak ada dalil yang lebih berjaya dari dalil ilmu dan tidak ada bekalan lebih bagus dari bekalan takwa.
Dan ketahuilah anda bahawa orang yang berakal manakala ilmunya lengkap dan keyakinannya teguh; mengetahui bahawa dia tidak akan terlepas dari Allah melainkan dengan kebenaran, maka dia perlu berusaha bagi mendapatkannya; dan membina akhlak keluarganya kerana inginkan kehidupannya sebelum dia dimatikan kerana memperlengkapkan diri ke alam baqa’ selepas matinya, justeru itu dia menjual dirinya dan hartanya untuk Allah semata-mata.
Allah berfirman :
”Sesungguhnya Allah membeli dari orang yang mukmin, diri mereka dan harta benda mereka kerana ganjaran bagi mereka adalah syurga”.
Dan sentiasalah beradab dan pisahkan hawa nafsu dan kemarahan, beramallah untuk hari kebangkitan dan jadikan ”lemah lembut” sebagai jamaah, ”perlahan-lahan” sebagai kawan, ”kesejahteraan” sebagai tempat perlindungan, ”ketenangan” sebagai harta rampasan, dunia sebagai tempat berteduh dan akhirat sebagai rumah yang kekal.
Al-Hassan r.a berkata :
”Sesungguhnya Allah tidak menjadikan tempat untuk beristirehat bagi orang mukmin selain di syurga”.
“Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah. Hendaklah setiap orang pastikan apakah yang telah dibuatnya untuk hari esoknya (akhirat). Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang engkau kerjakan”.
Surah Al-Hasyr : 18
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Musuh ketat anda adalah diri anda sendiri”.
Sesungguhnya di dalam tubuh badan ada seketul daging. Apabila ia baik maka baiklah badan semuanya; hati.
Sesungguhnya sesuatu pekerjaan hendaklah dimulakan dengan niat, sesungguhnya setiap Muslim diberi ganjaran mengikut niatnya.
Dalam menyemai cinta kepada Nya tanamlah rasa khauf di dalam jiwa kerana sesungguhnya azab dan siksaan Nya amat keras dan sesungguhnya rahmat dan cinta Nya lebih cepat dari kemurkaan Nya.
Firman Allah s.w.t :
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) di akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu membuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.
Surah Al-Qasas : 77
Semoga nasihat di atas dapat membantu kita memperbaiki diri. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu asbab nafsu saya yang bercanggah dengan fitrah ketetapan Nya.
(diambil dari buku peribadi abangku)
Monday, January 12, 2009
Seorang Ibu ialah Seorang Wanita yang sangat Redha
Seorang ibu yang menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang dan belas ihsan untuk si anak….ibu yang begitu tekun dan kasih akan anaknya menjaga siang dan malam, pagi dan petang tanpa mengira penat lelah….tatkala si anak menangis mahukan susu, si ibu tidak terasa terbeban dan membancuh susu untuk si anaknya dengan penuh kasih sayang….tiada rungutan dalam tindakan si ibu demi anaknya itu….dibelai si anak setiap masa, didakap setiap masa, diberi ciuman ketenangan setiap masa….si anak akan berasa sangat aman dan damai, sangat terjaga dan terpelihara, tidak perlu takut akan apa-apa bahaya kerana ibu pasti akan melindunginya walaupun taruhan jiwa sekali pun….ibu sanggup bergadai nyawa demi anak nya yang tercinta….
Apakah ibu melakukan ini semua kerana mengharapkan balasan?...adakah si ibu melakukan ini semua kerana inginkan pahala?....adakah kerana inginkan dan mengharapkan syurga firdausi sepertimana dijanjikan Maha Esa?....adakah kerana inginkan balasan yang baik atas balasan baik yang diberikan?....sedarilah, saya yakin tiada terlintas atau terfikir oleh seorang ibu yang menjaga anaknya adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran akan hal seperti di atas….tidak sama sekali….si ibu melakukannya dengan penuh keikhlasan….bukan kerana pahala…bukan kerana syurga….juga bukan kerana balasan yang bakal dibalas…bukan kerana itu semua TETAPI adalah kerana kasih sayang yang sukar ditafsirkan melalui perkataan tapi mampu dilaksanakan melalui tindakan seorang ibu….kasih sayang semata-mata….
Begitu juga dengan Allah…bagaimana kita mahu memiliki sifat redha terhadap Allah?....kasih Allah….sayang Allah….cintakan Allah….sepertimana ibu kasihkan anaknya….bukan kerana balasan, bukan kerana syurga, bukan juga kerana pahala….semata-mata kerana kasih kita kepada Allah yang Satu, yang Maha Rahim….lakukan apa sahaja semata-mata kasih kepada Nya Rabbul Izzati…
Wallahu’alam…..
(diadaptasikan dari pelajaran yang didapati dari tok guru saya)
Masturat ohhh masturat....
Sunday, January 11, 2009
Kenapa ujian...sedihnye....
Ujian dan dugaan yang diturunkan pada kita untuk apa?. Adakah untuk menzalimi diri yang lemah ini. Tidak sesekali. Allah menurunkan ujian sebab Allah sayangkan akan hamba Nya. Semua tu sebagai melahirkan rasa sayang dan kasih Allah yang Maha Rahim kepada kita. Allah tidak akan menguji kite melainkan kita mampu untuk menghadapinya. Allah Maha Mengetahui. Allah mengetahui akan kemampuan hamba-hamba Nya. Allah ingin melihat sejauh mana sayang kita kepada Nya, disebabkan itu Allah menurunkan ujian dalam hidup. Andai kita benar-benar mengasihi akan Allah, pasti kita menghadapi semua ujian itu dengan penuh keredhaan dan ketaatan. Ujian dan dugaan akan lebih mendekatkan diri kepada Allah subhanah wataala. Jika kita tidak mengenal Allah pasti kita akan berburuk sangka terhadap ujian yang diberikan. Secara tidak langsung mungkin kita akan menyalahkan takdir dan akhirnya ia akan membuatkan kita jauh daripada Allah.
Sebagai hamba jangan sesekali kita berburuk sangka terhadap Pencipta kita, sesungguhnya Allah adalah pentadbir sekelian alam ini dan menguasai dihari pembalasan kelak. Pandanglah segala kejadian itu dengan sebaik-baik pandangan. Dari situ kita akan dapat melihat rahmat, petunjuk dan hidayah yang Allah ingin anugerahkan kepada kita. Bersangka baik itu adalah baik. Redha semata-mata kerana Allah.