Tuesday, January 13, 2009

Tok Guru vs Paderi


Ini adalah cerita dari pengalaman yang benar-benar berlaku ke atas tok guru saya dan tok guru saya sendiri yang menceritakan pengalamannya ini. Ketika ini tok guru saya telah didatangi seorang paderi. Ketika itu tok guru saya ini ke gereja kerana mengikuti bos nya. Tetapi niat beliau bukanlah kerana tertarik akan penerangan dari gereja tersebut tetapi hanyalah semata-mata memenuhi undangan bos beliau sahaja. Paderi itu bertemu dengan beliau kerana menyangkakan beliau mungkin tertarik dengan ajaran mereka dan secara langsung mahu berdakwah kepada beliau. Cerita ini saya ceritakan mengikut versi saya tetapi tidak lari la dengan cerita tok guru saya.

Paderi : Boleh bagi bukti yang Tuhan you mendengar dan melihat.

Tok guru : Keyakinan dan kepercayaan sepenuh jiwa dan raga. Kalau tiada keyakinan, tidak guna percaya dan tiada guna berpegang dengan agama.

Paderi : Agama Islam adalah rekaan orang arab. Sebab hadis dan dalil semua dalam bahasa arab. Semua berkisar pasal orang arab. Dalam Injil tiada nabi selepas Isa.

Tok guru : Adakah Injil yang you baca tu Injil tulin atau Injil baru? Kalau you baca tulin you akan jumpa. Yang baru telah diubah suai.

Paderi : Mana you tau itu bukan asal dan yang baru?

Tok guru : Mana you tau Injil you ni yang asal?

Paderi : Apa bukti Tuhan you selalu di sisi?

Tok guru : Seperti saya cakapkan tadi, keyakinan dan kepercayaan.

Paderi : Apa bukti islam agama yang benar?

Tok guru : Dalam Islam tiada paksaan dalam menganutinya. Keyakinan tidak dapat dibuktikan dengan akal tetapi yakin ini di dalam hati.

Paderi : Apakah Al-Quran rekaan orang arab?

Tok guru : waraka na ni tapa kaa kanu kai kani. (Tok guru cakap merepek-repek).

Paderi : Apa yang you cakapkan tu?

Tok guru : Laa, you tak faham ke?

Paderi : Tak. You cakap ape?

Tok guru : Macam tu juga lah Al-Quran. Kalau disampaikan dalam bahasa yang tidak difahami apa akan jadi ?. Masa tu, Nabi kami berketurunan arab, Dia sampaikanlah dalam bahasa arab, ikut keadaan pada masa itu.

Paderi : Kenapa bangsa arab ada Nabi?

Tok guru : Kenapa mesti Isa bukan bangsa arab?

Paderi : Apa bukti Tuhan you Satu / Esa?

Tok guru : Cuba you tengok diri you. Dalam dunia ni tiada siapa yang sama dengan you. Sebelum lahir dan selepas mati. Tidak akan ada yang sama. Semua makhluk tidak sama.

Paderi : Di mana letaknya nyawa manusia? Kalau putus tangan boleh mati, putus kaki boleh mati, tapi ada yang putus tangan hidup dan putus kaki pun hidup.

Tok guru : Dalam Islam kami percaya pada roh. Apabila tercedera roh akan melihat jasad dan apabila roh dapati maslahah diri telah hancur dan tidak sesuai lagi digunakan maka roh akan pergi. Salah satu kalau kehilangan banyak darah, roh akan memerhatikan jasad dan akan mempertimbangkannya. Sebab itu kalau tengok orang yang berdarah akan ditutup lukanya dengan kain supaya darah tidak keluar banyak. Tetapi kami percaya ajal dan maut di tangan Allah.

0 comments: