Kehidupan di alam fana ini hanyalah sementara sahaja. Bagi mereka yang benar-benar bertakwa, mereka akan merasakan alam ini hanyalah sebuah destinasi persinggahan yang sementara. Hal ini berbeza dengan mereka yang kurang takwaan yang mana akan menganggap dunia ini umpama syurga, di mana segala kekayaannya dikaut dan dirasa serta dinikmati seenak-enaknya. Allah menciptakan manusia adalah kerana kasih sayangnya yang maha luas. Allah sangat kasihkan hamba-hamba Nya. Tetapi adakah kita sebagai hamba mengasihi Pencipta kita Rabbul Izzati. Apakah yang telah kita perolehi daripada Allah. Dan apakah yang telah kita balas kepada Allah. Apakah sumbangan kita pada Allah. Apakah sumbangan Allah pada kita. Apakah yang telah kita pinjam daripada Allah. Apakah yang kita lakukan untuk mensyukuri segala pemberian Allah.
Ujian dan dugaan yang diturunkan pada kita untuk apa?. Adakah untuk menzalimi diri yang lemah ini. Tidak sesekali. Allah menurunkan ujian sebab Allah sayangkan akan hamba Nya. Semua tu sebagai melahirkan rasa sayang dan kasih Allah yang Maha Rahim kepada kita. Allah tidak akan menguji kite melainkan kita mampu untuk menghadapinya. Allah Maha Mengetahui. Allah mengetahui akan kemampuan hamba-hamba Nya. Allah ingin melihat sejauh mana sayang kita kepada Nya, disebabkan itu Allah menurunkan ujian dalam hidup. Andai kita benar-benar mengasihi akan Allah, pasti kita menghadapi semua ujian itu dengan penuh keredhaan dan ketaatan. Ujian dan dugaan akan lebih mendekatkan diri kepada Allah subhanah wataala. Jika kita tidak mengenal Allah pasti kita akan berburuk sangka terhadap ujian yang diberikan. Secara tidak langsung mungkin kita akan menyalahkan takdir dan akhirnya ia akan membuatkan kita jauh daripada Allah.
Sebagai hamba jangan sesekali kita berburuk sangka terhadap Pencipta kita, sesungguhnya Allah adalah pentadbir sekelian alam ini dan menguasai dihari pembalasan kelak. Pandanglah segala kejadian itu dengan sebaik-baik pandangan. Dari situ kita akan dapat melihat rahmat, petunjuk dan hidayah yang Allah ingin anugerahkan kepada kita. Bersangka baik itu adalah baik. Redha semata-mata kerana Allah.

0 comments:
Post a Comment