Monday, January 12, 2009

Seorang Ibu ialah Seorang Wanita yang sangat Redha


Redha adalah sifat di mana kita melakukan, menerima dan bertanggungjawab dengan ikhlas semata-mata kerana Allah…konsep redha boleh diambil contoh dari seorang ibu....

Seorang ibu yang menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang dan belas ihsan untuk si anak….ibu yang begitu tekun dan kasih akan anaknya menjaga siang dan malam, pagi dan petang tanpa mengira penat lelah….tatkala si anak menangis mahukan susu, si ibu tidak terasa terbeban dan membancuh susu untuk si anaknya dengan penuh kasih sayang….tiada rungutan dalam tindakan si ibu demi anaknya itu….dibelai si anak setiap masa, didakap setiap masa, diberi ciuman ketenangan setiap masa….si anak akan berasa sangat aman dan damai, sangat terjaga dan terpelihara, tidak perlu takut akan apa-apa bahaya kerana ibu pasti akan melindunginya walaupun taruhan jiwa sekali pun….ibu sanggup bergadai nyawa demi anak nya yang tercinta….

Apakah ibu melakukan ini semua kerana mengharapkan balasan?...adakah si ibu melakukan ini semua kerana inginkan pahala?....adakah kerana inginkan dan mengharapkan syurga firdausi sepertimana dijanjikan Maha Esa?....adakah kerana inginkan balasan yang baik atas balasan baik yang diberikan?....sedarilah, saya yakin tiada terlintas atau terfikir oleh seorang ibu yang menjaga anaknya adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran akan hal seperti di atas….tidak sama sekali….si ibu melakukannya dengan penuh keikhlasan….bukan kerana pahala…bukan kerana syurga….juga bukan kerana balasan yang bakal dibalas…bukan kerana itu semua TETAPI adalah kerana kasih sayang yang sukar ditafsirkan melalui perkataan tapi mampu dilaksanakan melalui tindakan seorang ibu….kasih sayang semata-mata….

Begitu juga dengan Allah…bagaimana kita mahu memiliki sifat redha terhadap Allah?....kasih Allah….sayang Allah….cintakan Allah….sepertimana ibu kasihkan anaknya….bukan kerana balasan, bukan kerana syurga, bukan juga kerana pahala….semata-mata kerana kasih kita kepada Allah yang Satu, yang Maha Rahim….lakukan apa sahaja semata-mata kasih kepada Nya Rabbul Izzati…

Wallahu’alam…..

(diadaptasikan dari pelajaran yang didapati dari tok guru saya)

0 comments: