Monday, January 12, 2009

Masturat ohhh masturat....


Perkataan ini baru sahaja saya dengar hari ini, petang tadi...sebelum ni memang tak pernah dengar...saje la ym dengan abang saya, lame dah tak tanye khabar berita...tup tup masuklah bab masturat ni...dengan confident nye saya cakap "oh maksurat ek...lame dah tak bace"...abang saya terus menyangkal..."bukan maksurat la, ni masturat"...oh i see...he...heeee...jahilnya saya...
Apa itu masturat ye?...mengikut penerangan yang abang saya terangkan...masturat ni cam badan dakwah...berkumpul sesama ahli untuk mendengar ceramah agama dan mempelajarinya...apakah masturat aktif di penempatan saya ini...saya tidak tahu...setahu saya masa saya belajar dulu, saya pernah mengikuti jemaah khaujakan...setiap tahun para jemaah akan berkumpul...kebanyakannya dari johor la...pusat nye ada di muar ni...di sini, kami mendengar ceramah, solat jemaah, berzikir, membaca yasin dan mengeratkan silaturrahim sesama ahli...selepas itu saya tidak lagi pergi menyertai jemaah ini disebabkan oleh kejahilan saya sendiri...pada perkiraan saya, pasti jemaah ini masih ada lagi sekarang...
Saya ke google, dan saya menaip masturat...saya menjumpai blog-blog muslimah yang terlibat dengan masturat ni...dalam hati saya memuji akan kesungguhan mereka dalam berdakwah...meneruskan tradisi rasulullah dan para sahabat dalam mencari keredhaan...adakah mereka ini tabligh?...mungkin sama dari segi motif tapi mungkin berbeza dari segi perlaksanaannya...maafkan saya, saya memang tidak tahu...maaf andai saya tersilap...saya berharap agar saya berkesempatan untuk mendekati muslimah-muslimah yang aktif dalam bermasturat ni...teruskan usaha dalam berdakwah kerana dakwah adalah satu medium untuk kita saling mengingati dan satu medium untuk lebih mempelajari dan mengenal islam agama Allah...
Kadang-kadang terdapat golongan yang takut dengan jemaah tabligh...mereka mempunyai stigma yang agak tidak sepatutnya...tidak dinafikan terdapat badan-badan dakwah yang membawa ajaran yang terpesong...tapi kita diberi akal kan?...pasti kita mengetahui mana satu ajaran kebenaran dan mana satu ajaran yang sesat...sedarilah, tidak semua badan dakwah itu tersesat...tidak...kite perlu menerima ajaran yang mana matlamat mereka ialah laailaahaillallah muhammadurrasullullah...selagi mana mereka yakin dan beriman dengan Pencipta Rabbul Izzati...
Usaha dakwah bukanlah dengan niat membetulkan orang lain sebaliknya ia adalah bertujuan untuk mentarbiah diri sendiri...apabila kita mengingatkan orang lain, dengan ini akan mudah bagi kita mengingat apa yang telah kita sampaikan kepada orang...ini adalah usaha kita dalam menjadi seorang hamba yang kasih akan Pencipta...hidayah adalah urusan Allah semata-mata...Allah sentiasa memberi hidayah kepada hambaNya tanpa mengira usia, jantina, pangkat mahupun harta...selagi hamba itu hidup dia berpotensi untuk menerima hidayah walaupun hidupnya penuh dengan dosa noda...semua adalah kerana sifat Rahim dan sayang Allah pada hamba-hambaNya...yang penting kita ikhlas dalam menjalankan dakwah kerana Allah...tidak perlu dihitung berapa ramai yang berubah selepas kita berdakwah...tetapi hitunglah seberapa banyak usaha yang telah kita buat berbanding usaha-usaha nabi dan para sahabat dalam dakwah...saya teringat satu kisah, nabi dibaling dengan batu sewaktu baginda berdakwah di taif, sampai berdarah kaki baginda tetapi baginda tidak sedikit pun marah pada para musyrikin...malah mendoakan agar mereka terbuka hati untuk menerima ajaran Allah...sungguh indah akhlak rasulullah s.a.w....
maafkan saya andai ada kesilapan dalam penulisan...saya hamba yang hina dan jahil...

1 comments:

Ahliahnizam on June 2, 2009 at 10:50 PM said...

Assalammualaikum wrt wbt ...

Salam ziarah, salam taaruf :D