Tuesday, January 13, 2009

Laaikroha fiddin...


”Laaikroha fiddin”
Maksudnya : tiada paksaan dalam agama Islam.

Tiada paksaan di dalam agama Islam. Terpulang pada individu itu sendiri hendak keluar dari agama ataupun tidak. Setiap agama mempunyai undang-undang tersendiri. Di dalam Islam itulah undang-undang bagi orang-orang yang murtad. Tetapi dalam masa yang sama, Islam tidak memaksa untuk orang menganutinya. Tetapi apabila kita sudah masuk Islam kita mesti patuh pada undang-undang yang telah ditetapkan Nya. Hal ini bukan kerana Islam itu agama yang kejam tetapi adalah kerana perintah Allah Subhanah Wataala. Kita sebagai hamba tidak boleh mempertikaikannya.

Cuba rujuk surah At-Taubah. Apabila kita menganut agama Islam kita kena, perlu, wajib patuh pada perintah Allah. Satunya, pada ketika itu orang-orang Islam yang murtad bukan sahaja keluar dari agama Islam tetapi mereka memerangi dan menjadi batu api kepada orang Islam yang lain yang mana keadaan pada ketika itu memudaratkan umat Islam yang lain. Jadi Allah turunkan perintah bunuh pada mereka waktu itu. Darah mereka halal. Dan undang-undang itu kekal sehingga sekarang. Apa yang Allah hendak sampaikan di sini ialah apabila seseorang itu dengan mudah keluar masuk agama maka ia akan menjadi teladan pada orang lain juga. Islam dan Allah adalah tegas dan Allah akan tepati janji Nya. Jadi di sini, hukum bunuh menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama yang tegas dan janji Allah adalah pasti. Sekiranya diberi kelonggaran seperti agama lain maka ramai orang yang masuk Islam seperti sekadar melepas batuk di tangga sahaja.

Islam tidak sama seperti agama yang lain dan pada sesiapa yang merasakan agama lain lagi indah dan bagus, Islam tidak menghalanginya. Maka dari sinilah turunnya ayat surah Al-Kafirun.
”Lakum dinukum waliyadin”
Maksudnya : bagi kamu agama kamu, bagiku agama ku.

Hukum bunuh pada yang murtad menunjukkan Islam itu tegas dan tiada kelonggaran dan itu menunjukkan bahawa Allah tegas dan serius pada setiap yang Allah perintahkan. Allah memberi kita petunjuk dan hidayah. Janganlah kita menutup hidayah yang diberikan Nya dengan pemikiran yang jahil. Dalamilah ilmu sedalam-dalamnya. Nescaya kita akan nampak petunjuk yang diberikan dengan jelas. Pandanglah semua kejadian dengan pandangan kebaikan dan hikmah maka akan terjumpa sesuatu yang tersembunyi.

(hasil taklim dengan tok guru)

0 comments: