Thursday, June 4, 2009

Daku tidak mahu dikau begitu...

0 comments
Pengalaman beberapa bulan berhadapan dengan insan-insan kecil ini membuatkan aku terfikir, beginikah generasi kini?

Kalau dahulu kita dapat melihat, kanak-kanak kecil sebahagian besar amat menghormati orang tua-tua, begitulah diajarkan oleh mak-mak dan ayah-ayah kite kepada kite. Apabila melalui di hadapan orang tua mestilah menundukkan sebahagian badan tanda hormat kepada mereka. Tetapi kini jka ingin melihat budaya ini diamalkan oleh anak-anak Melayu umumnya amatlah payah. Jika ada yang melakukannya mungkin itu adalah sebahagian daripada perkara yang agak aneh, mungkin. Generasi sekarang amat berbeza, yelah, perubahan dalam negara yang semakin membangun dengan pesat ini tidak dinafikan akan mengubah juga ciri-ciri ketamadunan dalam diri individu-individu. Dasar langit terbuka yang diamalkan mungkin juga membuatkan perubahan drastik kepada generasi hari ini. Tidak adil jika kita menyalahkan kepada insan-insan kecil ini kerana mereka hidup dalam zaman yang terlalu besar akan cabaran dan tekanan. Nak tak nak mereka harus berdepan dengan semua yang berlaku hari ini.

Siapa yang perlu bertanggungjawab ke atas mereka?. Untuk mengubah persepsi dan prinsip diri mungkin mudah, tapi tidak mudah untuk mengubah persepsi dan prinsip orang lain. Justeru itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam melahirkan warga generasi kini yang mempunyai sahsiah yang tinggi. Perlu dilenturkan anak-anak ini sedari kecil dengan ilmu-ilmu kerohanian dan sivik yang mantap agar perkembangan mereka selaras dengan tuntutan fitrah manusia. Ketegasan dalam mendidik perlu ada agar mereka menjadi insan yang mempunyai disiplin diri dan dapat mengawal diri, emosi dan rohani dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dan membawa kepada perkara-perkara yang negatif.

Wahai generasi kini yang bakal meningkat dewasa, sedarilah kalian bahawa hidup ini memerlukan pegangan yang kuat agar tidak hanyut dilambung gelora. Perlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu kerohanian, ilmu keduniaan dan ukhrawi.

Sayang kalian semua...skap n sktl

Sunday, May 3, 2009

Teluk Lipat.....

1 comments
Perjalanan yang memakan kira-kira 20 minit itu, dengan kelajuan yang tak berapa laju, membawa diri ku ke satu lagi daerah asing. Buat pertama kalinya aku menjejaki diriku di sini. Sepanjang perjalanan tadi hanya deretan pokok-pokok menghiasi pemandangan ku. Agak saujana mata memandang walaupun perasaan sedikit gentar dengan keadaan begitu. Selama 24 tahun aku bernafas di bumi yang menjadi pinjaman bagi ku, tidak pernah lagi aku menetap di kawasan yang terlalu jauh dari kepesatan pembangunan dan kini sebuah daerah yang agak terpecil menjadi destinasi ku yang tidak ku tahu sampai bila aku di sini. Seakan diri tidak betah di sini, tapi apa kan daya, rezeki ku untuk menghuni akan tempat yang satu masa dahulu mungkin asing bagiku. Aku menghirup udara di situ, memang terasa kelainannya, sedikit sebanyak hati tenteram dengan suasana begitu. Lantas membawa aku jauh dalam imaginasi sendiri.

Di hadapan ku kini sebuah bangunan tersergam indah. Terdapat juga tidak jauh dariku deretan bangunan yang ku kira agak usang pada penilaian ku. Ini merupakan destinasi kedua ku setelah air papan. Dengan keluasan sebegitu dapat ku jangkakan jumlah penghuninya. Dengan tidak semena-mena hatiku berdegup perlahan, sedikit gentar membayangkan situasi yang bakal ku tempuhi esok.
Telefon ku berdering petang itu. Tertera di skrin nombor yang tidak aku simpan. Hello, assalamualaikum. Kedengaran suara lelaki ditalian. Waalaikumussalam aku menjawab gugup, al maklumlah aku tidak kenal gerangan siapa yang menelefon. Saya Jamaluddin dari ppd. Oh, en Jamaluddin. Saya nak bagitau ni, pasal kgsk. Oh pasal apa ye encik. Kalau saya bagi awk kat Endau boleh?. Erkkk, aku tak tahu apa jawapan yang perlu aku bagi waktu itu. Sama ada menerima tawaran atau menolak. Kalau tolak, payah la kot pasni, kalau terima jauh lak, huhuhu.... Hehehee, camne ek, aku menyoal encik tu, terasa seakan tak logik lak tindakan tersebut, tapi nak wat cane, aku memang tak tahu apa yang perlu aku nyatakan. Oklah camni, saya bagi awak sampai kul 8 malam ni, awak cal saya semula, andai tiada apa-apa jawapan saya akan beranggapan awak menolak tawaran saya. Baik encik, nanti pape saya cal encik confirmkan. Uhh cane eh..Ligat kepala ku mencari jawapan yang terbaik ku berikan malam ni. Lantas aku terus bersiap , tak sabar rasanya ingin menterjah ke satu kawasan yang bakal melakarkan sejarah buat ku selepas ni.
Pagi itu, seawal 630 am aku telah terpacak di situ. Tiada kelibat manusia di situ. lantas aku segera melangkah sambil meninjau-ninjau kawasan dalam keadaan samar-samar tanah sehinggalah kaki ku melewati kawasan kantin. Susuk tubuh gempal tidak jauh berdiri dari ku dengan ramah menegur. "adik cikgu baru ke?"... Saya cikgu ganti kak. Ohh, kakak tu tersenyum. Cikgu-cikgu sini biasa dalam pukul 7 baru sampai. Pejabat kat sana tu, sambung nya lagi. Tanpa aku menanya apa-apa, laju je kakak tu memberitahu itu dan ini. Aku begitu senang dengan situasi sebegini, tak payah susah-susah aku nak jadi peramah pagi-pagi gini. Kantuk ku masih lagi terasa, mana taknya, pukul 5 am da bangun, huhuhu. Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Di hadapan ku berdiri seorang cikgu muda. Tunggulah di pejabat, ujarnya sopan. Aku sekadar mengangguk dan menurutinya ke pejabat. Cikgu ni cik atau puan, tanya nya lagi. Saya cik, panggil saya faizan je. Faizan, awk tunggu kat sini k, saya ada kerja sikit, saya minta diri dulu. Tinggallah aku seorang diri dalam ruangan pejabat sekolah itu. Liar mataku memandang sekeliling, melihat itu ini.
Setelah siap melapor diri pagi itu, aku di bawa ke bilik guru. Belum sempat aku melabuhkan duduk, Puan Rosmina datang dengan sehelai kertas di tangannya. Faizan, ni jadual waktu awak. Ohh, terima kasih kak Ros, aku mengambil. Ohh kelas, mak aiii xsempat duduk lagi, ngomel ku sendirian. Aku terus bergegas ke bilik darjah yang perlu aku masuki pagi itu. 1B. Sebelum melangkah masuk, kedengaran riuh suara anak-anak itu menjerit-jerit memanggil ku dengan panggilan "cikgu baru". Aku sekadar meneutralkan wajah, senyum tidak, masam pun tidak. Ku kira aku tidak perlu berlembut di sini. Al maklumlah, anak-anak sekarang yang begitu lemak dan sukar menghormati. Sebelum memberi salam, aku menatap wajah mereka satu persatu. Setiap mata di hadapan ku begitu tekun menghayati pandanganku. Kelas sunyi sepi. Ku kira mungkin mereka gentar memandangkan tiada hadiah senyuman yang aku berikan. Setelah menjawab salam, segera ku arahkan mereka duduk. mereka seperti tadi, menatap aku dengan pandangan yang begitu polos. Setelah memperkenalkan diri lebih kurang, segera ku minta mereka mengeluarkan buku teks. Tidak tahu apa yang harus ku ajar memandangkan aku tak sempat untuk melihat persediaan mengajar cikgu yang ku ganti sebentar tadi. Lantas aku membacakan sesuatu dan mereka mengikut. Pembelajaran awal pagi itu amat berkesan. setiap apa yang aku arahkan , mudah sahaja mereka melakukannya.

Kadang-kadang hati terdetik "mengapa''.....

0 comments
Jauh mata menerawang ke dalam skrin putih, seakan menampakkan semua ruang-ruang, cip-cip dan segala macam wayar yang berselirat. Hati sesekali melirih, mengapa. Ya mengapa... mengapa ya itu terjadi...mengapa ya itu berlaku. Mengapa aku harus mengetahui semua itu. Dan mengapa setelah aku mengetahui aku tertanya-tanya mengapa. Ruang akalku seakan berserabut, mengapa yang dipersoalkan sejak tadi seakan mengasak untuk aku terus berfikir dan mendapatkan jawapannya.

Kenyataan sebentar tadi agak memeranjatkan.... Semoga diberikan hidayah untuk semua makhluk di dunia ini. Jauhkan diri ku ya Allah dari semua sifat mazmumah.

Saturday, March 14, 2009

Communication Skill

0 comments

Komunikasi itu penting bagi anda menyatakan perasaan dan pendapat. Komunikasi yang berkesan dapat mengeratkan hubungan baik sesama insan.

Komunikasi yang baik merangkumi:



  • Penerangan yang jelas

  • Menunggu giliran untuk bercakap

  • Tidak ada yang baik dan buruk

  • Membantah dengan tenang

  • Berkomunikasi dengan sopan di mana ianya pendek dan jelas

  • Bertentang mata

  • Duduk tegak

  • Berkomunikasi dengan nada biasa

  • Bercakap bila perlu

  • Menerima tanggungjawab tanpa memberi helah

  • Meminta pertolongan dengan baik

  • Menggunakan empati tetapi bahasa yang dihormati

Komunikasi yang tidak berkesan adalah:



  • Mencaci

  • Mengganggu semasa seseorang sedang bercakap

  • Bercakap tanpa henti atau terlalu diam

  • Mengalih pandangan ke tempat lain semasa bercakap

  • Bercakap sambil lewa

  • Menjerit

  • Mencaci dan menggunakan bahasa yang kasar

  • Melepaskan geram

Prinsip-prinsip komunikasi secara berkesan :



  • Mengekalkan pandangan mata (eye contact) dan ekspresi muka yang bersesuaian

  • Mendengar dengan minat

  • Memberi perhatian terhadap perasaan orang lain

  • Membuat refleksi apa yang anda faham daripadanya

  • Secara jujur luahkan bagaimana perasaan anda sama ada baik atau buruk tanpa menyakiti hati pendengar

Keberkesanan mendengar



  • Dengar dan tunjukkan bahawa anda mendengar dan memahami perasaan mereka

  • Tingkatkan hubungan mata dan tunjukkan bahawa anda mendengar dengan penuh minat.

  • Beri sepenuh perhatian

  • Mengakui yang anda mendengar dengan menggunakan perkataan yang mudah seperti "oh" atau "Umm-hmm"

  • Ulangi apa yang telah diperkatakan dan tunjukkan yang anda faham apa yang diperkatakan

Kemahiran berkomunikasi ini perlu kerana :



  • Orang akan mendapati diri anda lebih menarik

  • Anda akan mendapat ramai kawan

  • Anda akan lebih difahami

  • Anda akan lebih baik di sekolah


Apa akan terjadi jika komunikasi tidak berkesan?



  • Anda akan selalu salah faham dan bertengkar

  • Anda susah difahami oleh orang lain

  • Segala kemahuan tidak dapat dicapai

  • Anda tidak disukai

Pendidikan Bayi

0 comments

Peringkat pembesaran



Sebagai pengaruh terbesar di dalam hidup anak, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:


1. Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti;
2. Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal;
3. Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif;
4. Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.


Selain itu, persediaan amat penting untuk menerima perubahan mengagumkan anak anda, dari seorang bayi kepada kanak-kanak kecil. Ini membolehkan anda membantunya mencapai kebolehan maksimumnya dalam empat bidang kepintaran pada setiap peringkat perkembangan.

Perkembangan dari Alam Bayi ke Alam Kanak-kanak Bertatih

Jenis Perkembangan : Fizikal

9 – 12 bulan ---- Beransur dari memegang barang dengan kedua-dua belah tangan ke memegang barang di antara jari telunjuk dan ibu jari.

12 – 18 bulan ----- Berdiri dengan berpegang ke sesuatu dan mara secara perlahan-lahan.

18 – 24 bulan ---- Beransur dari langkah yang tidak stabil ke langakah terkedek-kedek dengan sendirinya. Otot kecil di tangan, jari dan pergelangan tangan beransur kuat.

24 – 36 bulan ---- Dapat mengawal mainan tunggangan yang stabil. Dapat membina menara mainan 4 hingga 6 tingkat dengan pantas. Mula menggolek, membaling dan menyepak bola. Boleh melukis garisan dan menconteng. Boleh menggabung beberapa kemahiran motor yang sukar bagi memanipulasi permainan taman permainan dengan lebih yakin.

Jenis Perkembangan : Kognitif

9 – 12 bulan ---- Mula bercakap dengan bunyi yang menyerupai satu suku kata dan akan menyambungnya seperti gaya ucapan.

12 – 18 bulan ---- Mula menunjukkan minat terhadap buku. Memahami arahan mudah seperti “mari pada umi”.

18 – 24 bulan ---- Mula berminat untuk tahu bagaimana benda boleh muat ke dalam satu sama lain. Suka memasukkan bentuk ke dalam rangka bentuk yang berpadanan. Daya ingatan bertambah- mengetahui bahawa sesuatu yang tidak boleh dilihat masih wujud (kekekalan objek).

24 – 36 bulan ---- Dapat menyelesaikan susun suai gambar yang mudah. Memahami konsep ‘sama dan lain’. Boleh melakukan kraf yang mudah.

Jenis Perkembangan : Emosi

9 – 12 bulan ---- Memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang disukainya.

12 – 18 bulan ---- Mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat. Menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari ibu bapa. Bertindak balas apabila namanya dipanggil.

18 – 24 bulan ---- Suka melihat ke dalam cermin dan mengenali bahagian tubuh badannya. Mula mempunyai deria kawalan diri (mungkin memberi tindak balas terhadap perkataan “berhenti” dan “tunggu”.

24 -36 bulan ---- Ingin berjaya dalam pelbagai tugas dengan sendiri. Suka “berlakon” terutamanya bermain permainan pakaian aneka ragam atau melakukan perkara “orang dewasa” seperti menjadi doktor haiwan.

Jenis Perkembangan : Sosial

9 – 12 bulan ---- Menyukai permainan mudah sepeti ba-baa-chak.

12 – 18 bulan ---- Mula bertepuk tangan bersama orang lain.

18 – 24 bulan ---- Mula menggunakan perkataan yang boleh difahami seperti “ba” untuk bola dalam berkomunikasi dengan orang lain. Mula menunjukkan empati terhadap orang lain. Contohnya, memeluk anda ketika orang lain bersedih.

24 – 36 bulan ---- Mula bermain secara interaktif dengan kanak-kanak lain.

(dipetik dari majalah Mother & Baby)




Perkembangan awal fizikal tidak semestinya menunjuk kecerdikan seseorang anak kerana kematangan sistem saraf adalah berdasarkan sejarah keluarga. Penunjuk pada kecerdikan otak yang boleh dipercayai adalah senyuman awal, kepekaan, daya tumpuan dan ingatan yang baik, percakapan awal dan minat yang meningkat terhadap permainan.


Sama ada kepintaran anak lebih nyata dalam satu bidang atau adalah seorang yang serba berkebolehan, penjagaan dan pemakanan yang berkualiti, disulami dengan penerimaan dan kasih sayang tidak berbelah bagi dari ibu bapa, pasti akan membantu anak membesar menuju ke arah kecemerlangan. Baka bukanlah satu-satunya faktor yang boleh menentukan prestasi intelek seseorang itu kerana yang lebih penting lagi ialah pengalaman-pengalaman, kaedah-kaedah pembelajaran dan galakan yang diterimanya. Ramai para penyelidik menyatakan bahawa peringkat dua hingga tiga tahun adalah kritikal bagi perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak itu. (Head Start Project).


Jika persekitaran atau cara bimbingannya sehingga peringkat umur ini rendah mutunya dari segi stimulasi, perkembangan kognitifnya tidak akan tercapai dengan optimum. Taman asuhan dan tadika yang ditubuhkan di merata-rata tempat di dunia dan di dalam negeri ini membayangkan bagaimana pentingnya persekitaran serta didikan untuk membentuk perkembangan intelek seseorang kanak-kanak itu.


KEIBUBAPAAN
Cara keibubapaan (parenting) yang positif yang boleh meninggikan keyakinan diri adalah sangat penting. Kanak-kanak yang mengalami kerosakan otak, walaupun terhad keupayaannya akan boleh dipertingkatkan perkembangan kognitif dan bahasa bayi. kebolehannya untuk berdikari dan menyesuaikan diri di dalam masyarakatnya jika dia diberi bimbingan yang sesuai. Kebolehannya di dalam sesuatu aspek adalah penting dikesani sementara kelemahannya perlu diketahui supaya dia boleh diajar cara-cara untuk mengatasi kelemahannya itu.


KESAN BUNYI
Kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa bayi amat mudah dipujuk jika mereka menyanyi atau mendodoikan bayi perlahan-lahan sambil menepuk-nepuk punggung dan dadanya. Ini kerana bayi mempunyai kebolehan yang tersendiri untuk bertindak balas terhadap rangsangan bunyi dan sentuhan. Bayi dalam rahim juga boleh memberi tindak balas terhadap muzik yang mereka dengar. Menurut satu kajian, sekumpulan bayi yang ibunya mendengar muzik setiap hari sehingga pada saat kelahiran kelahiran lebih mudah dipujuk dengan mendengarkan irama bertema selepas beberapa minggu dilahirkan. Perkara ini amat berbeza dengan bayi yang tidak mendengar muzik - mereka kurang menunjukkan tidak balas. Penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka. Ibu bapa boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain mereka dengan memasangkan kaset lagu kanak-kanak dan membaca buku yang mempunyai gambar menarik dan berbunyi dapat menarik minat anak-anak terhadap membaca. Irama yang disertai senikata lagu akan membantu anak-anak mengembangkan kemahiran bahasa mereka.


Selain itu, muzik yang didengari oleh anak-anak juga membantu mereka menghafal dan menajamkan fikiran. Sebagai contoh, nama para Nabi dan Rasul yang dinyanyikan amat mudah diingati oleh kanak-kanak berbanding sekiranya kita menyuruh mereka menghafal kesemua nama itu tanpa ada irama dan muzik. Hal ini secara tidak langsung merupakan salah satu teknik kita mendidik anak-anak dan membantu mereka dalam proses pembelajaran, terutama yang melibatkan hafalan.


PERSONALITI KANAK-KANAK
Pakar kanak-kanak berpendapat perkembangan personaliti bayi bermula dari peringkat janin lagi. Bayi yang baru lahir seperti kain putih bersih. Ia dilengkapkan dengan semua pancaindera dan boleh berinteraksi dengan persekitarannya serta orang sekeliling terutama ibu bapanya. Kebanyakan orang berpendapat bayi yang baru lahir sebagai pasif dan tidak berupaya mengenali ibu bapa serta persekitarannya. Pada masa kini pakar perkembangan kanak-kanak menjelaskan bayi yang baru lahir sudah berupaya memberi tindak balas persekitaran dan perhatian ditunjukkan orang lain kepadanya. Ramai ibu bapa bertanyakan cara merangsang bayi. Kini jelas prestasi kognitif seseorang bayi boleh dipertingkatkan dengan memberi persekitaran yang penuh dengan rangsangan kepada kanak-kanak.


Stimulasi atau rangsangan ini perlulah ditunjukkan kepada kanak-kanak dari peringkat bayi lagi. Jika diperhatikan kelakuan bayi dalam beberapa hari dilahirkan kelihatan dia berada dalam beberapa keadaan iaitu tidur nyenyak, mengantuk, berjaga, memerhatikan sekitarnya dan menangis. Keadaan sesuai bagi merangsang bayi ialah ketika masih sedar atau celik. Ibu bapa perlu faham masa sesuai untuk merangsang bayi kerana jika diteruskan tanpa mengambil kira kemampuannya ia boleh memberikan kesan negatif. Apabila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu perlu bercakap dengannya, menyanyi, menunjukkan senyuman gembira atau mencium tubuh bayinya itu. Sewaktu menyusukan bayi boleh digunakan untuk merangsang bayi. Perkataan seperti “anak mak cantik’ dan “anak mak sayang” boleh digunakan bagi tujuan itu.


Ibu bapa digalakkan berbual dengan bermesra dengan bayi sewaktu dimandikan atau lampinnya ditukar. Jarak mata bayi dengan wajah ibunya ketika menyalin lampin sungguh sesuai untuk berinteraksi antara bayi dan ibu. Sambil menyalin lampin gunakan perkataan indah untuk merangsang minda bayi seperti “ cantiknya anak ibu” dan “wanginya anak ibu”. Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra. Bahasa penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta dan mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara. Bayi yang selalu menangis tentu kurang berkebolehan menerima persekitaran serta orang sekelilingnya. Ada ibu bapa yang membiarkan anak menangis sendirian dan cara itu perlu dielakkan. Sebaiknya, ibu bapa memujuk dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka atau mendodoi dengan mesra.Bermain dengan bayi amat digalakkan. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira.


Selain itu, persekitaran bayi boleh diperkayakan dengan melakukan pelbagai bunyi menarik seperti lagu dari peti muzik atau gambar berwarna warni. Malah muzik klasik cukup banyak memberi impak yang besar untuk perkembangan kognitif dan bahasa bayi. Seorang profesor muzik di Kolej Muzik Kunitachi, Jepun mengatakan muzik klasik adalah penting untuk membesarkan anak-anak.Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan, muzik tersebut mempunyai tiga kesan positif untuk ibu dan bayi yang dikandung. Pertama, muzik klasik membantu menghasilkan gelombang alpha otak yang mana kita memilikinya ketika sedang santai atau merasa selesa. Oleh kerana janin amat dipengaruhi oleh keadaan ibu, rasa relaks, tenang dan selesa semasa mendengar muzik klasik akan memberi kesan positif kepada bayi juga. Kesan positif kedua ialah muzik klasik turut membantu perkembangan otak janin kerana ia boleh mendengar termasuk di dalam air. Jadi, sekiranya kita memainkan muzik untuk janin, ia akan memberi ransangan kepada otak untuk berkembang dengan lebih baik. Kesan ketiga pula ia membantu ibu mengeluarkan lebih banyak hormon yang diperlukan oleh janin mahu pun diri sendiri. Malah, kajian terbaru juga mendapati muzik klasik adalah antara jalan yang paling sesuai untuk bayi bersedia dengan masa depan.

PEMAKANAN BAYI
Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti untuk perkembangan kognitif dan bahasa bayi Kajian Prof Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh menggalakkan pertumbuhan ranting-ranting dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.



Menurut Dr W.H Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa German menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan.



Pergerakan dan persekitaran mendedahkan ibu dengan kuman yang boleh memberi kesan kepada bayi sebelum dilahirkan. Dalam keadaan ini, rahim bertindak melindungi bayi dari kuman. Selepas kelahiran, perlindungan kepada bakteria dan parasit diperoleh pula dari susu ibu. Beberapa bahan dalam susu ibu bukan saja berupaya menentang penyakit tetapi sesetengahnya menguatkan lagi pembentukan sistem imun bayi. Ia memberi kesihatan yang baik kepada bayi walaupun selepas dia tidak lagi menyusu.



Ini kerana susu ibu memiliki ramuan terbaik untuk pertumbuhan bayi dari jumlah asid lemak, laktosa, air, asid amino untuk pencernaan, pertumbuhan minda bayi dan mengandungi antibodi. Selain membantu perkembangan retina dan memberi perlindungan kepada sistem saraf tengah bayi. Ia juga membawa enzim pencernaan yang membantu bayi mencerna nutrisi dalam susu. Justeru, ia berupaya memberi bayi imuniti terhadap jangkitan dan penyakit seperti otitis media, pneumonia, mengurangkan masalah jangkitan darah dan radang otak. Malah dalam satu kajian di Denmark, susu ibu memberi kesan pada pembentukan minda dan meningkatkan perkembangan kognitif bayi dan bahasa bayi.



Kajian mengesahkan bahawa nutrien dalam susu ibu dan genetik mempunyai kesan terhadap IQ. Kanak-kanak kecil (bayi) yang tidak mendapat susu ibu akan lebih menyebabkan IQ mereka rendah, tahap pencapaian pendidikan rendah dan rendah dalam pergaulan sosialnya.



BELAJAR SAMBIL BERMAIN
Pada peringkat perkembangan 6 bulan pertama, bayi banyak belajar daripada persekitarannya terutama melalui interaksi antara anda dengannya. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bayi belajar melalui permainan. Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksi dengan bayi, anda sebenarnya mengajarnya lebih banyak perkara mengenai diri anda, dirinya sendiri dan persekitarannya. Setiap aktiviti permainan mudah seperti menggoncangkan alatan yang berbunyi memberi kesan terhadap perkembangan derianya. Bayi belajar memfokus penglihatan dan pendengarannya terhadap objek berkenaan. Sekiranya aktiviti ini diulang-ulang, bayi akan belajar menggoncang alatan dan menyebabkan berlaku kebisingan.
Antara perkara yang boleh anda lakukan dalam ‘mengajar’ bayi anda adalah:



1. Lakukan aktiviti yang boleh merangsang 5 deria utama manusia iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan.
2. Sentiasa memberi perhatian padanya melalui eye contact semasa bercakap dan bermain dengannya.
3. Bantu perkembangan bahasa dan visualnya dengan menunjukkan padanya sesuatu objek nyata seperti botol, menerangkan padanya mengenai objek berkenaan dan sentuhkan tangannya ke objek itu.
4. Ajarkan mengenai kepelbagaian emosi dengan menggayakan ataupun membuat mimik muka seperti gembira, sedih dan sebagainya.
5. Perkenalkan kepelbagaian padanya dengan menunjukkan objek yang sama dalam warna dan bentuk berbeza ataupun menyanyi pelbagai lagu supaya bayi tidak mudah bosan.
6. Beri respons terhadap sebarang pergerakannya. Contohnya sekiranya bayi menangis, dakaplah bayi dan sekiranya bayi tersenyum, senyum dan ketawa bersamanya. Ini akan memberi bayi keyakinan ia boleh mengawal persekitarannya.



Bayi Baru Lahir Hingga 4 Bulan
Pada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Perhatikan apabila bayi menangis, ia akan menggerak-gerakkan kakinya seperti menendang dan menggapai-gapaikan tangan-nya. Pergerakan ini sebenarnya adalah satu stimulasi dan kesan daripada aktiviti penerokaannya menggunakan ototnya. Elakkan daripada terlalu melindunginya dengan sentiasa mendukungnya kerana ia membantutkan usaha penerokaannya. Letakkan bayi anda di atas lantai dan biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya. Sekiranya anda mampu, anda boleh menghiasi persekitaran penerokaannya dengan pelbagai permainan yang pelbagai warna dan corak. Hati-hati dengan barang permainan kerana dikhuatiri akan menjerut lehernya ataupun mengakibatkannya tercekik. Antara aktiviti permainan mudah yang boleh anda lakukan dalam merangsang bayi anda adalah: Gerakkan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada bayi anda meniru lagak anda.



Sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Per-hatikan responsnya. Sekiranya bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, anda akan dapat melihat senyuman di bibirnya. Tambahkan pengalaman pembelajarannya dengan mem-bawanya keluar bersiar-siar di halaman rumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalam rumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.



Bayi 4 bulan hingga 6 bulan
Pada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan warna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangun sepenuhnya, bayi mampu melihat dalam jarak yang dekat. Koordinasi otot tangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya.



Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagai tekstur objek sama ada licin, kesat dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:



1. Galakan bayi menyentuh pelbagai jenis objek yang mempunyai pelbagai tekstur seperti kain sutera yang lembut, tuala, permaidani yang berbulu halus dan lembut, kotak dan sebagainya.
2. Berikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yang berbunyi sekiranya ditekan.
Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi, empat segi dan sebagainya.



Bayi 6 bulan hingga 1 tahun
Keadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa ini. Kepalanya lebih tegap malah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Kemampuan verbalnya juga begitu menggalakkan. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda, tanda ia bersedia untuk bercakap, walaupun dalam bahasa bayinya sendiri. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:



1. Dapatkan mainan yang ada elemen memeranjatkan. Contohnya, kotak yang apabila dibuka akan mengeluarkan badut dan sebagainya. Namun begitu, berhati-hati, kerana dikhuatiri bayi anda terperanjat sehingga mencederakannya ataupun melukakan dirinya.
2. Anda boleh memperkenalkan muzik kepadanya. Dapat-kan alat mainan seperti drum, tamborin dan sebagainya.
3. Ajarkan kepada bayi anda bermain sorok-sorok. Permainan di mana sorokkan mainan kegemarannya di bawah tilam dan lihat reaksinya.



Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra. Bahasa juga penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta dan mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara. Bayi yang selalu menangis tentu kurang berkebolehan menerima persekitaran serta orang sekelilingnya. Ada ibu bapa yang membiarkan anak menangis sendirian dan cara itu perlu dielakkan. Sebaiknya, ibu bapa memujuk dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka atau mendodoi dengan mesra.



Bermain dengan bayi amat digalakkan. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira. Selain itu, persekitaran bayi boleh diperkayakan dengan melakukan pelbagai bunyi menarik seperti lagu dari peti muzik atau gambar berwarna warni. Untuk merangsang bayi ibu bapa digalakkan berkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu proses perkembangan bahasa dan minda.
Justeru itu, ibu bapa digalakkan menggunakan perkataan yang sesuai ketika berinteraksi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak dipercepatkan, prestasi perkembangan kognitif atau inteleknya turut meningkat dari semasa ke semasa.

Friday, March 13, 2009

My Love....

0 comments

Saturday, March 7, 2009

Muhammad Zukhair Khalis

0 comments

Pada tanggal 9 Februari 2009 lahirlah seorang putera yang telah dinantikan selama 9 bulan. Kelahiran cucu buat mak ayah ku yang kedua. Kelahiran kali ini bukanlah secara biasa. Kakak ipar ku di operate memandangkan kedudukan bayi yang songsang. Walau apa pun syukur tidak terhingga kehadrat Ilahi atas keselamatan dan rahmat yang dianugerahkan.

Khalis jadilah seorang anak yang soleh. Taat pada perintah Allah, kedua ibu bapa. Sayang kamu Khalis...Muahhhss...

Muka Khalis memang seiras Danish. Cepat-cepat ye pulang ke Malaysia. Tak sabar nak cium. Miss u all so much... Tapi sian kat Danish. Sejak dapat adik ni, asyik nak mengamuk je dia, mana tak nya, jeles la tu, papa n mummy die lebihkan adik. Manja lebih dah Danish sekarang. Bangun pun nak papa dia. Sikit-sikit papa. Papa n mummy pegang adik je siap la, mengamuk dia, menjerit-jerit. Sampai satu hari tu die baling kereta mainan die kat adik die. Kene sikit pale Khalis. Huhuhu... Sabar ye Danish. Adik Khalis kecil lagi kene perhatian lebih. MMuahsss Danish sayang. Ingat lagi Danish jerit-jerit nak mam kopok. Kene auntie lumatkan dalam mulut. Tak sabar tul Danish, tak sempat nak lumat dah panjat badan auntie. Hehee.. Best nye kenangan...


PPSMI from my point of view

0 comments
Kebelakangan ini kita dihujani oleh masalah politik yang makin meruncing. Kebijaksaan segelintir individu telah menyebabkan berlakunya transformasi yang begitu mengujakan. Apa yang memeranjatkan ialah sistem pendidikan itu sendiri ingin dipolitikkan. TAk mola cite hal politik ni.
PPSMI.. Apa itu PPSMI? Pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Adakah ia baik dilaksanakan atau sebaliknya. PPSMI jika dilihat dari segi praktikalnya memang saya akui ia mampu memberikan kelebihan untuk pelajar-pelajar. Walaupun ada kebaikan PPSMI ini tetapi setiap perkara yang namanya ciptaan manusia pasti ada pro dan kontras nya. Kita tidak boleh terang-terang menolak akan perkara ini. Setiap hal itu perlu dikaji secara mendalam dan perlu difikirkan akan kesan dan natijahnya pada masa kan datang, untuk 10 tahun akan datang, 50 tahun akan datang mahupun 100 tahun akan datang. Setiap apa yang kita rasakan betul mungkin pada orang lain ianya tidak betul. Dan mungkin juga sesuatu yang kita fikirkan ianya baik belum tentu orang lain memikirkan hal itu seperti mana kita memikirkannya. Oleh itu setiap apa yang ingin kita laksanakan perlulah difikirkan sejauhnya.
Saya melihat perlaksanaan PPSMI ada baiknya dan ada juga buruknya. PPSMI adalah satu elemen yang mampu memperkenalkan pelajar dengan penggunaan bahasa Inggeris. Dari sini pelajar itu sendiri akan menyedari akan kepentingan bahasa Inggeris dan berusaha untuk mempelajarinya. Penggunaan bahasa Inggeris dari kecil akan memudahkan pelajar. Jadi bila pelajar mencapai tahap kedewasaan , mereka tidak akan berdepan dengan masalah akan penggunaan bahasa Inggeris ini.
Setelah kejatuhan Kerajaan Uthmaniah kita dapat melihat bahawa ilmu-ilmu daripada cendekiawan-cendekiawan Islam telah dicuri dan dirampas oleh Barat. Ilmu bermula dari Islam. Kita dapat melihat para ilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Razi, Al Biruni, Al Khawarizmi, Ibnu Khaldun dan banyak lagi yang mana mereka ini merupakan pelopor dan perantis ilmu-ilmu. Kita dapat melihat akan zaman kegemilangan Islam pada waktu ini. Tetapi sayang, selepas kejatuhan ISlam, semua manuskrip ilmu-ilmu ini telah diambil dan dialih bahasa oleh orang Barat. Kebanyakkan manuskrip telah pun dialih bahasa ke bahasa mereka dan manuskrip yang asal telah dibakar dan dibuang. Orang Barat dengan tidak segan silu menyatakan ilmu-ilmu itu adalah hasil mereka. Lebih menyedihkan lagi, mereka turut membaratkan ilmuan Islam dengan menukar nama mereka kepada nama Barat seperti contoh Ibnu Sina yang ditukar kepada Avencinna. Dari sini dapat kita simpulkan bahawa kita perlu mempelajari bahasa Inggeris bagi mengisi ilmu di dada memandangkan mereka merupakan gedung ilmu. Ilmu perlu dituntut. Nabi Allah, Muhammad saw ada bersabda, tuntutlah ilmu walaupun ke negeri Cina. Di sini dapat kita lihat bahawa tuntutan dalam menuntut ilmu adalah perkara yang perlu dilaksanakan.
Jika dilihat buku-buku rujukan dalam perbagai bidang memang rata-rata dalam bahasa Inggeris. Jika kita tidak menguasai bahasa Inggeris, bagaimana kita mampu untuk menguasai ilmu. Ilmu itu penting bagi kemajuan Ummah. Dengan ilmu kita dapat memartabatkan agama, bangsa dan negara. Kita tidak mudah ditipu dan diperdaya oleh golongan-golongan yang begitu rakus menindas. Ada sesuatu yang saya fikirkan masa saya belajar dulu, mengapa buku-buku ilmiah peringkat universiti tidak diterjemah dalam bahasa Melayu. Di peringkat universiti bahasa Inggeris menjadi bahasa perantara. Sukar untuk mendapat nota-nota dalam bahasa Melayu. Ada buku yang diterjemah dalam bahasa Melayu tetapi terdapat terms-terms yang yang agak lari maksudnya. Dan kebanyakkan terms science memang begitu familiar dengan bahasa Inggeris. Jadinya tidak salah jika pelajar didedahkan dengan bahasa Inggeris pada peringkat awal. Bak kata datuk nenek kita, lenturlah buluh dari rebungnya.
Dari segi kontra nya, saya melihat penggunaan bahasa Inggeris ini lebih praktikal pada mereka di kawasan bandar. Pelajar-pelajar dari kawasan bandar tidak menghadapi masalah dalam mempelajari bahasa ini memandangkan mereka begitu familiar. TETAPI masalah dapat kita temui di kawasan luar bandar. Di kawasan luar bandar, penggunaan bahasa Inggeris amat la jarang bagi mereka. Rutin mereka bercakap di dalam bahasa Melayu. Mereka agak kurang pendedahan. Disebabkan kurang pendedahan inilah, mereka begitu sukar menguasai bahasa Inggeris. Mereka perlu diberi masa untuk mempelajari bahasa ini. Kita dapat lihat penguasaan mereka di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri tidak kuat, apatah lagi jika mata pelajaran Sains dan Matematik juga dalam bahasa Inggeris. Mata pelajaran bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran yang perlu dipelajari adalah bahasa manakala Sains dan Matematik pula merupakan kefahaman dari segi konsep. Dua hal ini berbeza. Agak sukar mereka memahami konsep jika mereka tidak memahami bahasa. Kadang-kadang dalam bahasa kita sendiri pun sukar untuk memahami konsep inikan pula jika dalam bahasa Inggeris.
Pada pendapat saya, jika benar-benar ingin melihat kemampuan pelajar, perlulah dibuat ujian yang mana penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya. Tiada pilihan dwi bahasa. Di sini kita akan dapat lihat sejauh mana pelajar benar-benar memahami English Language itu sendiri. Di sini akan dapat menjawab persoalan sama ada pelajar faham atau tidak. Kita sering memberikan pandangan bagi pelajar itu sendiri. Apa kata kita membuat survey dan tanyakan sendiri pada pelajar adakah mereka suka atau tidak dengan apa yang mereka belajar sekarang. Mungkin dari sini juga kita dapat jawapannya.
Dalam perlaksanaan PPSMI ini juga saya mengharapkan agar bahasa Melayu, Kajian Tempatan, Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dikekalkan di dalam bahasa Melayu agar bahasa Melayu tidak tenggelam oleh arus kemodenan. Kita tidak mahu melihat andai dan jika dulunya, pelajar banyak tidak mendapat A dalam mata pelajaran bahasa Inggeris, dan sekarang pelajar tidak ramai mendapat A dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
Penulis akan menyokong ke arah sesuatu yang membawa kepada kebaikan Ummah.

Tuesday, March 3, 2009

Anda Mampu Mengubahnya

0 comments
Kecelaruan disebabkan oleh permintaan keduniaan membuatkan hati sering resah, jiwa akan sentiasa memikirkan keduniaan maka menjadikan diri jauh dari matlamat hidup yang sepatutnya diberikan penumpuan. Mengharapkan sesuatu yang mungkin bukan rezeki atau ssesuatu yang belum menjadi rezeki atau pun sesuatu yang belum pasti akan rezekinya. Hal ini perlulah difikirkan sedalam-dalamnya, maka dalam hal ini hati perlu lah kuat. Perlu berfikir mencari asbab akan sesuatu hal itu terjadi. Perlu ingat bahawa sesuatu yang terjadi itu ada hikmah atau pengajaran yang terselit yang mana kadang-kadang kita tidak memahami atau pun kita sendiri yang menutup ruang hati kita untuk memahami akan hal tersebut. Setiap sesuatu yang berlaku ada hidayah. Konsep hidayah terlalu luas yang mana keluasan nya itu mampu membuatkan orang yang celik tetap buta akan kewujudannya yang luas itu.

Apa aku ingin jadi?. Antara soalan yang acap kali bermain dalam minda, yang sering membuatkan pemikiran aku selalu aktif akan memikirkannya. Fikiran ini akan datang mengundang tatkala aku ingin melelapkan mata ku dan akhirnya kantuk ku yang teramat tadi pergi berlalu sahaja. Begitu sukar untuk aku menyatakan pendirian ku tatkala persoalan begini menerjah ruang pemikiran ku. Asakan yang hebat ini akhirnya mengeruhkan lagi bisikan naluri dan kalbu, dan terus menghanyutkan aku dalam lautan kesedihan. Akhirnya adakah takdir dipersalahkan??? Ini adalah salah satu contoh yang menunjukkan seseorang hamba itu tidak bersyukur dengan apa yang telah diperolehinya. Ketika pemikiran ini tercetus maka berlakunya tachycardia, degupan yang laju itu membuatkan aku mula diserang ketakutan, terasa diri ini telah melakukan kesilapan. Bisikan hati sedikit sebanyak melegakan.

Ketahuilah diri. Ciptaan yang dinamakan manusia itu mampu untuk menjadi apa sahaja selagi ianya halal dan berkat pada pandanganNya. Apa yang penting usaha, sesuatu tidak akan datang dengan sendirinya. Andai emas yang kamu minta, usahamu haruslah berbaloi dengan nilaian emas itu. Andai kaca yang diingini maka usaha yang melayakkan kamu memiliki kaca itu lah yang perlu kamu usahakan. Bersyukurlah dengan apa yang kamu ada. Perlu ingat bahawa kita sering lupa akan nikmat yang diperolehi, bila masa nikmat itu pergi maka barulah kita menyedari dan menyesalinya. Sebelum merasai penyesalan yang tidak mahu dirasai itu perlulah sentiasa beringat. Masa yang berlalu tidak akan kembali. Maka pergunalah ia sebaiknya.

Anda mampu mengubahnya.....

Saturday, February 28, 2009

Air Papan Destinasi Awal

0 comments
Di satu pagi yang dingin, dalam ngantuk yang masih menebal ku gagahi membuka mata juga. Dalam kemamaian yang tak seberapa tu, aku teruskan niat ku membersihkan badan. Hari ni merupakan hari pertama aku. Dalam hati berbaur satu macam perasaan, risau, takut, gundah, semua bercampur menjadi satu perasaan yang sukar ditafsir. Dalam menyelami satu perasaan yang kurang dimengertikan itu, masih terselit satu perasaan yang membuatkan aku tidak sabar menjejakkan kaki ku di tempat itu.
Aku orang pertama yang sampai setelah mak guard sampai. Persekitarannya biasa sahaja, tidak mengancam sebagai mana tempat kebiasaan aku satu masa dulu. Panorama yang hanya biasa sahaja, agak suram, tapi aku tetap bersyukur setelah merasakan ketenteraman yang luar biasa itu. Aku menapak ke satu tempat yang dipenuhi kerusi dan meja itu. Tidak lama kemudian terlihat olehku kaki-kaki yang sedang melangkah mendekati kawasan di mana aku jejaki baru sahaja tadi. Sepasang mata mereka seperti kepelikan melirik ke arah ku, mungkin aku begitu asing di situ. Hanya senyuman yang mampu aku hadiahkan buat mereka bagi menjawab persoalan yang bersarang di dalam fikiran mereka. Hampir semua mata yang melintasi aku pasti akan menjeling ke arahku. Mereka begitu peka akan kewujudan kuyang tiba-tiba di kalangan mereka. Setelah merasakan sesuai, aku melangkah ke destinasi utama ku. Setelah memperkenalkan diri aku terus diperkenalkan dengan beberapa lagi yang telah sedia ada di situ. Sepanjang sesi taaruf itu, senyuman tak lekang dari bibir ku. Bukan ape, memang begitu lah aku, dulu, kini dan selamanya.
Setelah itu, aku mengikuti seorang yang berjawatan di situ, meninggalkan destinasi utama ku tadi ke destinasi yang seterusnya. Di sini aku diperkenalkan dengan lebih ramai lagi insan-insan. Cuma bezanya di sini, tiada senyuman yang aku dapat dari mereka. Hanyalah wajah yang disirami dengan simbahan kepelikan dan keconfusan. Aku masih seperti tadi, melemparkan senyuman semanis mungkin ke arah insan-insan di hadapan ku. Setelah itu, insan yang bersama ku tadi pergi meninggalkan aku bersama-sama insan yang tidak ku kenali ini. Kini hanya aku bersama mereka. Aku seakan tiada perasaan. Perasaan yang berbaur seribu macam tadi seakan lenyap dalam jiwa ku dan yang ada sekarang hanyalah perasaan yang neutral. Aku memulakan kata ku yang pertamanya. Mereka masih seperti tadi, memandang aku tidak berkelip sikit pun. Apakah berbeza benar aku dengan mereka?. Setiap patah kata yang aku utarakan, seakan arahan yang bagi mereka. Mereka akur tanpa ada sedikit bantahan pun. Membuat semua perkara , apa sahaja permintaan ku mereka melakukannya, tidak langsung menghampakan aku.
..........................................................................................................................................................................
Dan di waktu ini, dah 3 minggu berlalu. Aku masih di situ. Aku telah mampu mengikut rentak mereka. Aku sudah mengenali mereka. Dan mereka juga telah mengenali aku. Terima kasih ya Allah.

Aku dan Mereka

0 comments
Uhhh...letih tul rasenye melayan kerenah korang ni tau, getusku dalam hati. Setiap mata dalam kelas tu ku tatap sekilas. Terasa akan redup pandangan mereka itu mengharapkan sesuatu dari ku. Lemah rasanye apabila melihat kertas lembaran yang telah selesai ku tanda seawal pagi itu. Sukarkah mereka memahami ape yang aku ajarkan. Semalam selama sejam aku mengambil masa menerangkan tajuk grammar yang agak simple, mungkin simple bagiku tapi tidak bagi mereka yang sedang berada di hadapan ku tatkala ini. Aku mengharapkan latihan yang ku beri itu mudah bagi mereka untuk selesaikan, ternyata begitu meleset sekali tanggapan ku. Setiap helaian yang ku tanda rata-ratanya salah sahaja. Tiada sesiapa pun yang mendapat kesemuanya betul. Nampak benar mereka tidak memahami akan pelajaran yang ku ajar.

ok class, i will explain to all of u, this is last explaination. For those who still do not catch up what i have told u, please listen properly and please ask me if u are not understand. Dont be shy, u have to ask me. Aku mula menerangkan kembali penggunaan articles A, An and The pada mereka. Mudahan penerangan kali ini sedikit sebanyak dapat memahamkan mereka. Setelah beberapa contoh ku berikan di papan hitam, mereka dapat menjawabnya dengan baik. Itulah yang membuatkan aku percaya mereka sudah memahami apa yang aku terangkan. Kini barulah aku memahami sifat pelajar-pelajar. Mereka sebenarnya ingin selalu dipimpin, mereka hanya dapat jawab jika aku berada bersama mereka. Mereka seakan tiada confident dengan jawapan sendiri. Ohh pelajar. Tahukah kalian bahawa kalian semua menjadikan diri kalian ketinggalan dari pelajar-pelajar cemerlang yang lain. Latihan susulan ku berikan. Ingin sekali aku melihat jawapan mereka tanpa bantuan ku. Class, i want u submit this exercise today so please do it now. Make sure there is no mistake, ok? Ku agihkan kerta soalan kepada pelajar-pelajar. Tak sampai 5 saat kertas sampai di tangan mereka, kedenganran... Teacher, cmne nak buat ni? Aikk, baru sekejap tadi aku bersungguh-sungguh menerangkan, apakah mereka tidak mendengar??.. huhuhu... Kalian memang betul-betul menguji. Ok class, look at question number 1, what u have to do is, just fill in the blank with the article. What is type of article class?? Aku menyoal. Suasana kelas gamat dengan jawapan serentak dari mereka. A An The. Good. ....... boy. ok class, what u have to put in the blank?.. AAAAA....Gamat lagi kelas dengan jawapan yang diberikan. ok, very good. u all can answer the question so continue to the next question. Do it now. Aku memberi arahan. Tak sempat aku menarik nafas, kedengaran pertanyaan lagi sekali. Teacher, soalan nombor 2 ni camne lak. Beristigfar aku di dalam hati. Mereka memang tidak mahu langsung berusaha sendiri. Kalau dipapah mereka mampu tuk menjawab, tapi bila disuruh berjalan sendiri, mereka tidak mahu. Perkiraan aku bukan mereka tidak tahu, tapi mereka tiada keyakinan dalam diri sendiri. Mereka perlu ditatih acap kali.
Sedarilah pelajar ku, bangunlah dari lena mu. Ketahuilah akan kepentingan menuntut ilmu. Kalian semua merupakan generasi yang bakal mewarnai dunia ini di masa hadapan, generasi yang bakal menggantikan generasi-generasi sekarang. Sematkanlah ilmu dalam sanubari kalian semua. Hanya ini sahaja yang mampu ku hulurkan buat kalian. Aku membiarkan pertanyaan-pertanyaan mereka tanpa jawapan. Bukan tidak mahu membantu mereka, sekadar ingin menanamkan keyakinan dalam diri mereka agar mereka mampu berjalan sendiri, berdiri di atas kaki sendiri, tidak terlalu mengharapkan jawapan ku setiap kali. Sebelum keluar meninggalkan kelas, aku memungut semua kerlas lembaran yang diberikan sebentar tadi. Tidak sabar rasanya ingin melihat pencapaian mereka dalam latihan susulan ini.
Year 2......Aqilah (pandai, baik, yang paling patuh segala kata-kata ku), Laila (suke merajuk, manja, suke mengade-ngade ngn aku, layan gak la, tapi baik, cume suara kuat, bingit), Siti (awal-awal ni la pelajar yang paling aku geram, melawan tak ingat, tapi kadang-kadang boleh jadi baik, dengar kata) , Farisya (lebih kurang cam siti, cume yang ni ngade-ngade sikit, die suke mengambil perhatian aku, waktu salam aku suke tak nak lepaskan tangan), Auni (yang ni susah nak jangka, keras gak kadang-kadang tu, baik gak, overall okla), Badrun (yang ni awal aku masuk diam je, tapi lepas tu, hmmm, walaupun lelaki, manja, suke tersenyum nampak lesung pipit) , Hafiz (yang ni memang tak matured, die cam budak-budak, kadang tu tergelak aku tengok perangai die, baik, patuh arahan kadang-kadang), Alif ( yang paling aku suka, peberet student, comel, paling kecil dlm kelas, minggu ke2 ku mengajar die berpindah ke Pontian).....
Year 3....Hazrin (awal-awal nampak cam keras je, tapi rupenye paling rajin, die suke suruh aku dengar die baca buku english, manja, suke tersengih), Syuhada (yang ni aku geram sikit, suke melawan, dah tu malas lak tu, berkali ditegur baru nak dengar kata), Imran (pandai, aktif sukan, asyik-asyik terlibat dengan latihan sukan, susah nak jumpe muke die dalam kelas, ketua darjah, baik), Aidil (walaupun tak pandai tapi die buat keje yang aku bagi, die rajin menanya, baik budak ni), Izzudin (banyak mulut, baik, suke usik aku dengan kumbang besar, rajin, keje aku semua dia buat, buku dia la yang paling lengakap dengan tugasan yang aku beri), Fakhrul (kadang baik, kadang melawan, tapi overall baik, suke menanya, ni paling tak pandai nak jalan sendiri, aku kene pegang je, asyik-asyik ke meja dia je, setiap soalan aku kene jawabkan, camne la nak pandai fakhrul), Arif (penah kene marah teruk dengan aku, sampai nak nangis gak la, bistu aku tegur 3 4 kali tak jalan, hmmm naikla tekanan aku, lepas dari tu baik lak dak Arif ni, harap sampai bile2 la), Hidayat ( malas, aku suh buat keje main hentam ikut suke die je, kesian aku nak tanda pangkah kat activity book die, aku suh buat lain, tapi hmmm, ampess, tak wat langsung, sabo je la).
Yang lain-lain nantila masuk edisi yang lain. Panjang kalo nak cite ni. Yela, aku ngaja 1 sampai 6, semua kelas aku ngadap.
Kalian merupakan pelajar-pelajar terawal yang aku berpeluang untuk mengajar tanpa sebarang pengalaman. Maafkan guru kalian ini andai teacher tak mampu menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Kalian sendiri tau teacher merupakan cikgu baru. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Semoga kalian berjaya menjadi orang berguna satu hari nanti. Amin Ya Rabbal A'lamin.
Sekian.

Wednesday, February 18, 2009

Guru ohh guru

0 comments
Profesyen perguruan pernah dipandang rendah oleh beberapa golongan. Tetapi dewasa ini persepsi masyarakat telah berbeza dari dulu. Kini profesyen ini telah berjaya meningkatkan martabatnya dan berjaya menukar persepsi sesetengah masyarakat yang memandang profesyen ini sebagai kelas kedua. Hari ini dapat kita lihat, profesyen perguruan telah berjaya menarik ramai graduan untuk memilihnya. Melaui program kpli dan dpli, telah membuktikan bahawa profesyen ini telah berjaya menarik ramai graduan-graduan memohonnya. Mengapakah mereka memilih profesyen ini? Adakah ini sebagai batu loncatan bagi mereka untuk mendapat pekerjaan yang tetap dalam sektor awam? Atau adakah kerana peluang pekerjaan dalam bidang masing-masing tidak menjanjikan peluang pekerjaan seperti mana yang diidam-idamkan?... Walaupun beribu persoalan, hanya individu-individu itu sendiri yang dapat menjawabnya.
Persepsi bidang perguruan dari kaca mata saya...
Untuk menjadi guru bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Hal ini dinyatakan dari pengalaman diri sendiri yang mana pernah melalui pengalaman sebagai seorang pendidik. Dulu saya memandang tugas guru adalah sukar kerana guru bukan sahaja terikat untuk memberi ilmu kepada pelajar malahan seorang guru juga perlu membentuk sahsiah pelajar. Memandangkan saya berfikir bahawa agak sukar untuk membentuk orang lain maka saya tidak berani untuk involve dalam bidang yang amat murni ini. Seorang guru adalah seorang yang penyayang. Masih saya ingat lagi pada seorang guru saya yang bernama Puan Zaiton. Beliau merupakan seorang guru yang sangat penyayang. Tidak salah andai saya katakan di sini, tindakan beliau di dalam kelas persis seorang ibu melayan anaknya. Puan Zaiton tidak kekok melayan anak muridnya seramai lebih kurang 30 orang di dalam kelas. Tiada kemarahan, tiada kebencian dalam melayan keletah kami yang pada masa itu begitu keanak-anakan. Andai Allah mengizinkan saya bertemu beliau, akan ku titipkan rasa kasihku padanya, seorang guru yang amat penyayang. Masih segar dalam ingatanku, sewaktu aku berlari ke arahnya untuk membantu beliau mengangkat buku-buku di tangannya, sebuah senyuman yang amat manis terukir di bibirnya dan mulutnya yang begitu indah mengungkapkan kata selamat buat diri ku. Sambil beriringan dengannya ke bilik guru, mulut beliau tidak henti-henti menyatakan banyak perkara kepadaku. Benar-benar perlakuannya seperti seorang ibu melayan anaknya. Hal inilah membuatkan aku manja dengan beliau. Tatkala di dalam kelas, aku sering ke mejanya untuk tujuan yang kadang-kadang tiada ape-ape pun. Beliau akan memelukku dan melayan persoalan yang mungkin pada masa itu, "ntah ape-ape, hehehe".. oh Puan Zaiton, dikaulah seorang guru yang pernah aku bermanja. Apabila aku berada di posisinya barulah aku ketahui, begitu sukar untuk menjadi seorang guru yang penyayang sepertinya. Kerenah pelajar kadang-kadang memang menguji. Tidak mampu untuk ku menjadi sesabar Puan Zaiton. Aku tidak pernah menengking mereka, apatah lagi melakukan penderaan fizikal, cuma aku tidak mampu untuk mengukirkan senyuman setiap masa. Tatkala kesabaran ku dipermainkan pasti muka ku akan menjadi serius dan tidak tersenyum. Kesian wahai pelajar-pelajar. Sabar ye akan ku cuba untuk mencontohi guru ku yang pernah mendidik ku.
Bukan mudah untuk melibatkan diri dalam profesyen ini jika tanpa pengalaman dan penghayatan yang sebenarnya. Jiwa guru perlulah ditanam. Dalam mendidik perlu ada kelembutan dan ketegasan, bukan kebencian dan kekerasan. Ilmu itu nur. Ia perlulah disampaikan secara nur, lembut, tulus, suci.
Mampukah aku....

Sunday, February 15, 2009

Kenangan itu Indah

0 comments

Oh Tuhan…mengapalah begitu gatal sungguh jari ini petang ni…mengapakah jari ini tegar menerokai halaman-halaman yang telah aku janji tidak akan ku terokainya…aku sangka diri ini sudah melupakan segalanya…tapi sungguh, sukar untuk memadamkan segala yang telah terakam di dalam minda ini…segala kenangan menerjah satu persatu…kini sesuatu yang tidak ku ketahui, aku telah mengetahui, sesuatu yang tidak ingin aku ketahui sebelum ini telah ku ketahui hari ini…oh jari…seribu penyesalan tidak dapat meluputkan rasa yang bersarang tatkala ini…

Tahniah…tahniah kepada kalian-kalian yang telah merasai kebahagiaan tatkala ini…dari raut wajah yang terlakar walaupun hanya di dalam foto dapat ku gambarkan betapa kalian amat berbahagia tatkala ini…syukur ya Allah atas rahmat Mu buat insan-insan yang pernah ku kenali dahulu…suburkan lah rasa keceriaan mereka dan kekalkanlah ia, agar mereka dapat merasai kebahagiaan itu selamanya…redhai dan berkatilah hidup mereka ya Allah…ku bersyukur pada Mu ya Allah atas luputnya dendam di dalam hati ini…aku mampu untuk tersenyum melihat kebahagiaan mereka…sesungguhnya aku pernah merasainya walaupun hanya seketika…Alhamdulillah…

Saturday, February 14, 2009

0 comments
Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya.

Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya.

Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya.

Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya.

Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.

Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Allah subhanah wataala menolak 1 daripada 3 doa Rasulullah s.a.w

0 comments
'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

Mabuk dalam cinta terhadap Allah

0 comments

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."


Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s. "Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."


Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.


1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.


Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Tuesday, January 20, 2009

Akan ku datangani kau....

0 comments
Pagi itu seakan malas untuk ku membuka mata...bukan kerana mengantuk tetapi kerana begitu malas mahu mengikuti parents ku ke Mersing...arghhhh, dalam hati ku terasa agak sebal...puas aku berhujah dengan ayah ku tidak mahu mengikutinya tetapi rupa-rupanya itu adalah satu arahan yang perlu aku turuti...no excuses...huhuhu...akakkkk!!!...suara ibuku begitu lantang di luar, mengejutkan aku....tak sampai seminit tersembul wajah ibuku di ruang kamar ku..."bangun cepat, kita nak bertolak awal pagi ni"....setelah menyampaikan perkara yang aku tidak mahu dengar sejak semalam tu, mak aku terus berlalu pergi....aku memandang syiling, sedih rasenye mengenangkan perjalanan yang harus ku tempuh sebentar sahaja lagi....nak tak nak aku kene gak bersiap....setelah membersihkan diri, aku segera bersiap....aku hanya berpakaian ala kadar sahaja....wajah ku pun hanya ber touch up kan bedak compact saje, nipis....semua ini menggambarkan mood aku yang zero....aku mencapai beg sandangku dan mengisi beberapa helai baju....setelah semua kelengkapan ku beres di packing aku segera mendapatkan ibuku...."mak, kite pergi tak lame kan?...sehari je kan"....tanye ku dengan nada yang tiada mood..."iye, sehari je, cuma nak tengok rumah je, pastu bersihkan sikit-sikit, pastu kite balik la"....jawab emakku,mengerti benar akan kedinginan ku pagi tu....setelah semuanya selesai, kami bertolak dengan dua buah kereta....aku naik dengan adik ku, mak aku dengan ayah ku....ayahku terpaksa melaporkan dirinya, jadi pasni ayah kene tinggal...jadi kami terpaksa pulang betiga nanti....perjalanan ke selatan tanah air, merupakan perjalanan yang asing bagi ku...mana tak nye, selame ni asyik menuju ke belah utara je, tibe-tibe bertukar arah, amat berlainan sekali....menyusuri jalan ke yong peng memakan mase 2 jam....dalam perjalanan aku hanya melayan lagu unic....setelah kira-kira 2 jam berlalu, kami tiba di tol yong peng selatan....kami akan turun di tol air hitam....hanya lebih kurang setengah jam, kami sampai di tol air hitam....bayaran tol dari yong peng selatan ke air hitam adalah sebanyak rm2.90 sahaja....dalam berapa minit kemudian sampailah kami di kluang....bandar kluang agak cantik dan besar....perjalanan masih lagi bertemankan kereta-kereta yang banyak....setelah setengah jam berlalu, kami tiba di kawasan yang agak lengang dengan kenderaan, hanya sesebuah kenderaan sahaja yang berselisih....selepas itu kami memasuki kawasan felda nitar 1 dan 2.....keadaan di sini lebih sunyi...agak sukar untuk menjumpai kenderaan lain...seakan jalan tu milik kami sekeluarga....jalannya tidak begitu cantik dan tidak begitu teruk...just ok2 la...syukur....agak puas jugakla kami menyusuri kawasan yang kiri kanannya hanyalah kelapa sawit semata....dalam hati terlintas jugak perkara yang aku kurang senang...."agaknye la kalau kereta wat hal, sape nak tolong ek??"....segera aku padamkan ingatan yang membuat aku semakin tak keruan itu.....aku terus mengelamun...dari satu hal ke satu hal....akhirnya perjalanan yang agak mendebarkan itu berpenghujung....aku rasa seakan terlepas dari rasa yang membuatkan aku tak lalu untuk bercakap.....buat kali pertamanya tibalah aku di daerah asing sebelum ni....Majlis Daerah Mersing.....berbeza dengan muar yang mana telah menjadi Majlis Perbandaran Muar.....ayah ku segera ke balai polis mersing menanyakan rumah yang bakal kami duduki....kami hanya menunggu di luar....dalam 20 minit kemudian ayahku, kembali kepada kami...."kita kene cari rumah luar, kite tak dapat rumah dalam"ayahku memberitahu...."haaa"...hanya itu yang mampu kami bertiga lafazkan...bermulalah episod aku bengang tuk kedua kalinya....ayahku segera menelefon rakannya yang berada di situ untuk memberitahu berita tergempar tersebut....syukurlah ada pakcik basir (dulu jiran aku, pastu die kene pindah kt mersing)...pakcik basir membawa kami ke rumahnya...2 malam kami tidur di rumahnya, memandangkan rumah sewa yang sukar tuk didapati....anganku hanya ingin pergi sehari lenyap begitu saje....dahla baju hanya beberapa helai je aku bawak, memandangkan nak dok sehari je....huhuuhu....mujurlah tangan ku gatal nak bawak beberapa helai, kalau hanya bawak selai, haaa, sahnye aku dapat baju baru....silap gak la tangan gi capai baju beberapa lai tu, hahahaah.....setelah puas menjejaki rumah kosong tinggalan orang, akhirnya pencarian kami berakhir.....syukur alhamdulillah...dapatlah kami rumah sewa yang diidam-idamkan beberapa hari sebelum ni....sebuah rumah dengan keluasan sebuah rumah la....berbilikan bilik tido 2 dan satu bilik air....mane aku nak tido ni???....tapi kompem la aku dapat bilik....parents aku???adik aku???...haaa undilah korang sape yang dapat bilik, hehehe....jangan sampai yang tido dalam bilik air dah....mak aku dok berkire-kire mana dia nak hayun barang-barang dia.....mudah-mudahan tak lame la kami duduk sini....malam tu setelah penat membersihkan rumah tinggalan tu, kami keletihan....kami memutuskan untuk tidur di situ sahaja buat malam ni...tidak mahu menyusahkan pakcik basir sekeluarga, walaupun famili pakcik basir tidak kisah....tibe-tibe telefon ayah ku berdering.....telefon....telefon berbunyi....teringat aku kat lagu wonder pets....pakcik basir cal suruh makan kat umah die.....dalam keletihan kami pergi jugak ke rumah pakcik basir, yang perjalanannya mengambil kire-kire 5 km....malam tu kami dihidangkan dengan udang beso-beso....pakcik basir ni minat memancing.....wahhh, berpinar mata ku melihat udang-udang xxl dalam pinggan di depan ku....tapi ku kuatkan jugak semangat untuk mencontrol akan sifat wanita yang memang sebati dalam diriku sejak kecil lagi...(hahaha)....tetapi mata ni seakan sukar nak melarikan dari memandang udang-udang yang begitu asyik mengkerekot dalam pinggan tu....makcik ana tiba-tiba bersuara "ala kak, jangan arr malu-malu, amik je la udang tu"...aisey, makcik ana ni cam tau-tau lak aku malu....lantas tangan makcik ana pantas meletakan udang tu ke dalam pinggan aku....besarnya adalah satu tangan aku ni....dengan rakus aku patahkan kepala udang tu dan ku masukan ke dalam pinggan ayah aku....yang isi badan aku makan la sorang-sorang....kepala udang je aku tak reti makan....setelah abis makan, makcik ana mengajak kami pergi ke air papan....kami berkonvoi ke air papan....perjalanan ke air papan mengambil masa kire-kire setengah jam....dalam 13 km....sesampai je, aku terus membuka pintu...angin menerobos masuk melanggar-langgar badanku....sejuk....angin begitu kencang...desiran ombak memecah pantai seakan menakutkan....sungguh kuat....dalam kegelapan malam aku dapat melihat ombak yang bergulung keputihan....sungguh tinggi ombaknya....awalnya aku begitu takut....tiada kedamaian yang dirasakan.....bunyi ombak yang kuat seakan memarahi aku melawatnya tatkala malam itu....mak aku sibuk berbual dengan makcik ana di atas benteng....apalah agaknya mereka bualkan, seakan rancak pada pandangan ku....aku menjulurkan kaki turun ke benteng....sejuk, memang sejuk.....agak jauh dari aku duduk, ayahku bersama pakcik basir berbual-bual....masing-masing dengan pasangan masing-masing....aku masih keseorangan....mataku terus melihat gulungan-gulungan ombak yang memutih....agak menakutkan....buih-buih yang datang bersama ombak tadi sedikit demi sedikit mendekati aku...kirenya air nak pasang....pada aku pantai di laut cina selatan amat menggerunkan...ia amat berbeza dengan pantai di belah selat melaka, di mana ombaknya agak sentimental sikit dari sini....hampir 2 jam kami di situ, kesejukan yang tadi amat menggigit tulang seakan hilang sebab mungkin terlalu lame aku di situ....dalam pukul 11.30 pm kami bertolak pulang....setelah tiba di rumah aku segera mencapai minyak afiat ku, minyak yang telah menjadi rakan karibku setahun yang lepas, segera ku sapukan di kakiku....kesejukan amat menggigit....setelah itu aku terus tertidur.....aku tersedar tatkala bilal begitu asyik mengalunkan azan subuh....di sini aku dapat mendengar azan begitu jelas, memandangkan surau hanya terletak kire-kire di belakang rumah ku saja....pagi itu, kami bertiga sahaja di rumah, ayahku keluar bekerja....beginilah rutin ayahku lepas ni, agak berbeza kerjanya masa di muar.....ayahku kini berkhidmat di ipd....kira sekarang polis gerakan khas la berbanding sebelum ni yang mana polis gerakan am....aku yakin ayahku pasti lebih sukakan kerjanya yang lama....selama 2 malam kami tidur di rumah sewa kami ni....akhirnya hari yang aku tunggu-tunggu pun tiba....pulang ke muar....oh rindu ku pada kampung halaman tidak tertahan lagi...lebih-lebih lagi tilam ku yang aku tinggalkan tidak berkemas pagi tu....selepas ayahku pulang 530 pm petang tu, kami terus berkemas-kemas....badan ku selama di mersing memang tidak berapa menyelerakan....hari ketiga, aku menghabiskan air masak 1 liter dalam masa 2 jam memandangkan suhu badanku yang naik tiba-tiba....alhamdulillah, kepanasan badanku dapat dikawal selepas itu....dalam masa nak memulakan perjalanan ke muar ni, aku mula merasakan sakit kepala....loya seakan nak termuntah....aku segera meraba beg tangan tu, ingin mencari teman karib ku....puas aku meraba dalam beg sekangkang kera tu tapi tak menjumpai apa yang aku nak kan...."ya Allah, tertinggal...baru aku teringat malam tu aku mengeluarkannya untuk menyapu kaki ku yang kesejukan....haaa rasa nak menangis pun ada....mana aku nak cari afiat dalam hutan ni....perjalanan yang banyak melalui kebun kelapa sawit.....adik ku pulak membuat lawak bangang dia,..."nk minyak ek? pergila panjat pokok sawit tu, amik minyak kelapa tu"....tekak ku terasa makin loya seakan mahu menghambur semua yang ada di dalam perut ku...."haaa, nak muntah"...jerit ku....sedaya upaya aku menahan rasa yang begitu memuncak tatkala itu....oh minyak....sepanjang perjalanan aku cuba mengawal rasa tu....sebaik sahaja sampai di kluang aku menyuruh adikku berhenti di kedai yang masih lagi terbuka untuk menanyakan tentang minyak afiat...malangnya respon yang negatif yang aku perolehi....last-last kami berhenti di guardian....manalah nak dapat minyak afiat dalam guardian ni, terpaksa aku mengambil minyak cap kapak sebagai option yang lain....minyak cap kapak memang tiada kesan bagi ku sebenarnya....parents ku telah hilang entah ke mana....tiba di tol air hitam kami berhenti....parents ku menunggu di sini....sempat gak aku suruh mak aku picitkan mana yang patut....minyak cap kapak tidak memberi apa-apa kesan....loya serta sakit kepala ku ini tidak beransur sedikit pun....terpaksa aku menahan kira-kira setengah jam lagi sebelum sampai ke rumahku....akhirnya aku sampai gak di rumah.....kepala dan tekak ku amat tidak selesa sekali...dalam kelesuan itu terpaksa juga aku mencari minyak afiat yang sudah habis yang mana botol minyak tu aku belum buang lagi...syukur aku tak membuangnya lagi...ku ketuk-ketuk di tapak tangan ku mengharapkan masih ada setitis dua yang sudi keluar....alhamdulillah masih ada sisa-sisa yang ingin keluar....ku sapukan ke leher dan dada.....terasa kedinginan yang ku idamkan....emakku masuk ke bilik, membantu ku memicit-micit belakangku ini.....dalam 15 minit aku meminta emakku memberhentikan picitan nye, setelah merasakan sedikit kelegaan....setelah emakku berlalu segera ku rapati tilamku, membaringkan badanku....tak sampai 3 minit rasanya aku terlelap....sehinggalah pagi keesokan harinya.....
diary aku di mersing.....

Isu Palestin

0 comments
Oleh: Imran bin Selamat al-Malizi(Perwakilan International Al-Quds Institute di Malaysia)Emel: imran_almalizi@yahoo.com
Umat Islam diikat dengan perjanjian dan ikrar dua kalimah syahadah. Dengan ini, kita telah pun memeterai satu akuan sumpah untuk saling memelihara darah, harta dan kehormatan di antara satu sama lain. Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan mereka mengerjakan solat serta memberi zakat. Maka sekiranya mereka melakukan perkara itu, terpeliharalah darah (nyawa) mereka dan harta benda mereka daripadaku kecuali dengan hak Islam. Dan perhitungan mereka adalah atas ketentuan Allah." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) Berdasarkan hadis di atas, kita sebagai umat Islam perlu mengetahui bahawa seluruh umat Islam yang sama-sama mengucapkan dua kalimah syahadah berada dalam satu keterikatan yang mengikat mereka saling bergandingan dan memikul tanggungjawab memberikan bantuan ketika saudara-saudara Islam ditimpa musibah dan ancaman terhadap nyawa, harta-benda dan maruah mereka. Saudara-saudari kaum muslimin sekalian,Umat Islam di Palestin adalah saudara-saudara kita yang sama-sama mengucapkan dua kalimah syahadah. Sepanjang penindasan yang berlaku semenjak tahun 1948 dengan kemasukan kaum Yahudi ke bumi Palestin dan menyebabkan sebahagian penduduknya yang menjadi pelarian, apakah peranan kita dalam menjalankan tanggungjawab dua kalimah syahadah ini? Sehingga kini, angka pelarian telah mencecah lebih 9 juta orang. Sementara kematian dan pembunuhan pula masih berlaku hari demi hari…Sekadar mengimbau perkembangan yang berlaku semenjak awal tahun ini, kita telah menyaksikan sekatan yang dilakukan oleh regim Israel ke atas Gaza sehingga menyebabkan wilayah yang mempunyai 1.5 juta penduduk itu terputus hubungan dengan dunia luar selepas semua pintu masuk di sempadan wilayah itu dengan Israel ditutup sejak hari Jumaat 18 Jan 2008. Manakala pada 21 Januari, tepat pada jam 8 malam, satu-satunya loji janakuasa tunggal di Gaza terpaksa ditutup kerana keputusan bahan bakar menyebabkan seluruh bandar Gaza bergelap dan memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. Beberapa hospital terpaksa menghadapi ancaman kematian para pesakit terutamanya kanak-kanak dan orang-orang tua yang bergantung pada alat-alat bantuan setelah bekalan elektrik terputus. Semua bahan-bahan mentah, makanan, ubat-ubatan dan apa sahaja disekat di sempadan dan semua pintu masuk ke Gaza. Ini menjadikan harga barang yang meningkat sehingga 3 kali ganda pada ketika awal krisis itu dan menjadi lebih buruk hingga ke hari ini. Pergerakan HAMAS menyifatkan itu sebagai 'hukuman mati' dan satu usaha pembunuhan secara perlahan-lahan ke atas rakyat Gaza sebagai hukuman kerana mereka memilih pergerakan HAMAS memegang tampuk kerajaan. Sehingga pada pertengahan bulan Mei yang lalu, lebih 150 orang telah mati kerana kelaparan dan ketiadaan ubat-ubatan. Ini bagi memberi tekanan kepada kerajaan HAMAS supaya berundur dan meletakkan kuasa pemerintahan. Namun penduduk Gaza khususnya dan rakyat Palestin secara amnya tetap mendokong pendirian kerajaan HAMAS yang berikrar akan terus menentang penjajahan dan tidak akan tunduk kepada kemahuan Israel. Pada pertengahan bulan Mei itu juga, 50 buah kilang roti ditutup kerana kekurangan bahan mentah untuk menghasilkan roti. Roti adalah makanan asas bagi masyarakat Arab. Sekiranya penghasilan roti terhenti, maka penduduk Gaza diancam kebuluran yang tidak dapat dibayangkan. Pada hari ini catuan bahan makanan dan bahan api semakin mencengkam rakyat Palestin di Gaza. Akhbar rasmi HAMAS di negara Yaman, Shout Filistheen bertarikh 21 Jamadil Awal 1429H bersamaan 26/5/2008 melaporkan bahawa Ketua Jabatan Politik HAMAS, Khaled Mesy'al menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan tunduk berhadapan dengan tekanan ke atas Gaza, sekatan makanan yang menyebabkan kebuluran, pembunuhan dan permusuhan regim Israel. Kerana bangsa Palestin berpegang teguh dengan hak-hak mereka. Sebarang usaha perundingan dengan Amerika dan Israel akan membawa kerugian. Beliau juga menyatakan bahawa bangsa Palestin tidak sekali kali akan menerima penyamarataan hak bagi menggadaikan tanah air, kota suci al-Quds, para pelarian Palestin dan prinsip-prinsip Palestin. Sebarang usaha menggadaikan prinsip-prinsip ini bagi memenuhi kehendak Amerika dan Israel akan menemui kegagalan. Katanya lagi: "HAMAS dengan kekuatan penentangan rakyat Palestin akan menghapuskan sekatan terhadap Gaza. Sekiranya masyarakat antarabangsa tidak berbuat apa-apa, maka kami akan melakukannya mengikut kehendak kami," tegasnya.Keadaan semakin buntu apabila kerajaan Mesir juga dilihat sebagai gagal memainkan peranan dalam isu berkaitan sekatan terhadap Gaza. Manakala pada awal bulan ini, pergerakan Hamas menyatakan bahawa keputusan Israel untuk menutup laluan Gaza sebagai satu perlanggaran kepada perjanjian damai dan bertujuan untuk mengugut pecahan Palestin dan penduduk Palestin serta menambah bahawa keputusan tersebut telah mencacatkan peranan Mesir. Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya juga menyeru Kerajaan Mesir supaya mempercepatkan pembukaan laluan Rafah itu secara rasmi. Ini bagi meredakan krisis yang sedang berlaku. Pergerakan HAMAS memberi amaran bahawa situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza menjangkau kepada tahap membawa bencana yang tidak terkawal. Beliau juga dengan itu merayu kepada Mesir agar mencari formula bagi membolehkan pembukaan laluan Rafah seperti asal sehingga persetujuan dicapai dalam untuk menjadikannya beroperasi secara tetap. Pada awal bulan ini, kerajaan Palestin pimpinan Ismail Haniyah menegaskan tuntutan kepada pemimpin Mesir tentang peri pentingnya menekan pemerintah penjajah Israel agar memberi komitmen terhadap kesepakatan gencatan senjata dan merealisasikannya dengan membuka pintu masuk agar keperluan harian boleh dibawa masuk tanpa sebarang penundaan. Seorang pemerhati iaitu John Ging yang juga merupakan pengarah operasi UNRWA di Tebing Gaza menyeru Israel dan Mesir agar terus membuka semula pintu komersil Gaza dan pintu sempadan Rafah, dengan menekankan bahawa penutupan pintu adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa untuk hak asasi manusia. Demikianlah dalam perkembangan yang berkaitan, semenjak awal tahun ini, rejim Zionis telah membunuh 78 kanak-kanak Palestin dan menangkap lebih daripada 2,500 rakyat Palestin, termasuk 260 kanak-kanak di serata Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sebagaimana yang ditegaskan oleh satu laporan dikeluarkan oleh Nafha Society. Pun begitu, dalam segala keperitan dan kesengsaraan yang dilalui oleh rakyat Palestin ini, pimpinan Hamas telah menunjukkan kekuatan nilai persaudaraan dan sikap yang prihatin terhadap sesama umat Islam. Baru-baru ini, apabila Presiden Sudan, Omar Bashir diancam oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadapnya berhubung dengan pembunuhan kaum dan jenayah terhadap kemanusiaan di wilayah Darfur. Khaled Mesy'al mewakili pergerakan Hamas dan rakyat Palestin telah memberikan sokongan melalui talian telefon, beliau berkata kepada Presiden Sudan, dengan menjanjikan bahawa HAMAS bersama dengan pemimpin dan rakyat Sudan. Inilah nilai akidah yang begitu mahal yang tidak dapat dimanipulasikan oleh Amerika dan Israel. Mereka hanya mampu memperdayakan orang-orang munafik yang memakai topeng Islam. Dalam hal ini, umat Islam perlu kembali memikul tanggungjawab mereka mendokong saudara-saudara mereka yang memerlukan sokongan dan bantuan. Sama ada dari segi material dan spiritual. Sekurang-kurangnya ialah dengan tidak mendampingkan diri dengan musuh-musuh Allah yang menindas saudara-saudara kita di mana sahaja di atas muka bumi ini.Tentang sikap para pemimpin Arab dan umat Islam pada hari ini yang bermuka-muka dan berjabat tangan dengan Presiden Bush, rukuk serta sujud kepada polisi luar Amerika Syarikat, saya ingin menyebut tentang apa yang pernah dinyatakan oleh Syeikh Dr. Muhammed Mahmoud Seyam, mantan Imam dan Khatib Masjid al-Aqsa yang kini menetap di Yaman. Kata beliau: "Saya tidak menganggap mereka itu sebagai sebahagian dari tubuh umat (Islam). Kerana Allah S.W.T telah menegaskan di dalam al-Quran; "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi teman-teman rapat(mu); sebahagian mereka adalah pelindung bagi sebahagian yang lain. Sesiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pelindung (teman rapat), Maka Sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Surah al-Maidah: 51) Jadi mereka (pemimpin-pemimpin itu) adalah termasuk dalam golongan mereka (musuh-musuh) dan bukan sebahagian daripada umat ini.Kerana itu, keterikatan kita dalam tubuh umat Islam ini mestilah dibina dengan dua kalimah syahadah. Apabila memahami nilai persaudaraan ini, kita perhatikan sabda Rasulullah s.a.w: "Jadilah kamu semua sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim (yang lain). Janganlah dia menzaliminya, dan janganlah mengabaikan dia apabila dia memerlukan pertolongan, dan janganlah memperkecilkannya.." (Hadis riwayat Imam Muslim) Pada hari ini, secara tidak langsung umat Islam telah bersikap zalim, bersekongkol dengan Amerika Syarikat untuk menekan rakyat Palestin khususnya bagi negara-negara umat Islam yang bersempadan. Kita tidak memberikan pertolongan apabila mereka mengharapkan pembelaan daripada kita. Malah terdapat golongan dalam masyarakat muslimin yang memperlekeh perjuangan rakyat Palestin menentang regim Yahudi dengan mengejek; 'setakat baling batu apa yang dapat?'. Kesemua ini menunjukkan bahawa kita telah jauh dari petunjuk Nabi s.a.w dalam hadis di atas. Di penghujung hadis sahih tersebut, Rasulullah s.a.w menegaskan: "..setiap muslim terhadap muslim yang lain, haram menumpahkan darahnya, merampas hartanya dan menjatuhkan maruahnya."Satu lagi hadis yang baik untuk kita jadikan renungan ialah sabda Rasulullah s.a.w: "Peumpamaan orang-orang yang beriman itu pada kasih-sayang, rasa belas dan ikatan sesama mereka adalah umpama satu jasad, sekiranya satu anggota jasad merasai kesakitan maka yang seluruh jasad juga akan turut merasai sakit." (Hadis riwayat Imam Muslim)Saudara-saudari kaum muslimin yang saya kasihi sekalian, Adakah kita merasaikan kepedihan dan kesengsaraan rakyat Palestin, Iraq, Afghanistan, Sudan, Kashmir, Somalia, Chehnya, Selatan Thailand, Filipina dan seluruh dunia Islam? Sekiranya masih tidak merasai, maka sekarang adalah masa untuk muhasabah iman dalam diri. Sekiranya kita merasai, maka sekarang juga adalah masa untuk menadah tangan kepada Ilahi… "Ya Allah! Bantulah Islam dan kaum muslimin, bantulah mereka menghadapi musuh-musuh di mana sahaja mereka berada." Amin.

Tuesday, January 13, 2009

Yahudi...Anti-Yahudi

0 comments
Yahudi adalah kaum yang memusuhi Islam?... Islam adalah kaum yang anti yahudi?...

Persoalan ini ditanyakan kepada tok guru saya. Di bawah ini merupakan hasil huraian yang telah diberikan oleh tok guru saya.

Bismillah...
Sebenarnya kita tidak boleh anti sesiapa pun. Kita mestilah sayang semua yang Allah sayang (husnul zhon). Selagi Allah sayang, selagi itu kita tiada hak untuk membenci. Mereka yang bukan Islam, Allah tidak membenci mereka, Allah tetap sayagkan mereka tetapi Allah murka sahaja pada mereka. Allah tidak membenci hamba Nya tetapi Allah akan murka kepada hamba Nya yang tidak mahu menurut perintah. Allah tidak membenci hamba Nya kerana hamba Nya semua adalah ciptaan Nya. Di dalam jasad setiap hamba Nya mengalir zat-zat Allah. Mana mungkin Allah akan membenci zat Nya sendiri. Kita dapat melihat kerana zat Allah. Kita dapat mendengar kerana zat Allah. Kita dapat bergerak kerana zat Allah. Kita dapat hidup juga adalah kerana zat Allah. Dalam masa yang sama Allah akan memakbulkan dan mengampunkan mereka bagi mereka yang memohon bersungguh-sungguh.

Ermm...tapikan mengapa Allah tidak berikan mereka hidayah supaya mereka memeluk agama Islam?

Semua manusia Allah berikan hidayah. Tidak ada yang tidak mendapat hidayah dari Allah. Cuma manusia sendiri yang tidak membuka hatinya untuk menerima hidayah. Setiap pandangan adalah hidayah.
Setiap perbuatan adalah hidayah.
Setiap kata-kata yang baik (percakapan) adalah hidayah.
Allah turunkan hidayah untuk semua hamba Nya. Ini kerana sifat Allah itu sendiri yang mana Allah Maha Adil. Cuma hamba Nya sahaja yang tidak melihatnya. Disebabkan itu kita mesti pandang semua atau setiap kejadian itu dengan penuh kebaikan. Barulah terungakai hidayah yang cuba Allah sampaikan. Tiada hamba yang tidak mendapat hidayah sebenarnya. Allah Maha Adil dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. juga Allah berikannya hidayah kepadanya. Dia tahu Islam itu benar tetapi dia tidak mahu memeluk Islam kerana apa? Allah berikan hidayah kepadanya dan dia tahu Islam itu agama yang benar. Dan dia juga tahu Nabi Muhammad s.a.w. itu benar. Tetapi dia tidak mahu menganutnya. Allah sudah memberi hidayah tetapi dia yang menutupkan hatinya. Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang merubahnya sendiri.

Dari sini dapat kita huraikan bahawa Allah memberi hamba Nya pilihan. Sama ada baik atau buruk. Dan bukan Allah yang tentukan tetapi hambaNya yang memilih. Dalam masa yang sama Allah bekalkan ilmu untuk hamba Nya berfikir. Dan dalam masa yang sama juga Allah berikan dosa pada yang memilih keburukan dan Allah memberikan pahala pada yang memilih kebaikan. Hidayah ada bermacam-macam cara.

Apa itu hidayah?

Hidayah merupakan satu keadaan yang membabitkan intuisi kita merasa akan kewujudan Allah dengan sebenar-benar keyakinan.
p/s :
Untuk rakyat palestin, bersabarlah..kuatkan semangat dalam berjihad kejalan Allah...hanya doa yang dapat disalurkan...moga Allah membalas setiap yang berlaku dengan sebaik-baik pembalasan....kuatkan semangat kalian dalam berjihad di jalan Nya...semoga Allah merahmati dan meredhai perjuangan kalian...semoga kalian semua berada dalam naungan rahmat dan kasih sayang Nya...ameen ya Rabb...moga Allah membalas kezaliman yang diperlakukan terhadap kalian dengan seberat-berat siksaan...ketahuilah Allah Maha Adil...Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Laaikroha fiddin...

0 comments
”Laaikroha fiddin”
Maksudnya : tiada paksaan dalam agama Islam.

Tiada paksaan di dalam agama Islam. Terpulang pada individu itu sendiri hendak keluar dari agama ataupun tidak. Setiap agama mempunyai undang-undang tersendiri. Di dalam Islam itulah undang-undang bagi orang-orang yang murtad. Tetapi dalam masa yang sama, Islam tidak memaksa untuk orang menganutinya. Tetapi apabila kita sudah masuk Islam kita mesti patuh pada undang-undang yang telah ditetapkan Nya. Hal ini bukan kerana Islam itu agama yang kejam tetapi adalah kerana perintah Allah Subhanah Wataala. Kita sebagai hamba tidak boleh mempertikaikannya.

Cuba rujuk surah At-Taubah. Apabila kita menganut agama Islam kita kena, perlu, wajib patuh pada perintah Allah. Satunya, pada ketika itu orang-orang Islam yang murtad bukan sahaja keluar dari agama Islam tetapi mereka memerangi dan menjadi batu api kepada orang Islam yang lain yang mana keadaan pada ketika itu memudaratkan umat Islam yang lain. Jadi Allah turunkan perintah bunuh pada mereka waktu itu. Darah mereka halal. Dan undang-undang itu kekal sehingga sekarang. Apa yang Allah hendak sampaikan di sini ialah apabila seseorang itu dengan mudah keluar masuk agama maka ia akan menjadi teladan pada orang lain juga. Islam dan Allah adalah tegas dan Allah akan tepati janji Nya. Jadi di sini, hukum bunuh menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama yang tegas dan janji Allah adalah pasti. Sekiranya diberi kelonggaran seperti agama lain maka ramai orang yang masuk Islam seperti sekadar melepas batuk di tangga sahaja.

Islam tidak sama seperti agama yang lain dan pada sesiapa yang merasakan agama lain lagi indah dan bagus, Islam tidak menghalanginya. Maka dari sinilah turunnya ayat surah Al-Kafirun.
”Lakum dinukum waliyadin”
Maksudnya : bagi kamu agama kamu, bagiku agama ku.

Hukum bunuh pada yang murtad menunjukkan Islam itu tegas dan tiada kelonggaran dan itu menunjukkan bahawa Allah tegas dan serius pada setiap yang Allah perintahkan. Allah memberi kita petunjuk dan hidayah. Janganlah kita menutup hidayah yang diberikan Nya dengan pemikiran yang jahil. Dalamilah ilmu sedalam-dalamnya. Nescaya kita akan nampak petunjuk yang diberikan dengan jelas. Pandanglah semua kejadian dengan pandangan kebaikan dan hikmah maka akan terjumpa sesuatu yang tersembunyi.

(hasil taklim dengan tok guru)

Keyakinan vs Kebenaran

0 comments
Keyakinan dalam agama tanpa merasai kebenarannya.

Kebenaran dalam agama tanpa merasai keyakinannya.

Antara dua persoalan ini yang mana akan kamu pilih? Adakah yang pertama atau yang kedua. Antara keyakinan dan kebenaran, mana satu lebih penting?....

contoh :

Minyak tanpa motor ----------> kosong

Motor tanpa minyak-----------> hampa

Jesteru itu, dapat disimpulkan di sini bahawa :-

Keyakinan tanpa kebenaran adalah kosong

Kebenaran tanpa keyakinan adalah hampa


Keyakinan dan kebenaran adalah saling berkait rapat.


(dipelajari dari tok guru saya)